susahnya untuk menjadi mawar berduri..
Sem kali ini, Allah telah mempertemukan saya dengan seorang manusia yang banyak membuatkan saya berfikir..
Hanan. 18 tahun, sebaya saya.
Semasa dalam kelas seerah yang hanya selepas kelas tasyri' di hari pertama, saya duduk di sebelahnya. Dengan kain hitam yang menutup hampir keseluruhan wajahnya, saya kira, dia hanya biasa-biasa. Tidak bercadang untuk beramah memandangkan otak masih belum mahir berfungsi setelah sekian lama cuti.
Selang hari berikutnya, semasa dalam kuliah tasyri', saya duduk di sebelah kenalan Palestin yang saya jumpa semasa di program Malaysia Day yang lalu. Teman-teman arab yang lain ramah bertanya khabar. Hanan yang cuma duduk di sebelah kanan hadapan saya memperkenalkan diri. Dia bilang lucu,"Kelas seerah bersama Doktorah Sameerah atThohir dipenuhi dengan pelajar Malaysia. Saya rasa macam di Malaysia!"
Saya senyum. (Memang kuliah doktorah penuh dengan pelajar Malaysia kerana beliau memang baik dengan kami..he..)
"Saya dah lama teringin nak berkawan dengan pelajar Malaysia". Dia tambah lembut. "Jika kamu ada masalah dalam pelajaran, jangan malu untuk bertanya, saya mampu untuk mengajar kamu"
"Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat gembira".
Kemudian kami bergerak ke kelas seerah dan saya sekali lagi duduk di sebelahnya. Selesai kelas seerah, sementara mahu bergerak ke kelas yang Qawa'id 2, dia sekali lagi bertanya," kamu ada masalah dalam pelajaran?"
"Ada, madkhal ilah sunnah. Saya tak faham sebab doktor cakap 'ammi"
"Siapa doktor kamu?"
"Doktor Hawariy"
"Tak apa, saya akan mengajar kamu. Bila kamu ada masa lapang? Mari saya lihat jadual kamu.."
"Baik, esok kita jumpa di musollah jam 10-11 pagi, boleh?"
"Boleh. Terima kasih banyak-banyak ya"
*Sengaja menulis perbualan kami secara terperinci bagi menggambarkan betapa bakunya saya berbual dalam bahasa arab fushah.
Seperti yang dijanjikan, selesai kelas English pada jam 9 pagi, saya sengaja tidak pulang ke sakan dan langsung ke musollah. Hajat untuk mentela'ah dulu madah-madah yang masih sangat sukar untuk dihadam.
Jam 10 pagi, seorang perempuan arab tanpa niqab memberi salam. Saya yang terlelap sebentar sedikit teruja melihat Hanan yang cantik.
"Hanan?"
"Na'am"
"anti jameelah.."
"masyaAllah.."Dia menjawab sambil ketawa.
Sepanjang tempoh 1 jam itu, dia mengajar dan saya belajar dalam suasana yang sangat menyeronokkan.
Sungguh. Dia sangat berbeza jika di dalam kelas. Dengan niqab hitam namun aktif di dalam kuliah, dia menggunakan suara yang besar.
Tetapi bersama saya, suara biasanya sangat ceria dan merdu saat dia memperdengarkan bacaan alQur'annya.
Pada hari kedua kelas tambahan saya, sebelum bergegas ke kelas madkhal ila sunnah, dia bertanya sama ada saya mahu belajar alQur'an dengannya.
"Nak..kamu akan jadi mu'allim dan sheikhah saya!" Saya jawab gembira. Memang sudah hajat lama untuk mencari sheikah yang boleh bertalaqqi memandangkan markaz alQur'an yang sedang saya ikuti ini lebih mirip kelas alQur'an formal.
Lalu, hari Khamis semalam, kami mulakan kelas tambahan dengan memperdengarkan dulu bacaan alQur'an saya sebelum dia mula mengajar. Sangat seronok.
Dia memperbetulkan beberapa bahagian sebutan huruf yang tersilap. Dan seperti biasa, seperti di markaz alQur'an, saya selalu tertukar sebutan huruf ح dan ه
hee..
"Bacaan kamu sangat cemerlang." Puji Hanan di akhir bacaan saya. (cikgu puji..sedikit bangga)
Sungguh. Susunan Allah itu sangat cantik. Dia tidak akan sesekali menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Benar. Perkenalan saya dengan Hanan membuatkan saya banyak berfikir. Dan sejujurnya, dia adalah wanita yang baik. Saya kira, antara saya dan dia, sangat jauh perbezaannya.
Dalam usia remaja yang mana dunianya tergila-gilakan keenakan, dia memilih untuk menyembunyikan kecantikan hadiah Allah buatnya. Dia memilih untuk membantu golongan lelaki untuk terus kuat dan teguh dan berusaha untuk tidak menyumbang kepada kejatuhan mereka.
Sungguh. Saya banyak berfikir. Apakah saya seperti dia?
Doakan saya teman..
masyaAllah..
ReplyDeletesubhanallah..
:)