* Boleh membaca lanjutan kupasan berkenaan Wanita dan Islam dibahagian:
Klik: Wanita Dan Islam II
Klik: Wanita Dan Islam III
serius saya suka gambar ini.
"kamu tahu tak, poligami itu sunah nabi?!". Gertak si suami ketika isteri buntu. Hanya air mata yang mengalir deras bersama hati yang pecah.
"kalau menghalang poligami itu, hukumnya haram..!".
…………..
"mari kita jumpa hakim..ini kes berat ni..". pujuk A kepada B yang teruk dibelasah oleh si suami.
"taknak..biarlah saya begini. Ustaz kata, bergegar 'arasy Allah kalau isteri minta cerai dari suami..". keluh B dalam sendu.
……………
"hukum mentaati suami itu wajib.". tegas ustaz dalam kuliah mingguannya.
"mafhum hadis, Rasullullah s.a.w. bersabda, jika diizinkan manusia sujud kepada manusia, maka akan ku minta isteri sujud kepada suami..".
Dan hadis itu diulang dalam setiap kuliahnya. Para jemaah wanita yang putih bertelekung di belakang mengangguk-angguk patuh.
…………..
"saya sibuk bekerja..awaklah didik anak tu..lagipun, tugas didik anakkan TUGAS IBU..". komen si suami yang sedang bersiap untuk ke lokasi kerja ketika isteri mengadu keletihannya melayan kerenah anak-anak.
Lantas, si isteri jadi diam kerana dimatikan oleh 'TUGAS IBU'. Langsung dia turut meneruskan persiapan untuk ke tempat kerja.
…………..
Fenomena biasa yang berlaku dalam masyarakat. Malah ini hanyalah cerita-cerita kecil dari jutaan cerita salah faham yang telah lama mengikat masyarakat Muslim kita.
Belum lagi dilihat masalah-masalah suami memakan harta pencarian isteri, paksaan seks atau sebenarnya boleh jadi isu rogol, penderaan fizikal, suami panas baran, terbiar bagai tali tak bergantung, dan lain-lain.
Persoalannya, apakah itu gambaran wanita dalam Islam?
Pengalaman: Keanehan yang menghairankan.
Jujur. Saya membesar dengan melihat fenomena-fenomena seperti ini berlaku dalam hidup manusia-manusia sekeliling. Dan membuatkan saya memikirkan isu ketidak adilan ini dari usia kecil.
Pernah terfikir ketika melihat hancurnya hati seorang ibu saat dimadukan, Islam ini hanya indah untuk lelaki sahajakah? Apakah dia hak-hak wanita selain dijanjikan 'Payung emas di syurga'? Malah terbukti tidak pernah wujud sama sekali hadis tersebut, hanya rekaan masyarakat Melayu.
Pernah terfikir saat bertandang ke rumah sebuah keluarga, sehingga tangan si suami yang hanya datang dan duduk dibasuh oleh isteri, selesai makan, bangun dan tinggal, kemudian dikutip sisa-sisa oleh si isteri , itukah yang digelar 'isteri yang solehah dan setia' dalam Islam? Bagaimana pula ciri-ciri seorang suami yang soleh dan setia?
Fitnah Terbesar.
Masyarakat sering dimomokkan tentang wanita dalam Islam begini dan begitu. Namun apakah Islam yang dibicarakan benar-benar diambil dari Islam secara menyeluruh dan sempurna?
Jujur. Wujudnya fanatik dalam hak feminisme hari ini kadangkala adalah hasil dari 'malenisme' (istilah baru dari saya) yang ekstrem.
Lalu, berhati-hatilah. Jangan sampai kita menjadi punca kebencian kepada Islam.
Hak Wanita: Rumah tangga.
Sungguh. Ketika mengambil subjek 3aqad zawwaj, saya belajar banyak berkenaan cantiknya Islam memuliakan wanita.
Antaranya, tiada ketaatan yang wajib ke atas suami jika si suami tidak mampu menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Malah, tempat tinggal sendiri yang dimaksudkan juga, punya ciri-ciri yang perlu dipenuhi seperti selesa, selamat, lengkap dengan keperluan asas dan privasi. Hal ini kerana, perkahwinan itu adalah hak isteri untuk dilindungi oleh suami.
