Sunday, February 14, 2010

PERTAMA KE-4 2010



Semalam, saya tiba di rumah sekitar jam 1 pagi lebih setelah 2 hari berkampung di mantiqah Mu'tah bagi menghadiri PERTAMA atau singkatan kepada Persidangan Tahunan Mahasiswa Se-Jordan bagi tahun 2010..

Sepanjang 2 hari bersidang, saya kira saya telah menadah terlalu banyak permata dari tokoh-tokoh hebat alumni Jordan iaitu Ustaz Hasrizal (I admire him most!) dan Ustaz Maszlee Malik serta alumni Maghribi yang kini menyambung phD beliau di Jordan iaitu Ustaz Heizal. Dan tidak dapat dibohongi, terdetik rasa 'izzah menjadi student Jordan..hee..

Tema PERTAMA kali ini ialah 'Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah'. Tajuk berat saya kira. Tajuk-tajuk yang telah dikupas ialah:

Hari Pertama.

1)Professional dan Ustaz dalam Dakwah oleh Ustaz Hasrizal.
2)Khilaf dalam kalangan pendakwah dan kesannya terhadap umat Islam di Malaysia: Kaedah berta'ammul dan jalan penyelesaiannya oleh Ustaz Heizal.
3)Wacana Baru Graduan Timur Tengah di Malaysia oleh Ustaz Maszlee.

Hari Kedua.

4)Meneladani Sejarah dalam Dakwah oleh Ustaz Hasrizal.
5)Dunia Pasca 'Clash of Civilisation' melakar konsep saling memahami antara tamadun oleh Ustaz Maszlee.
6)Realiti Dakwah di Malaysia oleh Ustaz Hasrizal.
7)Fitnah Dakwah oleh Ustaz Maszlee.

Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan 'Erti Hidup Pada Memberi' sangat mahir dalam membentangkan isu-isu realiti kerana beliau sendiri sedang terjun ke dalam masyarakat luas. Honourably, I salute him.

Antara titipan hikmah beliau yang hajat saya kongsikan ialah:

"Fikirkan-apa yang akan aku berikan pada masyarakat?; nak banyak memberi perlu banyak menerima" "Dakwah kita bukan untuk memberitahu tetapi untuk mencetus rasa ingin tahu"

"
Dakwah = kerjasama sesama manusia untuk mengisi tujuan hidup.
= mengambil berat -> sunnatullah
= maksud -> hidup perlu memberi kepada orang lain."

"
Dakwah X ikut-ikutan (akan menyebabkan ke'tidak istiqamah'an)
X persekitaran (akan melahirkan keputus asaan jika persekitaran tetap teruk)

X kewajipan (akan membuahkan kegelinciran apabila wujud kewajipan2 lain) tetapi -> kepuasan kepada memberi."

Sungguh. Beliau berkongsi umpama kami sebahagian daripada keluarga dan adik-adik beliau. Dan sesetangah waktu, ada nada sebak penuh harapan dalam luahan bicaranya. Yang lucu, beliau ada menyebut:

"Ana puas setelah melepaskan apa yang tersimpan. Ana tak boleh kongsi dengan students Mesir lagipun students Mesir marah ana terbitkan buku Rindu Pohon Tin.." Kami ketawa.

Banyak. Terlampau banyak yang diisi. Semoga saya dapat menginterpretasikannya dalam hidup saya, insyaAllah..

Dan di akhir program, kami dikejutkan dengan persembahan Ustaz hasrizal menerusi dendangan nasyid beliau yang terkenal suatu ketika dulu iaitu tetamu dataran Syam. Sungguh. Saya betul-betul teruja kerana telah berhajat lama untuk mendengarnya semenjak membaca buku Rindu Pohon Tin dan Alhamdulillah dimakbulkan juga malam itu..

Lalu, saya ingin berkongsi dengan kalian namun akibat masalah teknikal, saya perlu menunda hajat itu..insyaAllah saya akan cuba meng'upload'nya pada masa akan datang..

Doakan saya teman..

p/s:rasa gerun untuk pulang ke Malaysia saat menyingkap mas'uliyyah berat yang menunggu..
:saya sudah mula dihinggap oleh assignment..
:rindu sama Malaysia..huu..
:dapat berita yang amat mengejutkan dari Malaysia..Tahniah Pipah (",)

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.