Monday, June 4, 2012

Syiah, Iran dan Syria.

'Syiah'.

Perkataan yang pertama kali saya jumpa di usia sekolah rendah ketika membaca buku seerah Perang Jamal dan Siffin. Awalnya saya kira, hanya kumpulan biasa yang wujud kesan konflik Saidina Ali r.a. dan Muawwiyah r.a. sebelum saya mula melihat dunia mereka ketika ayah membawa kami memijak bumi Iran pada tahun 2003.

Pulang dari Iran, melihat keanehan mereka yang begitu ta3sub terhadap imam sehingga memuja kuburan, laungan azan yang pelik, pergerakan solat yang ganjil, masyarakat yang terasing membuatkan saya mula menyelongkar segala cerita berkaitan Syiah.

Saya mula berminat membaca artikel-artikel berkaitan 12 imam mereka, berkaitan sejarah kesesatan mereka, mazhab-mazhab mereka yang memeningkan dan paling penting berkenaan Revolusi Iran 1978.


gambar 12 imam mereka termasuk saidina Ali, Hassan dan Hussain.

Konklusi yang mampu saya simpulkan ialah, kesesatan mereka ini bermula dari emosi fanatisme terhadap pecahan politik. Remeh sahaja masalah mereka namun apabila dijadikan asas pegangan maka, kucar kacir besar yang telah meletus seperti yang dikupas oleh dr. MAZA dalam tulisannya, SYIAH: mazhab atas nostalgia sejarah.

Syiah: Asas Kesumat Mereka.

Jika kita menyelak segala cerita berkaitan mereka, antara asas yang menjadi tunjang terciptanya 'syiah' ialah seerah ahlu bayt yang penuh keta3suban.

Mereka akan mengambil seerah bermulanya dari perlantikan saidina Abu Bakr dan Umar r.a yang dikatakan silap. Kemudian diteruskan oleh zaman Saidina Uthman yang diceritakan sebagai pemimpin yang penuh kelemahan dan lembik. Malah saidina Uthman juga difitnah sebagai seorang yang mementingkan ahli keluarganya dan mengabaikan tugas sebagai seorang khalifah yang adil.

Ditambah pula dengan kewujudan munafiq penabur fitnah, Abdullah Bin Saba' yang mengadu domba. Sungguh. Saat itu dunia Islam menjadi kabut.

Ditambah seerah ketika berlaku perselisihan faham antara saidina Ali r.a. dan Muawiyah Ibn Abi Suyan r.a. yang menyebabkan tercetusnya perang Siffin dan Jamal.

Sedangkan puncanya masing-masing dengan ijtihad sendiri. Muawiyah menuntut agar pembunuh saidina Uthman lekas segera dicari dan diadili agar pemberontakan yang sama tidak berulang, manakala saidina Ali melihat bahawa lebih perlu fokus memperbaiki pemerintahan dahulu.

Berlanjutan dengan fitnah dan mengkafirkan isteri baginda s.a.w iaitu Aisyah r.ha, Thalhah Ubaidillah dan Zubair alAwwam yang ketika berlakunya perang tersebut menyebelahi Muawiyah sebelum mengambil sikap berkecuali dan keluar perang. Dan ketika 2 sahabat besar itu sedang menunaikan solat, mereka dibunuh oleh pengikut saidina Ali yang dengan gembiranya mengkhabarkan pembunuhan tersebut namun ditempelak oleh saidina Ali dengan hadis, "aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, sesungguhnya tempat yang layak bagi pembunuh Zubair adalah neraka!".


tuduhan syiah terhadap ummul Mukminin.


Saya tidak mahu mengolah panjang berkenaan sejarah mereka kerana itu bukanlah kepakaran saya.  Cuma yang perlu kita fahami di sini ialah urgensi untuk kita menceduk lembaran-lembaran seerah yang benar dan jelas. Dan berhati-hatilah terhadap sumber dari golongan tertentu yang memutar belit seperti yang pernah ditulis oleh ustaz Hasrizal dalam tulisannya, Pendustaan Syiah dalam Sejarah Islam.

Sheikh Abu A'la alMaududi dalam bukunya 'Khilafah dan Kerajaan', ada mengulas berkenaan isu fitnah terhadap khalifah Uthman r.a. yang sebenarnya hanyalah miss-comunication yang diperbesarkan dan ditokok tambah.



berhati-hatilah!