Malah, tidak diwajibkan untuk isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Isteri punya hak untuk meminta suami menyediakan pembantu rumah. Jika si suami tidak mampu, maka hanya ihsan untuk isteri melakukannya. Malah, jika isteri tersebut adalah seorang yang tidak biasa melakukan kerja-kerja terbabit, si suamilah yang perlu melakukannya.
Pandangan Ulama':
Mazhab Hanafi: Fungsi sebuah ikatan perkahwinan adalah untuk menjadi teman hidup, tolong-menolong, saling memberi manfaat, berkongsi rasa dan bukanlah menjadi keperluan sesuatu ikatan perkahwinan itu untuk menguruskan rumah tangga dan hal yang berkaitan dengannya.
Mazhab Syafie: Menjadi kewajipan suami, untuk membantu hal-hal penyusuan, menyediakan nafkah, pakaian. Namun begitu kesemua perkara ini haruslah bergantung pada kemampuan si suami tersebut.
Mazhab Hanbali: Tidak menjadi kewajipan isteri untuk menyediakan makanan buat suami seperti menguli roti, memasak dan perkara yang berkaitan dengannya. Manfaat dari ikatan perkahwinan bukanlah dimiliki oleh si suami sahaja.
Mazhab Maliki: Menjadi kewajipan si suami untuk menyediakan nafkah dan pembantu rumah untuk isteri yang memiliki pembantu rumah semasa bersama keluarganya. Namun begitu, bagi perempuan yang tidak memiliki pembantu rumah ketika bersama keluarganya adalah menjadi tanggungjawab perempuan itu untuk melakukan kerja rumah memasak, mengemas rumah, menyapu, membasuh pakaian dan lain-lain yang berkaitan pekerjaan perempuan seperti mana kebiasaan masyarakat. Akan tetapi sekiranya tidak menjadi kelaziman kepada seorang perempuan itu melakukan kerja-kerja rumah, maka itu adalah kewajipan seorang suami.
Ibnu Qayyim: Tiada perbezaan antara perempuan yang kaya dan perempuan yang miskin. Semulia-mulia wanita adalah wanita yang menguruskan rumah tangga.
Bermakna, bagi sesiapa yang dihadiahkan isteri yang mampu melakukan kerja-kerja rumah secara sempurna, BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIHlah kerana apa yang telah mereka laksanakan ITU BUKAN TUGAS MEREKA tetapi suatu kemuliaan.
Dan melihat betapa adilnya Islam, segala hak-hak isteri itu disertakan dengan 'mengikut kemampuan suami'. Bermakna bukanlah sesuatu yang membebankan tetapi sebagai satu peringatan untuk para suami agar tidak cuai dan bersungguh memberikan yang terbaik buat pelengkap kehidupan mereka.
Itu belum masuk hal tarbiyatul awlad. Banyak orang mencanangkan, tugas mendidik anak tugas ibu.
Benar. Dan pastilah tidak dapat disangkalkan lagi kerana telah terbukti nilai-nilai keibuan seorang isteri melayakkannya untuk menjadi 'pengasuh' dan 'pembela' anak-anak.
Namun, dalam soal mendidik, bukankah Rasulullah s.a.w. selaku qudwah terhebat telah membuktikan bahawa beliau turut menjadi pendidik anak-anak baginda? Selepas kewafatan Saidatina Khadijah r.a., siapakah yang mendidik dan membesarkan Saidatina Fatimah r.a.?
Lupakah bagaimana asSyahid IHAB yang hidupnya untuk amal Islami terlibat dalam pendidikan anak-anaknya? Boleh hadam buku 'Cinta Di Rumah Hassan alBanna'.
Apa yang dimaksudkan keterlibatan ayah-ayah dalam mendidik anak-anak, bukanlah dengan turut sama menghabiskan waktu-waktu yang sama banyak seperti mana ibu-ibu menghabiskan waktu mereka mengasuh. Bukanlah menuruti apa yang dilakukan seorang ibu seperti membancuh susu, menyediakan bubur, memandikan, memakaikan lampin pakai buang dan sebagainya bagi ayah-ayah yang ditaklifkan urusan kerja yang sibuk.
