Sunday, November 22, 2009

exam..


Selasa ini saya punya peperiksaan di jami'ah Yarmouk..Peperiksaan untuk subjek Qawa'id fi Usul Fiqh 1.

Untuk semester ini, saya hanya ambil satu madah sahaja kerana sibuk dengan pengajian di markaz lughah, begitu juga dengan pelajar-pelajar lain. Cuma bagi segelintir pelajar-pelajar yang sudah mahir bahasa Arab, mereka ada yang mengambil 2 dan ada yang mengambil 3 madah untuk sem ini.

Selesai kelas sebentar tadi, saya menghampiri meja Dr. Asyraf Bani Kinanah (orang arab memang bangga dengan keluarga tetapi pensyarah saya seorang ni bangga dengan bani dia, lagi dahsyat (",) ). Saat itu, mejanya dikelilingi oleh pelajar-pelajar lelaki arab, dan apabila beliau melihat saya, beliau terus memanggil dan meminta diberikan laluan. Kemudian beliau bertanya lembut,"ma za turid?".

Saya menunjukkan soalan yang ingin saya saya tanya dari buku 'syarah ajrumiyah', dan ketika saya menyelak mencari muka surat yang berkenaan, Dr. Asyraf melihat buku saya dipenuhi dengan kertas nota kecil yang ditampal. "Masya Allah.." Beliau senyum.

Sebenarnya, itu perkara biasa bagi pelajar Malaysia tetapi aneh bagi pelajar arab kerana rata-rata pelajar di sini buku mereka bersih tanpa sebarang nota. Malah ada yang langsung tidak punya buku cuma buku kecil untuk menyalin sepatah dua perkataan. Maklumla, belajar bahasa sendiri..

Yang lebih menyeronokkan, saya telah belajar awal sebelum Dr. Asyraf mengajar dalam kuliah. Saya belajar bersama Cikgu 'Adalah, cikgu saya di markaz lughah.

Entah, saya tidak tahu mahu bilang apa.. Rasa berdebar dan gerun serta teruja bercampur aduk untuk saya menghadapi peperiksaan pertama saya di jami'ah ini..Doakan saya ya sahabat..Sungguh. Saya butuhkan itu..

*insyaAllah, Sabtu 5hb Disember ini, saya akan mengikuti rombongan melawat kota 'Ajlun dan Jarash. Kota 'Ajlun adalah kota pertahanan Salahuddeen alAyyubi semasa pembebasan alQuds suatu ketika dulu. Manakala kota Jarash pula adalah tinggalan Rom..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.