Thursday, March 1, 2012

Bosnia : 1992-1995

Masih ingat tentang post 'My Requests' yang saya catat penuh harap? (hanya post peribadi, tidak baca pun tidak apa)

Jujur, permintaan yang aneh itu sudah cukup menggambarkan betapa bumi itu telah mencuri hati saya semenjak kecil. Malah air mata seorang kanak-kanak kecil yang baru belajar membaca telah merembes laju saat khabar dari sana menjadi bacaan.


Teringat waktu itu, kisah penyembelihan mereka saya tatapi bersama catatan-catatan berdarah bumi jihad Afghanistan, Palestin, Chechya, Tajikistan, Libya, Kemboja dan lain-lain meski rakan seusia normal lebih gemar membaca buku ABC dan buku kanak-kanak berwarna-warni.

*Mungkin kerana faktor kami belajar membaca dengan bonda dan sudah mengenal huruf mendahului orang lain. Justeru, ketika orang lain masih belajar abc di tadika, kami sudah mentelaah jilid-jilid tebal World Book dan Exclopedia..! Maha Baik Allah kerana menghadiahkan bonda sekaligus guru terbaik buat kami yang semoga diganjarkan kepadanya syurga Firdaus terindah. ameen. 

Bosnia: Bumi Merah Itu.

Perang saudara Bosnia pada hakikatnya seakan sama perjalanannya dengan perang saudara di Ambon dan Maluku cuma perang di Bosnia lebih bersifat penghapusan etnik dan melibatkan konflik yang lebih besar kerana mungkin terkesan dari strategik lokasi serta rentetan perang dunia ke-II.

Episod berdarah ini telah bermula pada March 1992 sehingga November 1995 dan mengorbankan sekitar 97 207 nyawa manusia (kajian Mirsad Tokaca dari LSM Pusat Kajian dan Dokumentasi tahun 2007). Sebanyak 66% dari korban itu adalah Muslim Bosnia, 22% dari etnik Serbia dan 8% dari etnik Kroasia. Dan 3 300 nyawa dari jumlah itu adalah rakyat di bawah umur 18 tahun.

Dan populasi rakyat Bosnia pada tahun 1991 adalah 43%   muslim, 31% Serbia dan 17% Kroasia.

Map of Bosnia-Hercegovina


Bosnia: Percikan Perang Saudara.

Peperangan yang berlaku di bumi itu melibatkan antara 3 etnik iaitu Muslim, Serbia dan Kroasia.

Dan sebenarnya, tercetusnya api yang marak ini adalah bermula dari Perang Dunia I (1914-18), yang menyaksikan kejatuhan empayar Austria-Hungary dan berlakunya perpecahan tanah jajahannya kepada 3 iaitu Czechoslovakia, Poland, dan Kingdom of Serbs, Croats, and Slovenes (nama lama Yugoslavia).


Rentetan peristiwa yang panjang sehingga terpisahnya Yugoslavia akibat ditawan oleh kuasa Axis pada April 1941 dalam Perang Dunia ke II (1939-45). Selepas berakhirnya Perang Dunia ke II, Yugoslavia dibahagi kepada 6 negara atau republik iaitu Bosnia - Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia, dan Slovenia.  Kesannya berlaku pembahagian sempadan penduduk yang melibatkan 3 etnik iaitu Serbia, Kroasia dan Muslim (yang telah menghuni semenjak tahun 1526 selepas pembukaan oleh Kerajaan Turkey Uthmaniyyah)


Boleh rujuk catatan panjang di sini.

Dan sejarah merah itu bermula apabila etnik Serbia memberontak membantah kemerdekaan yang diperolehi oleh etnik Muslim dan Kroasia pada Mac 1992.

Sedikit kronologi berkaitan perang tersebut:

1992:Feb 29-March 1 - Bosnia's Muslims and Croats vote for independence in referendum boycotted by Serbs.
April 6 - European Union recognises Bosnia's independence. War breaks out and Serbs, under the leadership of Radovan Karadzic, lay siege to capital Sarajevo. They occupy 70 percent of the country, killing and persecuting Muslims and Croats to carve out a Serb Republic.
May - U.N. sanctions imposed on Serbia for backing rebel Serbs in Croatia and Bosnia.

1993:Jan. - Bosnia peace efforts fail, war breaks out between Muslims and Croats, previously allied against Serbs.
April - Srebrenica, Zepa and Gorazde in eastern Bosnia are declared three of six U.N. "safe areas". The United Nations Protection Force UNPROFOR deploys troops and Bosnian Serb Army (VRS) attacks stop. But the town remains isolated and only a few humanitarian convoys reach it in the following two years. 

1994:March - U.S.-brokered agreement ends Muslim-Croat war and creates a Muslim-Croat federation.

