Wednesday, February 17, 2010

Indahnya iman..


Sejak akhir-akhir ini hati saya sedikit terganggu dengan beberapa insiden yang telah disusun Allah sebagai aturan hidupan.

Saya, sebagai remaja yang baru awal melangkah ke rimba dunia yang luas, yang baru belajar mengenal makna semak samun alam, yang baru cuba mencantas dahan-dahan agar membentuk lorong kepada hujung matlamat penciptaan pasti tidak dapat lari daripada terluka dan tercalar dengan hirisan tajam ranting-ranting yang menghalang. Tidak dapat tidak, pasti akan terseliuh kaki akibat terleka memijak tanah rapuh, lantas membuatkan diri ini terduduk sebentar sambil mengerang pedih.

Sungguh. Saya cuma manusia biasa yang tersimpan cita-cita besar. Namun masih bertatih perlahan. Masih tangan meraba memaut dinding sebagai sokongan.

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk ber'ubudiah kepadaKu"

'Ubudiyah dalam yakin dan cinta memerlukan proses panjang berterusan. Ya. Panjang dan berterusan.

Kalimah nampak mudah. Dan memang mudah sahaja permintaan Allah. TAUHID. Itu sahaja yang Allah pinta. MENTAUHIDKAN ALLAH DALAM SETIAP SUDUT KEHIDUPAN. PENGESAAN KEPADANYA DALAM SETIAP LEMBARAN AMAL.

Namun cukup kuatkah saya? Cukup bersihkah kehidupan saya untuk dijadikan mahar cintaNya?Sudah cukupkah piawaian 'ibadah saya?

Cinta, takut, rindu, sayang, kasih..Semuanya hanya untuk Allah.

Bimbang. Takut. Jika belum selesai itu, maka sia-sia sahaja setiap detik dan nafas saya. Apa nilainya hidup jika hanya hebat di mata manusia tetapi KOSONG dalam nilaian Allah?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Jihad melawan hawa nafsu. Sabar dalam merempuh dunia yang mencabar.

Sungguh. Bersihkan hati ini Ya Allah!

Titip kakak,
"jangan harap dari luar." "harap dari atas...staright ke dalam jiwa" "dan terbit dari kita..insyaAllah" "Berhentilah daripada berharap dengan manusia..Allah lah yang akan bimbing kita. Allah lah yang akan bawa kita..melalui satu fasa ke satu fasa" "Laluilah fasa yang kamu lalui sekarang ni dengan sebaik mungkin.." "dan betulkan apa yang paling penting" "kerana bimbang..jika kita tidak betul dari awal...Allah akan uji lagi.." "Allah akan uji lagi..sampai kita bersih" itupun kalau kita berjaya lalui ujian itu"

Benar. Saya perlu serius dalam dua perkara:

1)noktah bidayah yang soheh (titik permulaan yang benar)
2)ru'yatul wadheehah (pandanga yang jelas)

Saya perlu lebih berhati-hati dalam melangkah. Sungguh. Bahagianya hidup dalam iman.. Tenangnya apabila yakin kita punya Sang Maha Mendengar..Indahnya apabila kita percaya kita tidak akan dibiarkan..

Iman sama ertinya dengan kedamaian..

Doakan saya teman..

2 comments:

  1. salam..sy juge cube untk 'mengenal diri'..

    ReplyDelete
  2. salam...saya dalam proses mengubah diri..doakan saya..dlm proses itu kadang kala saya lemah dan terbabas jua..nyata dunia hari ini terlalu jauh dri agama yg sebenarnya..saya yg dibesarkn trlalu sikit ajaran agama pasti terbabas..

    ReplyDelete

mohon pandangan.