Saturday, November 14, 2009

Tarbiyah Ruhiyyah dan Jismiyyah

Tadi pagi, kami mengadakan halaqah mingguan. Sepatutnya halaqah rutin dijalankan pada Khamis malam Jumaat tetapi terpaksa ditunda kerana bertindih dengan forum mahasiswa anjuran PERMAI.

Saya kongsi bersama teman mengenai Tarbiyah Dzatiyah. Ya, tarbiyah yang cukup penting dalam membentuk peribadi muslim haraki. Sungguh. Itu tajuk berat saya kira. Tetapi sengaja saya pilih tajuk itu sebagai peringatan pada diri dan sebagai perkongsian buat teman yang lain.

Kami Subuh berjema'ah. Sepatutnya mengikut aturan awal, hajat untuk berqiyamullail bersama tetapi tampak teman-teman capek kerana lewat tidur. Justeru, program dimulakan dengan solat Subuh. Kemudian kami membaca ma'thurat yang di'tekong'kan oleh kak 'Adnin. Selesai itu, baru kami mulakan halaqah.

'Afifah menyuarakan idea untuk berjogging bersama pagi itu. Kami semua setuju kerana semenjak kami tiba di bumi Urdun, tiada masa lagi diperuntukkan untuk beriadah. Sungguh. Buktinya, masing-masing sudah mula berisi..(",)

Selesai bersiap. kami bertolak sekitar jam 7 pagi menuju ke stadium berdekatan. Suasana sunyi sepi. Itu hal biasa di sini kerana mereka senang tidur selepas Subuh.

Kami berjogging mengelilingi kawasan stadium, sekitar 1 km jauh. Kemudian kami bersenam ringkas. Saya menjadi jurulatihnya..(",)

"Alhamdulillah, pagi ni kita buat dua tarbiyah, tarbiyah ruhiyyah dan tarbiyah jismiyyah," saya bilang pada mereka.

Ketika kami mahu berangkat pulang, baru muncul kelibat-kelibat arab yang datang untuk beriadah..

Alhamdulillah, pagi ini adalah pagi yang menenangkan..





pagar masuk..



sekitar kawasan stadium..

Doakan saya teman..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.