Di sini, di bumi Urdun ini, 'Eid Adha disambut meriah berganda daripada 'Eid Fitri kerana masyarakat di sini lebih faham dan sedar akan makna sebenar 'Eid Adha. (Itu satu perkara yang saya kagum).
Semalam , saya mengikuti ceramah sempena 'Eid Adha yang dianjurkan oleh pihak PERMAI (Persatuan Mahasisiwa Irbid) yang disampaikan oleh Ustaz Wan Yusrizal, pelajar Master takhasus Usuluddin di Amman.
Dan pagi tadi pula saya mengikuti program khas untuk akhawat Yarmouk di Casa Intelek anjuran senior-senior IKIP tahun akhir Ekonomi Islam. Tetap sama, mengambil spiritual dari seerah agung Nabi Ibrahim 'Alaihissalam..
Sungguh. Banyak yang kita dapat daripada ADHA kerana banyak pengorbanan yang perlu kita bayar untuk hidup. Dan jika kita kembali muhasabah, apakah yang telah kita sumbangkan untuk pembelaan Islam?
Justeru, apakah kita dikira hidup?
Doakan saya teman semoga selalu di bawah jagaan Allah..
Salam 'Eid Mubarak..
wow..dy mkn kambing...sodapnyer...aik..sejak ble thalhah jd kambing??kagum sgt nih..haa..haritu ana ada jumpa dy kat ganu...sodap suara dy ye...
ReplyDeletemmg...kalau kat klate n ganu,raya adha lagi meriah dari raya fitri n mmg patutnya begitu pon..pengorbanan yg bermakna sering dilupakan, tetapi berakhirnya ramadhan bulan kebaikan pula yg diraikan..hmmm...