Namun, penglibatan yang sebenarnya ialah penglibatan dalam menyusun perancangan proses Tarbiyah Islamiyah untuk anak-anaknya. Bersama cakna terhadap tuntutan tumbesaran anak-anaknya. Bersama menyelesaikan permasalahan yang berkisar tentang apa yang dialami oleh anak-anaknya. Bersama membina usrah yang dihiasi dengan Iman, Islam, kalam-kalam wahyu, peringatan-peringatan tarbawi dan sebagainya.
Bukan hanya melepaskan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada para ibu.
Hak Wanita: Poligami.
"Dibolehkan meletak syarat oleh isteri selagi mana syarat-syarat itu tidak membebankan suami dan dipersetujuinya seperti tidak mengeluarkannya dari negaranya, berpoligami dan lain-lain dengan syarat, perjanjian tersebut adalah dalam bentuk bertulis." –Fiqh Ahwal Syakhsiyah-
Kata Ketua Majlis Ulama' Sedunia Seperti Mana Pendapat Jumhur Ulama
قال الشيخ يوسف القرضاوي: "يتناول المبشرون والمستشرقون موضوع تعدد الزوجات وكأنه شعيرة من شعائر الإسلام، أو واجب من واجباته، أو على الأقل مستحب من مستحباته. وهذا ضلال أو تضليل، فالأصل الغالب في زواج المسلم: أن يتزوج الرجل بامرأة واحدة تكون سكن نفسه، وأنس قلبه، وربة بيته، وموضع سره، وبذلك ترفرف عليهما السكينة والمودة والرحمة، التي هي أركان الحياة الزوجية في نظر القرآن.[1]"
Maksudnya: Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, "Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan. Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim ialah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumah tangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran. (Markazul Mar'ah fil hayati Islamiyah, h.118).
[1] القرضاوي، مركز المرأة في الحياة الإسلامية ) بيروت: المكتب الإسلامي، ط3، 1997م(، ص
[1] القرضاوي، مركز المرأة في الحياة الإسلامية ) بيروت: المكتب الإسلامي، ط3، 1997م(، ص
Sumber: blog kak Fatimah Syarha.
Ringkasan dari sepakat Jumhur Ulama' : Sheikh Muhammad Abduh, Imam alGhazali, Syeikh Syaltut dan Prof Dr Yusuf alQardhawi:
Tidak boleh diharamkan tetapi boleh dihalang.
Sila rujuk link di sini (para lelaki WAJIB baca) untuk mengetahui dengan lebih terperinci dan teliti mengapa jumhur sepakat untuk mengambil pandangan tersebut.
Mengapa Islam memuliakan wanita dalam isu poligami ini?
Kerana Islam mengangkat darjat nilai sebuah kasih sayang, cinta dan perasaan dalam terbinanya sebuah rumah tangga itu. Mustahil bunga mawaddah dan rahmah masih mampu subur jika hati kecil yang lembut telah hancur dan berkecai.
Boleh rujuk sini berkenaan 'kenapa suami perlu meminta kerelaan isteri'.
Sungguh. Benarlah bahawa Islam itu indah dan tiada yang lebih indah melainkannya. Sehingga saat ini, setelah mempelajari cantiknya segala yang ada dalam Islam itu, saya berani memberi jaminan bahawa jika ada sesuatu yang berlawanan dengan fitrah dalam ajaran Islam itu, maka itu bukanlah dari Islam. Teruskanlah mengkaji yang haq.
Bacaan lagi berkenaan poligami: Islam meraikan kecemburuan wanita dan rukhsah poligami.
Hak Wanita: Kasih Sayang.
