Monday, February 15, 2010

Rindu..


adik yang semakin hitam..hehe

Tadi saya bersembang panjang dengan adik, satu-satunya adik dalam hidup ini, yang selalu mewarnai ceria dan kusamnya hari-hari dalam hidup saya..

Sungguh. Sebenarnya, saya jarang-jarang bersembang secara mesra dan panjang sebegitu dengannya semenjak dia meningkat dewasa. Entah, mungkin kerana saya bukanlah seorang kakak yang baik.

Melihat wajahnya di papan skype, membuatkan saya jadi rindu dan kasih padanya..

Ya, saya melewati hari-hari saya selama ini dengan adik. Bergurau, bergaduh dan bermain bersama-sama. Memanjat pokok mangga di laman rumah, main pedang menggunakan hanger, belajar di halaman beralaskan tikar, bermain cikgu-anak murid, bermain anak patung dan masak-masak dan pelbagai kenangan lain saya bersamanya..

Sungguh. Kenangan dan adik tidak boleh dipisahkan. Saya hanya sempat bermain dengan abang dan kakak sehingga usia mencecah 10 tahun. Lalu, semenjak itu sehingga saya meningkat 17 tahun, adiklah teman sepermain yang hampir membuatkan kami bertukar tahap pemikiran. hee..(adik jadi sedikit matang dan saya ke arah kanak-kanak)

Adik. Saya teringat peristiwa yang takkan pernah hilang dalam memori. Saya dan kakak bermesra (baca:bergaduh) yang agak keterlaluan namun normal bagi alam kanak-kanak. Sehingga ibu mahu menghukum (rotan..heheh) kami. Saya menangis dan adik yang ketika itu baru belajar bertatih turut menangis sama. Tanpa diduga, dia meluru ke arah saya yang sedang duduk untuk melindungi saya dari dirotan. Sungguh mengharukan..he.. Saya takkan pernah lupa kisah itu.

Namun, seperti yang pernah saya katakan, saya bukanlah seorang kakak yang baik dan prihatin. Saya mula belajar menghargai kehadirannya hanya selepas dia mula berpindah jauh ke timur Malaysia..Saat saya merasai sunyinya tanpa teman bergurau dan bergaduh (",)

Sungguh. Semoga adik dewasa menjadi pemuda dagang hati dan matlamatnya seperti pemuda-pemuda hebat ashabul kahfi. Pemuda yang berbeza cita-cita dan tujuan hidupnya berbanding masyarakat yang senang hidupan dunianya.

Adikku Thalhah,
Semoga menjadi pemuda yang kuat dalam dunia yang melelahkan,
semoga menjadi pemuda yang hebat dalam dunia yang enak berwarna dusta,
Tetapkan hatimu adik,
Sungguh. Sangat perit untuk hidup sebagai seorang remaja hari ini,
kerana kita mahu menjadi remaja luar biasa, bukan remaja yang hanya biasa-biasa..
Kuat, Hebat dan Luar Biasa dalam nilaian Allah sang Pencipta,
Bukan sekadar tanggapan dan nilaian manusia..

Doakan kakakmu agar turut bisa selalu kuat..

Doakan saya teman..

2 comments:

  1. waaaaa...rindu kat ta'ah jugak!!hik3...

    ReplyDelete
  2. eh..siapakah ini yg berani nak rindu2 adik orang?
    heheh..

    ReplyDelete

mohon pandangan.