Friday, November 20, 2009

perjuangan belum selesai..


Jika saya menyelak kembali kisah semalam, di bulan yang sama ketika ini saya sedang gerun merempuh peperiksaan SPM yang telah dan sedang berlangsung kini.

Sungguh. Ketika itu hanya bermain di fikiran cuma mahu meraih sebanyak kejayaan. Dan Alhamdulillah itu berjaya saya peroleh dengan bantuan Allah..

Namun apa yang saya ingin titipkan buat adik-adik khususnya di MATRI yang kini sedang berjuang sama, semoga kalian tidak lupa bahawa itu hanya secebis perjuangan daripada perjalanan panjang sebuah kehidupan.

Saya sungguh rasa itu. Lebih-lebih lagi saat saya tercampak di sini.

Matangkanlah diri kalian dengan perisai kefahaman dan keyakinan serta kesedaran didikan Islam. Sungguh. Hari esok tidak selalu menjanjikan kebahagiaan iman.

Cedoklah selimpah-limpahnya setiap mutiara berharga di sana, dampingilah dan kutiplah setiap permata yang tumpah dari bibir-bibir murabbi yang pasti kalian rindui suatu hari nanti.

Saya menulis dengan hati yang suram. Sungguh. Saya merindui bi'ah itu..!

Semoga Allah selalu menjaga hati saya untuk mencintaiNya semata. Doakan saya teman..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.