AMSemalam saya ke rumah Hadeel bersama Albab berdua kerana Daniah dan Naheel tidak dapat ikut serta. Kami menaiki teksi sekitar 20 minit dan menelan belanja sebanyak 1.5 JD. Sampai di rumahnya sekitar jam 1 petang.
Setibanyanya kami di sana, kami dirai penuh ramah oleh ibu Hadeel (saya lupa untuk bertanya namanya) , mak cik, serta kakak-kakaknya ditambah anak-anak saudaranya yang nakal-nakal ; Shifa', Syahel dan Mariah,
Sungguh. Beruntung punya translator yang cekap. Albab banyak membantu kerana mereka bertutur dalam 'ammiyah. Tetapi untungnya berada di bumi Urdun ini, mereka mera'i kita meski kita hanya mahir dalam fasohah. Mereka akan cuba untuk bertutur sama dan cuba mencari perkataan yang mudah-mudah. Itu sungguh saya rasa.
Kakak-kakak Hadeel sangat 'sporting'. Kami (baca sebagai Albab) berborak panjang. Sungguh. Mereka sangat prihatin.
Duduk jauh di bumi arab ini banyak mengajar saya. Sungguh. Apa yang penting untuk anda hidup dan mahir di sini ialah merendah dirilah selalu. Itu sungguh saya rasa. Alhamdulillah, sifat keanak-anakkan yang saya miliki, yang suatu ketika dulu saya kira sebagai sesuatu yang negative telah mengundang seribu manfaat. Saya lihat teman-teman yang punya ego atau tidak mahir bermesra payah untuk menemui teman-teman arab.
Segala puji bagi Allah yang segala kepribadian kita ada dalam pengetahuanNya. Bergaul dengan mereka mengajar saya untuk lebih bersabar dan mengalah. Mana tidak, mereka menyoal macam-macam yang kadang kala menimbulkan kegeraman jauh di lubuk hati. Lenguh untuk saya menjawab pertanyaan yang remeh temeh dan sama untuk setiap orang. "Orang Malaysia ambil wudu' macam mana?" soal Albab. Saya terang teliti. Dia terperanjat apabila mendapat tahu bahawa itu sama dengan mereka. Kemudian Hadeel pula bertanya. Selepas itu, ibu Hadeel bertanyakan soalan sama. Masuk kakak Hadeel, bertanyakan soalan yang tidak berubah langsung. Masing-masing dengan reaksi terkejut. (memangla sama dah itu asas Islam)
Kemudian selesai menunaikan solat Asar, Albab bertanyakan soalan yang saya kira tidak relevan langsung. "Orang Malaysia baca bacaan solat dalam bahasa Malaysia atau bahasa arab?". Saya senyum dan menerangkan kepadanya bahawa semua asas-asas Islam sama diamalkan di Malaysia. Dan semua bacaan dalam ibadah solat dibaca dalam bahasa Arab. Dia mengangguk faham.
Itu tidak termasuk soalan-soalan berkaitan keadaan Malaysia yang sering ditanya oleh teman-teman kuliah. Untuk memudahkan cerita, saya akan menjawab bahawa Malaysia sama kemodenannya dengan Yaban (Jepun) kerana hanya itu yang mereka tahu. Mereka hanya tahu maju seperti Jepun atau miskin seperti Indonesia.
Sepanjang berada di rumah Hadeel, dari awal saya duduk hingga beberapa jam sebelum berangkat pulang, ibu, makcik, kakak-kakak dan Hadeel sendiri sibuk mengatakan bahawa saya bertubuh kecil. (",)"Makan banyak-banyak bagi badan kamu besar." Ketika kami dihidang 'maklubah', saya dipaksa (baca sebagai dera) untuk makan sebanyak-banyaknya. Hampir pecah perut memuatkan nasi yang sepatutnya dihidangkan kepada 10++ orang tetamu. Akhirnya saya terpaksa menolak dengan cara berhikmah kerana orang Arab suka melayan tetamu dan khuatir mereka kecewa. "Saya makan sikit saja nasi di rumah"."Macam orang Jepun?"Tanya Hadeel (dia memang peminat filem Jepun. "Ya, ya.."Saya tidak tahu menerang panjang hanya mengangguk walaupun Hadeel menunjukkan contoh mangkuk yang mustahil. (terlalu kecil macam orang Jepun punya mangkuk).
Ketika waktu melewati jam 8 malam, kami dihantar pulang oleh abang Hadeel sambil ditemani oleh Hadeel dan ibunya sendiri.
Sungguh. Saya sungguh-sungguh bersyukur. Ini rumah arab kedua saya telah pijak selepas sakan Albab pada Jumaat lepas. Maha baik Allah kerana memudahkan perjalanan hidup saya di sini. Meski baru menginjak sebulan lebih, saya sudah punya teman baik arab .(Albab, Hadeel, Daniah, ukht Naheel,ukht Tamar, ukht Abeer, ukht Nabeelah, Sajjadah dan lain-lain yang saya tidak ingat nama) Rahsianya hanya satu, merendah dirilah selalu.
Semoga Allah tidak meletak saya jauh dan semoga hati saya selalu dijaga untuk mencintaiNya semata.
Doakan saya teman..
(Alhamdulillah, Maha suci Allah. Tadi pulang, kami menjerit riang kerana rumah kami telah ditembusi internet!)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.