Thursday, November 12, 2009

kemanisan itu dirindui..

Iman tidak pernah sekata..Ibu selalu ulang itu dalam halaqah keluarga. Sungguh. Iman tidak sama melainkan selalu turun dan naik..

Saya melalui hari-hari kebelakangan ini bersama hati yang sakit. Hati yang pedih. Hati yang luka. Hati yang sedih. Hati yang kotor. Hati yang jauh. Apakah itu petanda Allah meletak saya tepi? Na'uzubillah min zalik..

Cikgu AB selalu berkongsi, kekhusyukan dalam solah adalah natijah daripada HDA kita sepanjang hari..Justeru, jika kita payah untuk khusyuk bermakna ada kerosakan dalam HDA kita pada hari itu.. Bagaimana pula jika kerosakan itu berlangsung selama berhari-hari? Atau berminggu-minggu? Tidakkah itu sungguh parah?



basah di langit, basah juga di pipi (",)


gambar hari kedua, di depan Bab Iqtisod


ujian markaz Lughah..hari ke 4


saya dan kak 'Adnin..di depan sakan kami..


perjalanan dari airport ke Yarmouk University.. masih seperti mimpi..

Saya ingat, awal-awal saya di bumi ini, air mata payah ditahan. Selalu menitik ketika berbicara dengan Sang Empunya..Terasa diri benar kerdil.. Sungguh. Iman itu tidak pernah sama.

Tarbiyah Dzatiyah yang saya hadam di Malaysia tampaknya tidak berjaya diamalikan.. kerana TZ seharusnya melahirkan kepribadian yang tidak futur, malas atau lemah..Orang yang sedar dan faham dengan TZ mampu meningkatkan potensi diri secara berterusan dan berdikari..Taqwim berlaku meski dia tinggal seorang cuma.

Mengapakah perkara tersebut berlaku? Kerana TZ melahirkan syu'ur keyakinan penuh terhadap hari pertemuan denganNya.

"Setiap hari, luka-luka baru menjalari tubuh ummat, sedangkan luka-luka semalam masih belum sembuh.."

Kenapa futur? Kerana hilangnya kepekaan jiwa dan kesensitivitian terhadap penderitaan ummat. Senang dan sibuk beribadah sendirian tanpa memikirkan akhirat masyarakat.nSungguh. Semoga Allah tidak menolak saya tepi.

Duduk di sini, saya kira, sebagai tempat berehat daripada 'bekerja'. Sungguh. Itu saya akui. Sedangkan seharusnya kepekaan yang ada membawa kita untuk tidak berehat.

'Abbas 'Asisi saat dia menangis melihat masyarakat, bilang IHAB "Sekarang kamu faham apa erti Dakwah".

Syed Qutb pernah membayangkan umpama dia di atas bukit, dan masyarakat seperti kanak-kanak di bawah, sibuk bermain pisau yangmana akan memudharatkan diri mereka sendiri..

Mereka itu yang tidak pernah padam dari nyalaan TnD..Tapi saya?

Doakan saya sahabat..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.