Syiah dan Revolusi Iran.


Khomeini yang diagung-agungkan.

Jujurnya, saat masyarakat banyak mengangkat Ahmedinejad sebagai tokoh yang perlu dicontohi, saya kurang bersetuju walaupun usia ketika itu cuma sekitar belasan tahun, kerana mengikut bacaan sejarah, syiah  adalah suatu anutan yang memang penuh tipu muslihat.

Masakan tidak, kejatuhan khilafah Umaiyah dan Abbasiyah itu juga kesan dari sifat mereka yang bermuka-muka dan hasad. (Sedikit catatan ringkas Ustaz Hasrizal berkenaan sejarah mereka, Sejarah Pertelingkahan Sunni-Syiah.) Malah Salahuddin alAyyubi terpaksa mengambil suatu tempoh yang agak panjang dalam persediaan pembukaan alQuds bagi membanteras jenayah syiah dahulu.

Revolusi yang berlaku pada 1979 ini, diketuai oleh Khomeini akibat kezaliman Shah Reza yang lebih banyak menurut arahan presiden US.

Ketika awal berlakunya revolusi, seluruh ideologi turun ke jalan raya, bersama mengumpul kekuatan bagi menumbangkan Shah Reza. Dalam pada itu, Khomeini yang berlindung di Iraq (akibat hubungan yang tidak baik dengan Shah Reza) diangkat sebagai tokoh lantaran yang terpamer ialah kezuhudan, keagamaan dan ke'ikhlas'annya bersama janji-janji manis kebebasan masyarakat Iran darri sudut bersuara, ideologi, ekonomi, politik dan sebagainya.

Namun sebaik sahaja kerajaan lama berjaya dijatuhkan dan Khomeini naik, demokrasi yang dijanjikan langsung terhapus dan kerajaan dipegang secara mutlak oleh 'orang agamawan'.

Rakyat tidak berpeluang untuk memilih kerajaan dari kepimpinan yang meraka pilih malah terdapat beberapa lagi pengkhianatan Khomeini terhadap masyarakat Iran seperti yang dikupas oleh Elmer Swenson dalam tulisannya What Happens When Islamists Take Power: The Case Of Iran.

 Sebanyak hampir 6 000-10 000 tahanan politik dibunuh dan majoritinya adalah mujahidiin sunni (yang terlibat dalam revolusi). Sedangkan ketika fatrah memancing pengaruh, Khomeini pernah menabur janji, dengan kata-katanya yang terkenal,

"We must establish a government that will enjoy the trust of the people - God know that your capacity and courage are not less than those of others - unless, of course, the meaning of courage is oppressing and slaughtering the people; that kind of courage we certainly don’t have." (Khomeini in exile, January-February 1970.) 



Hassan Khudri yang dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati 
akibat bermazhab Sunni dan melaksanakan Dakwah.

Malah kesan lain yang mencengkam sunni di Iran ialah, penghapusan masjid dan dikatakan bahawa sifar Masjid Sunni di Tehran dengan alasan yang diberi oleh salah seorang rujukan Syiah, Misbah alYazdi yang diwawancara oleh The Daily News, (rujuk: Revolusi Iran tulisan Ustaz Abu Huzaifah atsary)

“Kalau di Mekkah telah diizinkan untuk membangun Huseiniyyah, maka barulah di Teheran boleh didirikan mesjid Ahlussunnah”

Maka, jelaslah bahawa segala propaganda bahawa Iran sebagai sebuah negara Islam dengan laungan semangat menghapuskan Israel dari bumi Palestin adalah satu pembohongan. Loqik akal, jika benar, mengapa masih belum digerakkan ketenteraan mereka sedangkan yang dicanang-canangkan mereka adalah sebuah kerajaan yang memilih ketenteraan setanding kuasa besar US dan Israel.

Syiah dan Syria.


Abdul Razaq Tolas berjaya menangkap beberapa warga negara IRAN yang menceroboh ke Syria. Mereka semua disoal siasat Tolas dan ditangannya terdapat pasport milik seorang warga Iran. 

Sejarah Syiah dalam kerajaan Syria telah bermula lama semenjak Hafez alAssad mengambil alih kuasa dari pemerintah sebelumnya.

