Ku simpan pedih ini,
Ku ubat luka ini,
Ku belai lelah ini,
Ku pujuk tangis ini,
Ku peluk getar ini,
Ku usap air di bibir mata ini,
Ku sapu habuk di datar ini,
Membuang semua daki dan karat yang setia menghiasi.
Sungguh.
Mengharungi hidup ketika usia ini
Sangat pedih
Sangat perit
Sangat letih
Sangat sedih
Iman, bersihlah kamu..
Hati, lapanglah kamu..
Usah biarkan rantai dunia mengikat kaki kamu
Usah biarkan besi itu menghalangi kamu untuk terbang jauh
Sungguh
Allah rindu pada pemuda-pemuda yang bersih jiwanya
Yang tulus taubatnya
Yang cerah matlamatnya
Tidakkah kamu mahu itu?
291209
Irbid, Jordan
aslkm...
ReplyDeletesentiasa dktkan hati kita dgn Al-Quran...
hati akan menjadi tenang dan gembira...
terasa........
ReplyDeleteto syuib,
ReplyDeletesyukran atas titipan. Benar, alQur'an bukan sekadar untuk dibaca tetapi perlu disentuh bersama hati yang mengerti.Baru menghadirkkan makna tenang itu.
to selautan rohku,
Semoga Allah selalu mengahdiahkan hati yang kuat untuk kita menempuh hidup sebagai hamba. Doakan saya..