jangan lelah untuk terus memanjat..
Maha suci Allah yang ditanganNya segala penyusunan hamba-hambaNya.. Dia yang Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui dan Maha Mengetahui lebih daripada apa yang kita ketahui..
Di labuhanNya sewajarnya kita rembeskan air mata pengaduan dan rintihan sebagai seorang hamba..
Sungguh. Sem ini adalah sem yang agak melelahkan bagi saya yang baru menginjak alam pengajian tinggi terutama untuk hari Isnin dan Rabu.
Kelas yang berderet seawal jam 9.30 hingga 2 petang kemudian bersambung pada jam 3.30 hingga 5 petang. Mungkin di Malaysia, itu sesuatu yang lumrah tetapi di bumi Urdun ini yang sedang mengalami musim sejuk, jam 5 bermakna sudah gelap menanti azan Maghrib.
Dan Allah izin, sengaja diri ini memilih madah Qawa'id lughawiyah fi Usul Fiqh 2 yang secara betulnya adalah madah yang disusun oleh pihak universiti untuk pelajar tahun 2 walhal pelajar arab sekalipun akan mengambilnya pada tahun 2 dan ke atas.
Teringat respons terkejut Hadeel semasa saya memberitahu pilihan saya tersebut, "madah tu sangat susah..orang arab sendiri pun rasa susah"
Hee..tetapi mengapa ya saya tegar memilih?
Sungguh. Saya sendiri sukar untuk memberikan penjelasan. Sebenarnya, qawa'id 2 ini adalah pilihan bagi jurusan usul fiqh dan saya memilihnya kerana saya mahu benar-benar mahir dalam qawa'id yang unik dan luas ini. Lalu saya rasa rugi andai saya hanya menamatkan qawa'id 1.
Kemudian, mengapa saya memilih untuk mengambil pada sem ini? Soalan yang agak susah.
Mungkin pertamanya kerana tempias Dr Asyraf Bani Kinanah dalam kelas qawa'id 1 masih terasa segar. Hee.. Kedua, mungkin kerana saya mahu mengimbangkan subjek-subjek bagi tahun yang seterusnya.
InsyaAllah, mengikut perancangan saya, akan ada satu subjek pangkat tinggi dalam setiap sem. Misalnya, sem 3 di tahun 2, saya akan cuba mengambil satu subjek bagi tahun 3. insyaAllah, agar di tahun yang seterusnya, saya mentela'ah pula subjek berbaki di tahun 1..he..
Cuma yang agak merumitkan, Allah izin Dr. Zainuddin yang mengajar agak melemahkan semangat kerana laju dan tanpa menggunakan papan putih. Seperti kelas tadi, beliau meminta kami menyalin istilah-istilah qawa'id yang disebutnya. Senior-senior arab yang duduk di sebelah dan di hadapan laju mencatat dan saya hanya terkebil-kebil mencoret beberapa patah perkataan yang termampu ditangkap..he..
Selesai kelas, saya bergerak ke meja Dr.. "Mu'allish ya Dr., saya pelajar tahun satu (ayat simpati)..Boleh dr. tuliskan jika ada maksud istilah-istilah lagi kerana saya tidak dapat tangkap tadi.."
"baik..baik..kamu tak dapat tangkap ya.."
"Ya dr..terima kasih banyak-banyak.."
Alhamdulillah saya berjaya pinjam nota dari senior arab di sebelah walaupun tampak dia kurang mesra. Sejujurnya, saya rindu senior-senior arab yang mesra dan lucu di kelas qawa'id 1..hu..
Apa-apapun, semoga Allah mudahkan..
Dan Allah izin juga, dalam sem ini, saya baru belajar memakai braces..(",) Sejujurnya, sakit dan rasa nyilu sehingga membawa kepada selera makan yang menurun..(Sebenarnya masih ada selera cuma makanan banyak yang tak bersesuaian)
Apa-apapun semuanya adalah penyusunan dan aturan yang sangat cantik..
Doakan saya teman..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.