Dari 'Aisyah r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik pada keluarganya dan aku paling baik bagi keluargaku" (riwayat Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mukmin yang paling sempurna keimanan mereka adalah yang paling baik akhlak mereka, dan yang paling baik antara kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka." (hadis hassan soheh)
"adalah Nabi s.a.w. apabila tiba malam, baginda berjalan bersama Aisyah, berbual-bual dengannya" (riwayat Bukhari dan Muslim)
Berkata Aisyah r.a.:
"aku sedang minum kemudian aku berikan bekas minuman kepada Nabi s.a.w., maka baginda meletakkan bibirnya di tempat bekas bibirku". (riwayat Muslim)
Banyak lagi hadis yang menunjukkan betapa Rasulullah s.a.w. menyayangi dan berlaku baik kepada isteri-isteri baginda. Namun mengapa lebih gemar mengancam wanita-wanita tentang kewajipan mentaati suami jika suami tidak disedarkan hal yang sama?
Bukankah manfaat kasih sayang, perhatian dan dimuliakan itu adalah buah dari sebuah pernikahan?
Teringat pernah melihat fenomena suami-suami yang sanggup membelanja rakan-rakan mereka sambil bergurau senda di restoran tetapi bersikap dingin terhadap isteri-isteri dan anak-anak mereka.
Malah, banyak situasi di shopping-shopping kompleks, para suami berjalan laju di hadapan meninggalkan isteri yang terkial-kial menguruskan anak-anak. Sesekali menoleh, memanggil agar segera berjalan mengikut di belakangnya.
Aneh.
Apakah yang difahami dari sebuah perjanjiannya dengan wali si isteri suatu ketika dahulu? Adakah ikrar penerimaannya terhadap tanggungjawab menjaga anak gadis seorang ayah bertukar menjadi memperhambakan seorang isteri?
Sungguh. Wanita itu tetap manusia bermula dari awal pernikahan sehingga kepada saat anak-anak yang dilahirkannya telah ramai. Ramainya anak bukan menjadi alasan untuk kurangnya kasih sayang terhadap isteri.
Apatah lagi Islam memuliakan wanita dengan memberi hak kepada wanita-wanita untuk dihadiahkan dan meminta hadiah ganjaran tanda syukur dan ucapan terima kasih oleh suami-suami mereka setiap kali mereka melahirkan anak.
Terkejut? =).
Benar, banyak masyarakat tidak tahu hal ini. Namun inilah yang dipelajari dari ajaran Islam sebenarnya. Islam dan kasih sayang mustahil terpisah. Islam dan kemuliaan mustahil terlerai. Islam dan nilai menghargai mustahil tercerai cantumannya.
Hak Wanita: Pembahagian Harta Pusaka.
Dahulu, saya selalu diceritakan bahawa, kasihan sesiapa yang tiada saudara lelaki, kerana nanti harta warisan akan diperoleh abang ayahnya (pakcik). Bagi sesiapa yang mempunyai anak lelaki, maka anak itulah penyelamat harta.
Dan saya mengambil Ahkam Tarikaat (Hukum Tinggalan) sem lepas. Lantas saya belajar terlalu banyak.
Sebenarnya hanya ketika pembahagian dilakukan bersama saudara lelaki atau anak lelaki saudara lelaki (jika saudara lelaki telah meninggal) sahaja, jumlah penerimaan wanita menjadi nisbah 2:1.
Selain dari itu, nisbah penerimaan anak perempuan tetap melebihi jumlah penerimaan ayah atau datuk, atau saudara lelaki si mati (pakcik) dan lain-lain.
Malah jika anak perempuan itu merupakan waris tunggal, dia akan mewarisi ½ dari harta dan suami si mati (ayahnya) menerima ¼ dari harta isterinya (ibu kepada pewaris tunggal tersebut). Jika warisnya 2 atau lebih, mereka akan menerima pembahagian dari penerimaan 2/3 dari harta si mati. Dan bakinya yang akan diterima sama ada ayah si mati atau datuk (jika ayah tidak ada) atau saudara lelaki (jika ayah dan datuk tiada) atau selebihnya. Namun baki tersebut tetap lebih sedikit berbanding penerimaan asal anak perempuan si mati, bukan?
Malah, jika ditelusuri sebenarnya hikmah pihak-pihak lelaki yang menerima pembahagian harta pusaka ini adalah sebagai isyarat untuk menanggung pewaris perempuan yang telah ditinggalkan oleh si mati.
