Alhamdulillah..Hari ini saya sangat penat, mengantuk, seronok, terhibur, sedih, rindu, bahagia dan berbagai-bagai lagi perasaan yang bercampur baur. Saya tidak tahu mahu bilang apa..
Bahang 'Eid Adha kami rasa bermula malam ketika kami mula menyediakan makanan untuk dijamu pada pagi raya. Sungguh. Kami brtungkus lumus menyediakan nasi impit secara traditional, kuah kacang menggunakan kacang almond dan pudding jagung.
Namun, ketika kami sibuk bergembira, kak 'Adnin dan Asma' mendapat message dari kakak mentor raya mereka untuk mengajak mereka tidur di rumahnya malam itu. (mereka mendapat kakak mentor yang sama). Memandangkan masih banyak kerja yang tidak selesai dan dicampur dengan rumah yang bersepah, saya tidak mahu ikut serta walaupun diajak. Lalu, malam itu saya tidur sendirian di sakan.
Pagi itu, takbir raya selepas solat subuh berkumandang jelas dari corong menara masjid mengalirkan sedikit air mata saya.(sedikit sahaja ya) Lebih-lebih lagi selepas mendapat message dari adik yang bercerita tetang raya mereka..
Selesai bersiap, saya gerak ke masjid Jami'ah, meredah suhu sejuk..
Ketika khutbah, saya agak terhangguk-hangguk kerana sudah 2 malam saya hanya tidur sekitar 4 jam sahaja..(betul..)
Kemudian, kami pulang dan dijemput oleh kak Miza (jiran sebelah kami) untuk berhari raya di rumah beliau. Dan seterusnya kami berhari raya di rumah senior-senior dan kawan-kawan Yarmouk berhampiran Bab Iqtisod.
Ketika jam menghampiri pukul 2.30 petang, kami bergegas pulang kerana kami bercadang untuk 'buat' open house malam itu. Sedikit kelam kabut. Dalam huru hara, kami membantu Asma' menyediakan nasi tomato dan ayam masak merah.
Saya telah menjemput Zainah, sahabat baik Korea saya yang pernah saya ceritakan dulu. Dia adalah tetamu pertama kami yang sengaja dijemput awal . Tepat jam 5 petang seperti yang dijanjikan, dia tiba di rumah kami. Sangat lucu. Dan paling penting, saya nampak dalamnya ada potensi besar. Kemudian tetamu semakin ramai. Dan Zainah seronok melihat keletah kami bersama. Dalam pada itu, dia bertanya kepada saya banyak soalan tentang Islam.
Semasa menghantar dia pulang sekitar jam 7 malam di muka pintu bawah, dia bilang" I'm so lucky to meet you." Dan ketika saya mengatakan bahawa malam itu sangat sejuk, dia jawab" Yes, it really cold but my heart is warmth because of you..". (jangan jeles..) Lebih menyeronokkan, dia menjemput kami untuk ke rumahnya pada hari Ahad ini untuk makan tengah hari. (InsyaAllah, bahan-bahan di sini dijamin halal)
Rumah kami terus didatangi tetamu sehingga jam 9.30 malam..Sangat seronok. Kami bersembang panjang dan berta'aruf lebih mendalam. Bukan senang untuk duduk dan makan bersama kerana selalu sahaja dicemburui waktu..Sungguh ini hadiah ADHA..
Tadi petang, seorang pelajar perempuan Malaysia telah dipukul oleh seorang arab dengan paip getah tanpa sebarang alasan..Maklumat memberitahu, orang arab itu sedang bergaduh dengan temannya kemudian ketika akhawat tersebut lalu, terus dia mengejar dan memukul sehingga menyebabkan cedera..Alhamdulillah tidak terlalu serius..
tahniah dik...salam aidiladha di perantauan,...sesekali beraya kat tempat orang best juga, dapat pengalaman baru dan kekawan baru...apa2pun tentu tak sama braya di tempat sendiri kan...oh ya adik belajar apa ye kat sana.
ReplyDeletepelik gak khutbah raya pon leh terhangguk2.. hehehe tak penah nampak lagi owg tidur time khutbah kat mesir ni.. hehehe
ReplyDelete