Antara peristiwa yang terkenal dan dikambus lama sebelum rakyat mula berani bersuara membuat laporan ketika revolusi telah berlaku, ialah peristiwa pembunuhan seramai 40 000 orang sunni di Hama yang disabitkan kesalahan sebagai pemberontak.

Selepas peristiwa tersebut, para ulama' sunni antaranya Sheikh Ramadhan alBhutti berijtihad untuk tidak menentang kerajaan secara terang terangan dan hanya meneruskan kelas-kelas pengajian biasa.

Syria secara jelas mengamalkan dasar politik tertutup dan ditaktor dengan 84% posisi pemerintah dipegang oleh keluarga besar Assad. Kesannya, sebarang campur tangan luar tidak dialu-alukan dan sebarang berita yang berlaku dalam pemerintahannya mempunyai kesukaran untuk diakses keluar.

Secara automotik, masyarakat sunni walaupun berjumlah majoriti 74% bergerak memenuhi kawasan utara Syria kesan penindasan diskriminasi pemerintahan Syiah.


Seorang pakar rujuk Syiah, Ayatullah Ahmed Jannati berucap di Universiti Tehran berkata:   
“Kewajipan bagi Syiah untuk memasuki Syria dan berjihad di samping pentadbiran Syria hingga Syria tidak akan jatuh ke tangan musuh Ahlul Bait Rasul”

Kebencian mereka terhadap sunni dan bersikap pro-yahudi telah lama berlangsung. Malah peristiwa rampasan Bukit Golan oleh Israel dari Syria juga hakikatnya hanyalah tipu muslihat dan Perang Lubnan-Israel 1982 turut mendapat campur tangan Syria.


gambar tentera Israel bersama potret Hafez alAssad ketika berjaya memasuki Lubnan 1982.

Lantas, peristiwa berdarah yang berlaku hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan baru terjadi. Tetapi merupakan rentetan dari perjalanan sebuah kisah yang lahir dari emosi kebencian yang berasaskan mazhab yang menyeleweng.

Penutup: Ambil Tahulah!



Prof. Dr. Yusuf Qardhawi.

Setiap kali menyelak sejarah-sejarah berdarah dan peristiwa-peristiwa luka hari ini, yang sememangnya sentiasa berusaha untuk dilupakan oleh sistem, sebenarnya membuatkan kita dapat melihat dunia dari kaca mata yang penuh simpati dan terbeban.

Kita akan merasakan bahawa telah berbillion-billion jiwa diragut nyawa mereka dalam keadaan dizalimi dan kejam. Mereka tersempit dan tertekan lantaran suara halus mereka langsung tidak didengari. Jujurnya, jika ditanya kepada kita, "tahukah 100 nama dari billion mangsa tersebut?". Pastilah kita tidak mampu menjawab kerana kita merasakan bahawa perkara itu sama sekali tidak penting.

Namun, tahukah kita bahawa mereka itu juga MANUSIA yang sama nilai kehormatan dan kemuliaan sebagai ciptaan Allah yang sempurna?

Jika kita merasakan kita layak untuk hidup damai dan aman, bukankah mereka juga layak mendapat hak yang sama?

Maka, ambil tahulah! Bukan sekadar isu ini, tetapi isu-isu kemanusiaan dunia yang lain.

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh.


jangan pernah merasakan kain putih itu membalut makhluk dari planet pluto.
Mereka manusia. Mereka Muslim. Mereka saudara kita.



nota kaki:

-sejak akhir-akhir ini, Allah izin kesihatan kurang baik. Badan panas, dan muntah-muntah. Mungkin petanda badan mahu segera pulang ke Malaysia..T_T

-


7 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Beberapa hadith ana petik berkenaan Syiah:

    1. Daripada 'Auf b Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, hanya satu golongan akan masuk syurga dan 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, 71 golongan akan masuk neraka dan satu golongan sahaja akan masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan sahaja akan masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka."
    Sahabat bertanya:
    "Mana yang selamat?"
    Nabi s.a.w menjawab:
    "Mereka adalah jemaah (ahli Sunnah wa Jamaah)."
    -riwayat Ibnu Majah-
    (40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman: www.pekida.org)

    2. Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda:
    "Janganlah kamu mencela sahabatku. Demi yang diriku di tanganNya, jika salah seorang daripada kamu membelanjakan emas sebanyak bukit Uhud, nescaya tidak menyamai secupak daripada apa yang mereka belanjakan, malahan setengah cupak juga tidak menyamainya."
    -riwayat Muslim-
    (Buku 300 Hadith Bimbingan: Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam)

    Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
    "Setiap Muslim keatas Muslim yang lain diharamkan darahnya, hartanya, dan kehormatannya."
    -riwayat Muslim-
    (Buku 300 Hadith Bimbingan: Ustaz Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam)

    Daripada tiga hadith di atas, dapat disimpulkan bahawa mereka yang mengikuti ajaran Syiah, lebih2 lagi yang ekstremis, sudah terkeluar daripada golongan yang masuk syurga ini.