1995:March - Bosnian Serb President Radovan Karadzic orders that Srebrenica and Zepa be entirely cut off and aid convoys be stopped from reaching the towns.
July 9 - Karadzic issues a new order to conquer Srebrenica.
July 11 - Bosnian Serbs troops, under the command of General Ratko Mladic, capture the eastern enclave and U.N. "safe area" of Srebrenica, killing about 8,000 Muslim males in the following week. The U.N. war crimes tribunal in The Hague indicts Karadzic and Mladic for genocide for the siege of Sarajevo.
August - NATO starts air strikes against Bosnian Serb troops.
Nov. 21 - Following NATO air strikes against Bosnian Serbs, Bosnian Muslim President Alija Izetbegovic, Croatian President Franjo Tudjman and Serbian President Slobodan Milosevic agree to a U.S.-brokered peace deal in Dayton, Ohio.
Dec. 14 - The three leaders sign the Dayton peace accords in Paris, paving the way for the arrival of a 66,000-strong NATO peacekeeping Implementation Force (IFOR) in Bosnia. The international community establishes a permanent presence in the country through the office of an international peace overseer.

1996:July - West forces Karadzic to quit as Bosnian Serb president.
September - Nationalist parties win first post-war election, confirming Bosnia's ethnic division.

1997:
-Having lost power, Karadzic goes underground.

2002:Feb. 12 - Former Yugoslav President Slobodan Milosevic goes on trial charged with 66 counts of genocide and war crimes in Bosnia, Croatia and Kosovo.

2003:Dec. - Ex-NATO commander tells the court Milosevic knew Bosnian Serbs planned to massacre Muslims in Bosnia in 1995. 

2004:June 11 - In a belated abandonment of its endless denials and under strong international pressure, the Bosnian Serb government make a landmark admission -- that Serbs indeed massacred thousands of Muslims at in Srebrenica, on Karadzic's orders.

2006:March 11 - Milosevic is found dead in his cell in The Hague.

2008:July 21 - Bosnian Serb wartime president Radovan Karadzic, one of the world's most wanted men for planning and ordering genocide, is arrested.



Bosnia: Torehan Darah Itu.
Dalam banyak-banyak kisah duka, saya teringat pada satu peristiwa di mana saya pernah menonton video kejadiannya.
Peristiwa tersebut berlaku di bandar Srebrenica dan tercatat sebagai sejarah hitam dalam PBB oleh Kofi Annan, mantan setiausaha agung pertubuhan sedunia itu.
Srebenica semasa berlakunya konflik, menjadi antara kawasan yang mendapat perlindungan di bawah PBB, sekaligus menjadi kawasan ribuan rakyat Bosnia berkumpul menagih keselamatan.
Namun, pada Julai 1995, tentera Serbia di bawah pimpinan jeneral Ratko Mladic telah mengepung dan menguasai bandar tersebut sambil disaksikan oleh pasukan PBB yang langsung tidak melakukan sebarang tindakan.
Ketika terjadi pembantaian, sekitar 15 000 orang berusaha menyelamatkan diri dengan cara mendaki gunung dekat kota Tuzla. Mereka berjalan sejauh sekitar 65 mil (atau 100 kilometer), namun masih tetap dapat diburu oleh tentara Serbia. Dan yang ditemukan, langsung dibunuh di tempat ketika itu juga. 
Malah masih jelas dalam sebuah video lain (kalau tidak silap, dalam siaran History Astro yang saya tonton semasa pulang pada tahun 2010) , di dalam salah satu kem pelarian mangsa perang yang tiba-tiba ditawan oleh tentera Serb, menyaksikan ribuan saudara muslim dibahagikan antara lelaki dan wanita. Sebahagian wanita dan kanak-kanak dipindahkan ke kawasan lain serta selebihnya dibiarkan untuk dibunuh.
Manakala tawanan lelaki yang telah diasingkan, dikumpulkan dalam sebuah kilang besar secara sesak sebelum ditembak rambang yang meragut semua nyawa.


Bosnia: Melatih Kepekaan Dan Kekuatan Jiwa.

Sungguh. Membaca peristiwa Bosnia ini sedikit sebanyak membuka rajah peristiwa saat Khilafah Abbasiyah dihancurkan oleh gerombolan tentera Mongul.

Teringat pernah membaca bahan dokumentasi bertulis (masih ada di rumah di Malaysia), tentang peristiwa yang diceritakan sendiri oleh mangsa kejadian, betapa ketika salah satu bandar ditawan, masyarakat yang ada di situ akur mengikut arahan berbaris panjang untuk disembelih..!

Pemuda-pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, semua sama sahaja.

Juga tercatat betapa strategi tentera serbia untuk menakutkan masyarakat muslim dalam salah sebuah bandar yang diserang ketika itu, dengan merebus seorang imam sehingga hancur daging-dagingnya dan tinggal rangka tulang putih.  Kemudian rangka itu sengaja mereka gantung tinggi menayang. Dan strategi mereka berjaya..!


