Saturday, January 14, 2012

Kebahagiaan Kakak.



“hasna’..! hasna’…!”, jerit kak Adnin berlari.
“tahu tak kak yam dah beranak? Dekat status abang Ali..”.

“hah?”. Terhenti degupan jantung seperti mana peristiwa terkejut mendengar suara bonda di talian Jordan kerana tiba 6 jam lebih awal dari jadual ketibaan awal.

Terus log in facebook.

“[MAKLUMAN] Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. –Zaujati Hanisah Hazni selamat melahirkan anak sulung kami – srikandi mujahidah – pada jam 11.13pm, 11 Januari 2012. Kedua-duanya sihat sejahtera. Syukran atas doa, titipan dokongan & solat hajat kalian semua.//BH “.

Alhamdulillah. Rasa sebak dan gembira bercampur baur.

Maha suci Allah yang memudahkan. Teringat baru semalamnya (10 Jan) kami 3 beradik, abang, kakak dan saya berbual-bual melalui inbox fb berkenaan perancangan pengkhususan saya (iAllah) dan semestinya berkenaan Mukhlisah.

“hasna', i-allah 19hb ni kak yam pi jumpa pakar kat USM kubang kerian... ^^
so... if as planned, i-allah mungkin la si kecil ni sama tempat lahir dgn awak... doakan yg terbaik”.
“insya-Allah..”. =)

Ketika itu sangkaan Mukhlisah akan keluar pada tarikh yang diletakkan doktor iaitu 2 Februari. Namun susunan Allah lebih menarik dan mengejutkan. ^^.

Wajah Mulus Itu Membangkit Kenangan Hangat.

Meski Mukhlisah selamat keluar menjengah dunia 4 hari yang lalu, gambarnya hanya dapat dirakam hari ini dan buat pertama kalinya saya melihat si kecil yang putih cantik itu. Rasa bahagia dan tenang langsung menerpa meski cuma menatap wajah kaku.


muka bersih yang minta dibuli.

Masya-Allah..secantik wajah bondanya. Kulit yang gebu dan mata yang bulat. Bagai saya melihat wajah kakak di dalam foto-foto album zaman bayinya. Dan pastilah wajah itu mengikut wajah nenek belah ayah yang merupakan seorang Chinese seperti mana kakak turun darinya banyak.

Dan hati disebu kenangan semalam yang hangat. Sungguh, betapa terlalu pantas masa berlari.

Kakak telah menjadi ibu. Sebelum ini, kakak bertukar status menjadi milik orang. 2 peristiwa besar dalam hidup seorang wanita dan pastilah hari-hari yang bermakna buat kakak yang tidak dapat saya hadirkan diri. Tipu jika saya katakan saya tidak menangis.

Teringat ketika hari walimah akak, setiap 30 minit saya telefon dan air mata tidak tertahan. Kakak turut menangis sama.

“insya-Allah hasna’, kak yam bukan diculik orang..kak yam masih kakak awak..”.

Tertawa kerana lucu dengan sikap sendiri yang kebudak-budakan. Tetapi jujur, saya tahu dan sedar, semenjak detik itu, hidup tidak akan kembali sama. Kakak akan punya keluarga sendiri dan saya juga akan begitu. Semuanya akan terus berjalan bersama masa yang bergerak.

Melihat wajah malaikat kecil Mukhlisah membuatkan kenangan bersama kakak muncul dan saya hanya mampu tersenyum.

Kami membesar hanya di halaman rumah kerana ayah tidak membenarkan kami keluar sama sekali dari pagar kediaman. Takut diculik penjahat kata ayah. Maka, membesarlah kami sebagai tiga sahabat. (adik terasing kerana lewat muncul) Mujur punya sedikit tanah sebagai kawasan kami bermain bola sepak dalam lecak selepas hujan turun. Dan di atas tanah itu juga kami bermain camping setiap kali tiba cuti sekolah. 2 buah khemah akan dipacak, 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. Barang-barang mainan dapur akan dibawa keluar dan disusun. Namun makanan untuk dijamah tetap datang dari dapur rumah yang dihantar bonda. ^^.