    Sebenarnya, ana tahu berkenaan seerah perang Siffin dan perang Jamal, tapi tak terlintas di ingatan ana bahawa lahirnya syiah daripada situ, yakni sehingga menyatakan Jibril 'tersalah' hantar wahyu, semua sahabat baginda kafir dsb. Ana tak dapat kaitkan pun sebelum ini.

    Ana dapat tahu, puak Syiah banyak di pusat2 bandar, dan puak Sunni di utara Syria, memandangkan kepimpinan Syria mengikuti ajaran Syiah.

    Ana tak dapat banyak input berkenaan isu2 kali ini, sebab ada banyak hal datang mengambil masa ana, tambah kerenggangan ana dengan sumber2 ilmu ini. Maaf sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syed for the hadis. tak apa, awak dah membantu dari sudut hadis. saya dari sudut fakta.

      nice iAllah.

      Delete
  2. setelah mengkaji baru tahu cerita sebenar perang jamal dan siffin,

    kalau tidak, menjadi tanda tanylaha sejak kecil lagi. knp muslim serang sesama muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengkaji sejarah dan menghayatinya, membuatkan kita semakin sedar untuk lebih berhati-hati.

      Delete
  3. Salam wa rahmah..menarik tulisan saudari. Namun, kajian saudari tidak komprehensif sebelum membuat kesimpulan. Tulis saudari, "Konklusi yang mampu saya simpulkan ialah, kesesatan mereka ini bermula dari emosi fanatisme terhadap pecahan politik."

    Sedang Syiah menganggap isu ini berkisar pada kepatuhan kepada perintah Rasulullah - bahawa setelah baginda Ali memimpin ummat. Namun, sebahagian umat di zaman itu engkar lalu melantik selain Ali. Bahkan tidak sedikit yang memerangi Ali dan keluarga Rasul lainnya dan membunuh mereka.

    Terakam banyak hadis dari jalur periwayatan yang pelbagai berhubung arahan mentaati Ali sebagai pemimpin setelah kewafatan baginda. Saya berikan contoh di sini:

    "Ahmad bin Hanbal di dalam al-Musnadnya telah mengambil sanadnya daripada al-Barra' bin 'Azib dia berkata: Kami bersama Rasulullah SAWAW di dalam satu perjalanan. Maka kamipun sampai di Ghadir Khum. Kami 'diseru' supaya melakukan solat secara berjamaah dan dibersihkan untuk Rasulullah SAWAW satu tempat di bawah dua pokok. Maka beliau mengerjakan solat Zuhr kemudian memegang tangan 'Ali AS sambil bersabda: Tidakkah kalian mengetahui sesungguhnya aku lebih aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Ya! Beliau bersabda lagi: Tidakkah kalian mengetahui bahawa aku lebih aula daripada setiap mukmin daripada dirinya? Mereka menjawab: Ya! Maka beliau memegang tangan 'Ali AS dan bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya...Maka 'Umar menemuinya selepas itu dan berkata: Tahniah kepada anda wahai anak lelaki Abu Talib. Anda adalah maula setiap mukmin dan mukminat.

    Baca lanjut di sini, almawaddah.orgfree.com, BAB II: SYI'AH DAN AL-QUR'AN.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas entrinya..
    bacaan petang :)

    ReplyDelete
  5. manusia apabila melihat sesuatu yang di luar kebiasaan,maka mereka beanggapan keanehan itu satu kesesetan...itu lumrah kita manusia....nabi apabila dia bersembahyang di hadapan para musyrikin mekah,pada awal keislaman maka mereka menganggap nabi itu membawa ajaran yang sesat...siapa kah kita???

    ReplyDelete

mohon pandangan.