Malah dalam perang saudara ini menyaksikan pembunuhan yang dilakukan oleh jiran ke atas jiran sendiri. Sama seperti kisahnya dalam perang saudara Ambon-Maluku. Dan semuanya berlaku dalam keadaan yang mengejutkan.

Menyedihkan. Masyarakat muslim ketika itu hanya mampu mengalah dan tumbang akibat sifarnya persediaan mental, fizikal dan jiwa.

Namun Alhamdulillah, kesan dari lelehan darah merah itulah yang membangkitkan kembali jiwa masyarakat muslim sana. Masjid-masjid mula terisi dengan sof-sof makmun, alQur'an mula dilazimi dan syiar-syiar Islam mula diamalikan.

Penutup: Muncul Luka-Luka Baru Di Tubuh Ummat, Sedang Luka-Luka Semalam Masih Belum Sembuh.

Meski peristiwa ini telah menjadi sejarah, namun ummah masih terus berdarah.

Torehan demi torehan masih terus berlaku. Menghasilkan longkang-longkang merah malah membentuk sungai-sungai deras darah.

Apakah kita peduli dengan semua itu?

"ada apa-apa ke dekat Syria? Kenapa kecoh-kecoh?". 

Maaf. Itu adalah soalan terbodoh yang pernah saya terima. Soalan yang dilontarkan setelah 50 ribu lebih saudara kita di Syria dibunuh kejam.

Dan soalan itu antara bukti mengapa darah-darah merah masih terus mengalir.



*sejarah Bosnia dan Bosnian War boleh dirujuk di sinisinisini dan sini.
*Tujuan asal post ini ditulis hanyalah untuk berkongsi video dokumentari ini, tetapi Allah izin langsung jadi post bertulis. (memang allergic dengan sejarah)

first.





second.



third.




fourth.


fifth.




sixth.




seventh.



eighth.



the end.






nota kaki:

-Dan semasa peristiwa berdarah Bosnia inilah, Dr Yusuf Qardhawi menggalakkan agar lelaki-lelaki muslim mengahwini wanita-wanita Bosnia yang telah dirogol dan mengandungkan anak-anak tentera serbia selepas mereka meminta fatwa agar dibolehkan membunuh anak dalam kandungan tersebut.

-Orang selalu bertanya, "macam mana hasna' boleh terlalu mencintai sejarah ya?".

Jawab saya , "kerana dengan sejarah, akan membuatkan hati yang mahu menjadi keras, kembali lembut menangis. Menerbitkan rasa kesungguhan untuk berusaha gigih agar sejarah hitam tidak berulang dan semangat yang tinggi agar sejarah indah kembali dibangkitkan".

Pesan saya, cintailah seerah dan sejarah. Kerana itu adalah sumber untuk kamu belajar berhati-hati melangkah.

Malah, selalunya ketika saat hati mengeras, selakan ayat Allah tidak mampu merembeskan air mata, meski dengan tadabbur maknanya, maka ketika itu lekas-lekas saya membuka kembali seerah-seerah baginda s.a.w. serta para sahabat r.a . Dan Allah izin, dari itulah membenih rasa malu kerana tidak benar-benar menghargai apa yang telah mereka korbankan untuk membawa risalah Iman dan Islam sehingga sampai kepada kita hari ini.

Tidak terkecuali lembaran-lebaran sejarah peristiwa yang membuka mata bahawa tanggungjawab kita terlampau banyak. Mereka yang terdahulu telah berusaha melaksanakannya serta peroleh hasil untuk menjadi jawapan di hadapan Allah nanti. Dan saya, bagaimana pula?

-"alQur'an ini seperti apa yang kamu fikirkan. Jika kamu rasakan susah, maka dia akan menjadi susah. Jika kamu rasakan mudah, maka dia akan menjadi mudah.." kata-kata sheikhah.

Dan saya masih terkial-kial dengan 2 juzu' untuk tempoh sebulan itu. Sedangkan kanak-kanak Ghazzah menjadi hafiz hanya dalam tempoh 2-4 bulan.

-Membina generasi alFateh itu perlu benar-benar telus. Semoga Allah kuatkan.

3 comments:

  1. Tertarik dengan post nih.
    Kecik-kecik dulu pun selalu dengar
    pasal Bosnia. Memang sedih. Terutamanya
    Srebrenica. Thanks for the vid.
    Documentary dari BBC ni pun ok. Hari tu nak refresh tertengok vid nih:

    http://www.youtube.com/watch?v=Fliw801iX84

    Moga semangat yang berkobar terus kekal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakaAllahukhairan katsira ya senior atas perkongsian videonya. sangat membantu.

      ameen iAllah. wa iyyaka kaman iAllah.

      Delete
  2. Bosnia, tersimpan banyak sejarah :)
    moga kak hasna' dapat mengunjunginya satu hari nnt!

    first time melawat blog ni. salam perkenalan :)


    jemput baca blog kami juga:
    http://basil-hibiscus.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

mohon pandangan.