Bermain anak patung Barbie doll yang punya aneka pakaian salinan lengkap berkuda dan kekreatifan kami menambah alatan persekolahan mereka. Bermain rounders dan badminton petang-petang sambil ditonton jiran-jiran. Juga pillow talk malam-malam bergosip cerita di sekolah.

Tidak lupa penambah manisnya cita rasa kisah kami, menjalani hukuman bersama. ^^.

Hukuman rotan, bacaan dan hafalan ayat-ayat pendek alQuran serta hadis yang mewarnai zaman kenakalan kami. Tidak dilupakan suapan sambal pedas atau cili api jika mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dalam pergaduhan mulut.

Teringat satu malam, kami berdua yang berkongsi bilik bergaduh dan ketika itu perkataan yang paling sensitif digunakan iaitu “bodoh”. Bonda memanggil dari bawah. Turun tangga perlahan-lahan dan menuju dapur. Sudah pasti hukuman yang bakal menanti. =).

Selepas tazkirah ringkas, bonda mengambil sambal udang merah yang baru dimasak.

“buka mulut..”. dan masing-masing disuap satu sudu.
“nak lagi?” tanya bonda. Saya yang tidak tahan pedas diam. Tetapi kakak dengan muka yang sangat innocent, “nak lagi..”.
“dah, dah. balik bilik..”. arah bonda selepas suap sesudu lagi pada kakak.
“sedap sambal tadi..”komentar kakak dalam perjalanan kami ke bilik semula. Memang akan ketawa setiap kali teringat semula.
^^#.

Wajah Kesakitan Itu.

Allah izin, Mukhlisah keluar melalui pembedahan kerana kedudukannya yang songsang. Dan saya tahu kesan kesakitannya yang dahsyat.

Teringat pengalaman menjaga bonda selepas menjalani pembedahan membuang rahim pada tahun 2008 ketika saya dalam tingkatan 5.

Kesan belahan dan jahitan memerlukan tempoh yang panjang untuk berubat. Apatah lagi luka yang banyak pantang larangnya. Tersalah makan, kemungkinan untuk luka bernanah dan lambat sembuh sangat tinggi. Untuk bergerak apatah lagi. Malah di peringkat awal, untuk beralih tubuh sahaja sudah perit.

Semoga kakak kuat insya-Allah.

Dan sekali lagi, saya hanya mampu mendengar cerita dan berimaginasi sendiri sambil berdoa jauh.

Perempuan Kecil Muncul Setelah Sekian Lama.

Lucu membaca twitter abang berkenaan cadangannya membelikan jersey buat Mukhlisah. (merepek abang) Berbeza dengan saya yang mahu membelikan gaun dan skirt pendek comel hadiah untuk si puteri. Senang melihat anak-anak kecil berpakaian gaun dan berhias comel sebelum perlu menutup aurat mereka seperti tradisi masyarakat arab. Sungguh. Masing-masing teruja menyambut Mukhlisah setelah sekian lama tidak mempunyai adik kecil.

Semoga Mukhlisah tidak dilalaikan dengan kemewahan kasih sayang tersebut. He he.

Dan saya sejujurnya kekok melihat ada bayi perempuan dalam keluarga kami. Mungkin kerana hanya punya seorang adik lelaki dan selama ini dimanjakan. Hee..

Agak-agak keterlaluan tak jika saya tidak merasakan bahawa Mukhlisah sebagai anak saudara tetapi sebagai adik? ^^. Bajet masih muda.

Penutup: Membesarlah Sayangku Dalam Fitrah Yang Benar.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَثَلِ البَهِيْمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيْمَةَ، هَلْ تَرَى فِيْهَا جَدْعَاءَ؟
“Setiap anak dilahirkan di atas fitrah maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi Nasrani atau Majusi. Sebagaimana binatang ternak akan melahirkan binatang ternak yang sempurna. Apakah engkau lihat ada binatang yng lahir dalam keadaan telah terpotong telinganya?”