Teringat Ustaz Khairul Azhar yang mengajar alQur'an Sunah semasa di MATRI, pernah berkongsi:
"walaupun abang dan adik lelaki kamu mendapat lebih banyak dari kamu, tetapi duit yang kamu dapat, kamu boleh simpan sendiri..dan kamu ada hak untuk menuntut perbelanjaan dari abang atau adik lelaki kamu selagi kamu belum berkahwin. Jadi, nak tak nak..kalau kamu asyik minta duit belanja..lama-lama, duit mereka akan jadi lebih sikit dari kamu..".
=).
Ehem..ehem. cc: Zubair Hazni dan Thalhah Hazni. (tag fb. He he)
Bukankah sudah jelas cantiknya Islam?
Penutup: Wanita Itu Makhluk Allah.
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan darinya Allah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah memperkembang biakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengannya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". (anNisa':1)
"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makananku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
=')
Sungguh. Muliakanlah wanita-wanita yang telah menjadi pilihan Allah untuk melengkapi kehidupan anda.
Nota kaki:
-Menyebut berkenaan poligami ini, saya jadi teringat kepada kakak yang pernah ditanya, apakah dia menentang poligami selepas beliau menulis suatu artikel ringkas berkenaan poligami. Jawab beliau ringkas,
"bukan menentang tetapi menyelamatkan suami dari terjun ke neraka akibat poligami..". =)
-menulis saat melihat penindasan wanita masih wujud akibat kebutaan kaum wanita itu sendiri terhadap hak-hak mereka yang telah dimuliakan Islam.
-iAllah saling melengkapi.
kesedihan seorang daie adalah apabila melihat tercontengnya fitnah ke atas konsep2 syariat hasil daripada sikap umatnya. justeru pendakwah harus berjiwa besar, menentang kezaliman dan penindasan oleh lelaki, dan memerangi kebodohan serta ketidakcerdikan seorang perempuan seterusnya menjernihkan konsep2 syarak sebagai suatu yang terus relevan sampai mati.
ReplyDeleteaslkm.
ReplyDeleteterjumpa link blog ini.tahniah artikel yang bagus dan dapat membuka mata wanita ttg hak2 mereka.
cuma ada beberapa soalan,
1)dalam islam ada juga ke istilah rogol isteri.bknkah isteri wajib mengikut turutan suami walau ketika haid sekalipun.
2)spt yg ditulis,suami patut menyediakan pembantu rumah.bagaimana seorg isteri sanggup melihat org lain yg melayan suami mereka sendiri.kemudian dimarahnya pula suami krn menjalinkan hubungan dgn pembantu rumah.
3)"utk mengelakkan suami dari terjun ke neraka akibat poligami"
blh juga seorg suami terjun ke neraka krn terus-menerus melakukan maksiat dgn perempuan lain krn isteri berkeras tidak benarkan.
saya melihat permasalahan rumah tangga selalunya melibatkan kedua-dua pihak.tepuk sebelah tgn tidak akan berbunyi.
masing2 tidak ingin memahami pasangannya kerana sibuk mempersoalkan hak bukan peranan.
ustaz shafiq: betul ustaz. iAllah smga msyrkt kmbali kpd Ilsam scara total suatu hari nanti.
ReplyDeleteakmal Aliff:
1) “Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)
hukum melakukan persetubuhan ketika isteri sedang haid adalah antara dosa-dosa besar.
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan seorang suami agar bergaul dgn istri dgn cara yg baik.
وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ
“Dan bergaullah dgn mereka dgn cara yg baik.”
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu berkata “Ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ meliputi pergaulan dlm bentuk ucapan dan perbuatan. Karena itu sepantas seorang suami mempergauli istri dgn cara yg ma’ruf menemani dan menyertai dgn baik menahan gangguan terhadap mencurahkan kebaikan dan memperbagus hubungan dengannya. Termasuk dlm hal ini pemberian nafkah pakaian dan semisalnya. Dan tentu pemenuhan berbeda-beda sesuai dgn perbedaan keadaan.”
