Ini bumi anbiya'. Dan di atas tanah ini juga mengalirnya darah syuhada' salafussoleh terdahulu.. Sungguh. Ini bumi barakah.
Jumaat lalu, setelah cukup seminggu rumah kami tiada air, izin Allah, semasa ingin bersiap menunaikan solat subuh, Asma' (my roomate) sengaja cuba membuka paip air di dalam tandas meskipun baru semalam kami membuka dan menutupnya kembali dengan penuh kehampaan kerana tidak keluar meskipun setitik cuma. Tetapi pada pagi itu, dengan izin Allah, air mengalir keluar! Subhanallah, tidak tergambar betapa seronok dan bahagianya saat itu..(",)
Semangat untuk meneruskan kehidupan kembali mengalir dalam diri..(",)
Sungguh. Sebenarnya, Irbid jarang punya masalah air, tidak seperti di Mu'tah. Dan sakan kami, alhamdulillah tidak pernah kosong dengan cecair itu. Tetapi semuanya gara-gara kami tidak menjaga percakapan..hehe..
Baru-baru ini, kami menziarahi Mu'tah kerana Majlis Anak Kedah mengadakan jamuan raya di sana. Sepanjang kami di sana, kami telah menyaksikan fenomena yang amat menyedihkan dan mengharukan. Mereka melalui hari-hari mereka tanpa air. Tangki hanya diisi pada setiap Khamis malam Jumaat. Rumah-rumah mereka terpaksa dipenuhi dengan bekas-bekas penyimpan air.
Apabila kami pulang semula ke Irbid, masing-masing meluahkan rasa simpati terhadap 'penderitaan' yang terpaksa dilalui mereka..Dan ada pertanyaan dari salah seorang daripada kami, "Macam mana ya depa hidup tanpa air?"
Sungguh. Selepas itu, kami telah merasainya! Allah mengizinkan kami melalui semua penderitaan itu.
Benar. Hati-hati dengan percakapan anda di sini. Kisah ini adalah satu daripada banyak kisah yang telah kami saksikan bukti betapa barakahnya bumi ini..
subahanallah..
ReplyDelete=)