Hadis ini sepertimana yang pernah dikongsikan dalam Halaqah Khas di MATRI oleh sir NS, apa yang dimaksudkan Yahudi ialah golongan yang mengurangi urusan agama dan bersambil lewa dengannya, Nasrani pula ialah golongan yang menokok tambah dalam urusan beragama dan bermaksud untuk memperbanyakkan cabang dalam urusan agamanya manakala Majusi pula ialah golongan yang mereka-reka sesuatu yang sesat dalam hal agama seperti mana yang pernah dibincangkan oleh ulama’ fikriy kontemporari.

Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat-sifat sedemikian.

Buat Mukhlisah permata hati kami,

Mengenali bonda dan ayahandamu sekali gus meyakini cita-cita serta harapan besar mereka dalam kelangsungan DnT ini, membuatkan khOlah tahu betapa tinggi impian dan persiapan mereka dalam menyambut kelahiran Mukhlisah di dunia ini.

Panjang persediaan yang telah Allah sediakan untuk mereka dalam perjalanan yang menunt kesabaran sebelum Mukhlisah muncul.
Dan khOlah dapat merasakan kebahagiaan yang sekarang ini sedang meraka lalui dengan izin Allah.


kisah mereka hampir setahun yang lalu.

Justeru wahai permata hati kami,

Semoga Allah sentiasa ada dalam setiap nafas tumbesaranmu, sentiasa menjagamu dan memastikan kamu tidak tergelincir dari fitrah yang benar. Dan menguatkan ayahanda bondamu untuk melaksanakan proses tarbiyah Islamiyah Syamilah Kamilah dalam proses pendidikan terancang buat Mukhlisah sayang.

Segeralah membesar dan dewasa menjadi anak solehah yang mentaati Rabb dan Illahnya, yang patuh kepada kedua orang tua mukminnya, yang memiliki akhlak mahmudah dan syakhsiah Islamiyah yang tertib. Membesar dan dewasalah dalam keadaan sedar dan faham untuk Mukhlisah tahu bahawa masyarakat kian rosak dan memerlukan sang pencerah.

Mekarlah Mukhlisah umpama mawar merah dalam rimbunan yang sesak dan serabut. Biar peribadimu unik dan menjadi qudwah hasanah buat mereka yang melihat dan mendekati.

Jujur, betapa tinggi hajat di hati untuk menyentuh kulit lembutmu saat ini dan berada di samping bondamu menikmati saat pertamanya bergelar ibu. Namun, Allah melatih untuk sabar dan kuat.
insya-Allah, kita jumpa cuti e3id Fitri nanti ya. ^^.

Buat kakak dan abang Ali aka BroHamzah, senang untuk hasna’ berkongsi hadis ini:

Dalam riwayat dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menyebutkan kedekatan dgn orang tua yg memelihara anak-anak perempuan mereka dgn baik kelak pada hari kiamat:
مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ -وَضَمَّ أَصَابِعَهُ-
“Barangsiapa yg mencukupi kebutuhan dan mendidik dua anak perempuan hingga mereka dewasa maka dia akan datang pada hari kiamat nanti dlm keadaan aku dan dia ” dan beliau mengumpulkan jari jemarinya.

Selamat memegang amanah mendidik seorang manusia untuk menjadi muslim mukmin yang membesar dalam ketaatanNya ya.
:’)

video untuk Mukhlisah solehah:



nota kaki:

-kak yam, sila pastikan bubu Mukhlisah cukup empuk dan gebu untuk saya jadikan bantal peluk cuti raya bulan 8 nanti ya. =)
-doakan khaulah exang last paper lusa (16hb Jan) ya Mukhlisah.
-antara bahan bacaan berkenaan menyambut kelahiran bayi dan tentang anak. sini, sini dan sini

1 comment:

  1. salam dari pak ucu mukhlisah yg hensem....terharu baca awak punyer blog nih...harapan awak adalah harapan saya dan semestinya harapan semua legasi keluarga hazni hashim...semoga kita sama2 menjadi pak cik n makcik yg boleh dijadikan qudwah hasanah kpd si kecil itu...hehehe(sebak nih..)

    ReplyDelete

mohon pandangan.