Sanah Helwah ya akhi akbar..
Sudah 23 tahun bang bair memijak bumi ini dan bermakna sudah 23 tahun bang bair bergelar hamba, anak, abang, sahabat, anak saudara, dan mungkin tak lama lagi bergelar suami..hehe.
Sungguh. Saya kira abang adalah abang yang istimewa sehingga selalu sahaja saya dicemburui oleh teman-teman..Betul, kalau jumpa selalu gaduh tetapi di belakang, saya memuji..
Ya. Saya belajar banyak dari abang terutama untuk mendidik diri menjadi anak baik yang menenangkan. Semenjak kecil, walaupun abang seorang 'kaki buli yang nakal' tetapi dia benar memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.
Saya ingat satu peristiwa semasa saya di usia 7 tahun dan abang 11 tahun. Kami menziarahi rumah sahabat baik ayah yang baru membeli sebuah kondominium sebagai rumah percutian di Lumut. Secara normal, kanak-kanak memang suka bermain. Lalu kami (saya, kakak, abang dan anak kawan ayah) yang tak berapa faham makna duduk diam bercadang untuk bermain di kolam di paras tanah.
Allah izin, semasa ingin keluar, saya berada di belakang dan tanpa diduga saya tersekat. Lantas lif membawa saya laju ke atas. Apa lagi, jeritan saya mengiringi lajunya lif tersebut..hee..
Lif berhenti di tingkat atas yang masih kosong memandangkan kondominium itu masih terlalu baru dan banyak tingkat-tingkat yang belum dihuni. Ayah yang mendengar tangisan kuat saya berlari mengikut lif. Alhamdulillah saya berjaya ditemui dengan selamat.
Yang mengharukan, abang dimarahi kerana disangka kecuaiannya sedangkan tidak ada siapa-siapa yang bersalah cuma kami yang tidak tahu bahawa lif itu sebenarnya boleh ditahan daripada tertutup..Namun, abang dengan sifat matang, hanya diam tanpa suara dan saya tahu, dia benar-benar menyalahkan dirinya.
Saya lihat abang semakin bertanggungjawab selepas ayah pergi meninggalkan dia sebagai kepala keluarga. Teringat kata-kata abang:
"duit tu bukan duit abang tapi duit keluarga.."
Itulah abang. Walaupun tampak dari luar agak kurang memuaskan (",) tetapi punya karektar yang cukup melucukan+menyeronokkan+dan pelbagai lagi yang membuatkan saya berbangga punya abang sepertinya..
abang dan kamera kesayangan 'beliau'..
dua jejaka penyeri dan pengapit keluarga
Saya tahu, ramai yang aneh kerana abang berbeza benar dengan saya dan kakak (nak maksudkan macam kami lebih c****) . Pasti orang tidak dapat membayangkan kami jika melihat abang dan tidak dapat membayangkan abang jika hanya melihat kami berdua..hehe
abang dan zuberto
zuberto yang diambil sempena nama abang, Zubair..
Abang, saya tahu dia selalu berusaha menjadi abang yang terbaik buat kami, adik-adiknya..
Maafkan Hasna' ya bang bair kalau selama ni suka lawan cakap..hehe.. Masih kanak-kanak yang sedang belajar untuk menjadi anak dan adik yang baik.. Teruskan mendidik hasna' agar bisa menjadi isteri yang patuh dan selalu merendah hati kepada suaminya..
Jazakallah hukhairan katsira atas segala pengorbanan dan kesabaran bang bair selama hasna' menjadi adik bang bair..
Sekali lagi, sanah helwa ya akhi.. semoga dimurahkan rezeki, panjang umur seiring peningkatan iman, dikurniakan zaujah yang solehah dan anak-anak lelaki yang bang bair idamkan untuk buat team bola sepak serta paling penting, semoga selalu dalam rahmat dan ihsan Allah..
lovely and deeply,
your c*t* little sister..he..
amboi2... ni rindu tahap tinggi ni.. tiap2 hari post pasal family.. aish.. fokus2...! nanti balik la, insya-allah...
ReplyDeletetu la.. hikmah dok jauh.. baru sedar erti kasih dalam hati... hikhikhik...
anyway.. setuju2... leh tak tumpang apa yang ang ckp sna'??? maleh nak post len.. kire yang ni ayat kak yam sekali suda... boleh???
winks2
huhu..tula kanak-kanak yang baru mengenal dunia..hehe
ReplyDeleteboleh..satu ayat dikira nus..huihihi..
salam,sayunya membaca entry ni
ReplyDeleteapapun teruskan perjuangan di medan ilmu...
wlkslm..syukran atas sokongan ummu..doakan saya semoga selalu kuat
ReplyDelete