Justeru, jika persetubuhan dilakukan dalam keadaan tanpa kerelaan isteri dan secara paksaan, bukankah itu suatu kekasaran?
dan kekerasan boleh diumpama seperti rogol walaupun memang tiada hukum rogol apabila telah sah suami isteri.
2.menyediakan pembantu rumah di sini ialah pembantu yang membantu tugas2 isteri dalam melaksanakan kerja-kerja rumah. Kesannya, para isteri boleh fokus dalam memberi perhatian kepada suami dan anak-anak.
3. kerana itu berbalik kepada ayat Allah,
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan darinya Allah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah memperkembang biakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengannya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". (anNisa':1)
taqwa itu melahirkan rasa takut kepada kedua-dua pasangan untuk mellakukan kemaksiatan kepada Allah sekaligus berlaku curang antara satu sama lain.
jika si suami tahu bahawa isterinya akan kecewa dengan pernikahan lagi satu, mengapa dari awal dia memilih untuk memulakan kemaksiatan tersebut?
berkenaan bab perempuan lain yang mengganggu, masalah itu, jumhur mengkiaskan kepada dalil alQur'an, berkenaan lebih baik menikahi wanita-wanita gadis berbanding wanita-wanita janda.
justeru, kepada perempuan-perempuan yang berhajat untuk mengganggu rumahtangga keluarga lain, perlu ikhtiar mencari pemuda yang masih bujang.
ok. itu tajuk yg akan cuba dikupas kemudian iAllah.
=)
tertinggal, saya juga setuju dengan anda di point terakhir.
ReplyDeletedan bukankah itu memang hadiah dari sebuah pernikahan?
berusaha untuk saling memahami dan menyintai. jika tidak, bagaimana boleh terbinanya rumahtangga yang sejahtera itu kan?
=)
Saya rasa, encik Akmal Aliff WAJIB membeli novel tulisan ukhti Fatimah Syarha Nordin. Kupasannya terhadap dunia perkahwinan dalam islam sangat jelas, dan berasaskan nas2 yg sohih, sebelum anda sendiri melangkah ke dunia rumahtangga. Bimbang kekurang ilmu di dada para lelaki hari in membuat mereka lebih mudah menZALIMI isteri berbanding mengasihi mereka seperti yg dikehendaki-Nya. wallahua'lam.
ReplyDeleteTerima kasih atas tulisan ini. Sangat2 bermakna. Semoga lelaki lelaki islam diluar sana benar2 memahami ajaran islam kerana merekala pemimpin muka bumi. Kaum wanita pun patut menambah ilmu sebegini agar mereka tau hak dan tanggungjawab mereka agar tidak menjadi lemah di dalam kehidupan era ini. Saya berpengelaman melalui antara2 permasalahan di atas dan ianya perlu perubahan besar kerana perkahwinan itu adalah suci lagi murni yg byk hikmah2nya. Jangan sampai pasangan semakin berdosa dan hidup tak pernah bahagia.
ReplyDeleteSesuatu hukum TIDAK BOLEH DISANDARKAN KEPADA SELAIN ALQURAN, SUNNAH, ATHAR, IJMAK, dan QIAS walaupun dalam apa jua penulisan dan tayangan TV. Jika ini berlaku, orang ramai akan berhukum dengan hukum NOVEL, TV, VIDEO drama atau wayang , YOUTUBE dan FACEBOOK (laman sosial). Seperti apa yang terjadi berkenaan Drama Tanah Kubur.
ReplyDeleteBukan lelaki atau para suami sahaja perlu dan wajib tahu Hukum hakam berumah tanggga, malah si isteri juga wajib mengetahui.
Secara dasarnya semua orang tahu kewajiban masing2, tetapi tidak ramai mampu dan adakalanya tidak mahu melaksanakannya.
saya rasa tidak salah jika kita mengambil sesuatu hukum itu dari saluran novel, tv, majalah dan lain2 DENGAN SYARAT, WAJIB kita mengetahui hukum2 itu diambil dari mana secara asalnya.
Deletebukan sekadar cetusan idea mahupun cakap lepas penyampai.
Allahua'lam.