Wednesday, February 3, 2010
Tasjil Madah..
Alhamdulillah hari ini saya dimudahkan Allah untuk tasjil madah atau dalam bahasa melayunya daftar subjek..
Subjek-subjek yang saya hajatkan berjaya diperolehi dengan bantuan Allah namun pada waktu yang berlainan dengan yang dirancang.. Cuma English, dalam perancangan awal saya sengaja ingin menyimpannya untuk sem musim panas atau soifi yang hanya menyediakan tempoh pembelajaran yang pendek tetapi atas nasihat kak Erika dan dalam keadaan subjek-subjek pilihan lain yang sudah ditutup awal maka saya pun mengambilnya . Apa-apa pun semoga Allah mudahkan..
Ini adalah subjek yang saya ambil untuk sem ini:
1)Qawaid Lughawiyyah fi Usul Fiqh 2
2)Madkhal ila sunnah anNabawiyyah wa 'alamuha
3)seerah anNabawiyyah wa a'mal khulafaa' arrasyidiin
4)Madkhal ila tasyri' alIslami wa mufasoduhu
5)maharat lughatul Injiliziyyah
Allah izin hari Isnin dan Rabu adalah hari yang paling sibuk bagi saya untuk sem ini kerana 4 subjek berderet. Bermula jam 9.30-11 pagi di dewan 301, kemudian 11-12.30 tengah hari di dewan 108, selesai itu jam 12.30-2 petang di dewan 102. Berehat sebentar, kemudian kelas pada jam 3.30-5 petang di dewan 105.
Alhamdulillah la semua subjek-subjek tersebut hanya di dalam fakulti syariah..
Yang lucu, hari Ahad, Selasa dan Khamis, saya santai habis. Hanya kelas jam 8-9 pagi. InsyaAllah dalam waktu-waktu itu akan digunakan semanfaat yang boleh.
Tadi kak Erika tanya saya,"Berapa mua'dal (markah keseluruhan) Hasna' sem lepas?"
"Tak taula..tapi hari tu dapat 82" (Alhamdulillah...)
"Tu la mua'dal awak..Bagus, awak kena kekalkan dan jangan bawah daripada tu untuk pastikan mu'dal awak sentiasa baik..."
Ha? (Dalam hati..) Kekalkan dan jangan bagi rendah? Huu..satu pesanan yang umpama perlu memikul batu 10 tan di bahu.
Saya teringat pesan ibu semasa skype beberapa hari sebelum mengikuti jelajah Jordan.
"Mak selaku pemegang biasiswa kamu (saya private), mengeluarkan arahan supaya kamu hanya mendapat mumtaz sahaja..tak nak tengok jayyid jiddan.." (Ayat yang lebih kurang)
Saya senyum sahaja. Awal-awal sudah dapat jayyid jiddan.
Kata mak."Lagi 2 markah sahaja lagi nak dapat mumtaz..sem depan dapat mumtaz insyaAllah"
ameen..
Apa-apapun, sem kali ini saya perlu berusaha berlipat-lipat kali ganda untuk mencapai yang lebih cemerlang. Semoga Allah memudahkan saya untuk membuang sifat malas, sambil lewa, main-main dan lain-lain.
Kena kuat Hasna'! (",) Doakan saya teman...
*mak doakan ya..
*kalau hasna' dapat mumtaz, balik bulan 6 ni, dapat hadiah tak? (melampau)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam hasna'..
ReplyDeletecongrats..semoga mkin mantop 4 fasal thani..
inshaALLAH..
:)
ameen..terima kasih insyie..hasna' doakan insyie pun sama..
ReplyDelete(ayat insyie: kedah sejahtera!)
hehe..
ReplyDeleteinshaALLAH..
moga ada keberkatan dlm menuntut ilmu..
:)
yeeahh kedah sejahtera..
;p
salam ziarah.....:)
ReplyDelete