rindu murabbi-murabbi itu..rindu bi'ah itu..rindu MATRI..
Minggu lepas, Irbid pula diangkat sebagai tuan rumah bagi program berikutnya iaitu Seminar Kewangan Islam anjuran bersama Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ) dan Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ). Tema yang diambil ialah "Sistem Kewangan Islam Alternatif Kewangan Alaf Baru"
Walaupun iqtisod islami atau ekonomi Islam bukanlah takhasus dan minat saya, namun Allah izin saya tergerak untuk mengikutinya selepas mendapat tahu bahawa tetamu jemputan khas bukanlah calang-calang manusia di dunia antarabangsa ini.
Kenal dengan Dr Mohd Daud Bin Bakar?
Beliau yang awalnya cuma kelulusan ijazah sarjana usul fiqh namun melangkah jauh sehingga kini memiliki PhD dalam bidang ekonomi dan merupakan salah satu ikon ekonomi Islam di peringkat antarabangsa.
Terlalu banyak maklumat-maklumat peribadi beliau yang amat mengujakan. Sehingga kini hidupan beliau lebih banyak di dalam kapal terbang berbanding di atas tanah saya kira.
Baik. Saya tidak berminat untuk bercerita panjang tentang beliau. Apa yang hajat saya kongsikan di sini beberapa ayat titipan beliau yang membuatkan saya berfikir.
"Grap the challenge and change it to be our opportunities"
"IMPOSSIBLE if you wanna to win without pain"
*Beliau menggunakan tiga bahasa semasa ceramah= english, arab dan bahasa Melayu. Sengaja menulis ceramah beliau dalam english..to improve my english..
Sepanjang seminar tersebut, saya agak pening-pening dan sedikit mengeluh kerana tidak 'arif dengan kalimah-kalimah dan situasi ekonomi dunia yang kini sedang berlari untuk mengambil sistem Islam. Alhamdulillah untuk bahagian saham, saya sedikit jelas kerana banyak mendengar di rumah..
Sungguh. Mendengar bicara beliau menambahkan lagi keyakinan saya bahawa Islam pastikan menguasai dunia suatu hari nanti. Janji Allah itu sangat pasti..Benar.
Beliau ada berkongsi, pernah soalan ditanyakan kepada wakil negara Israel mengenai ekonomi Islam. Jawab mereka, "kami memang berhajat nak mengambil sistem ekonomi Islam sebagai sistem ekonomi negara Israel namun kerajaan tidak membuka peluang" (ayat yang lebih kurang)
Bukankah itu menunjukkan betapa syamil dan kamilnya Islam? Siapa percaya bahawa asas deen ini hanyalah bermula di celah kotak-kotak pasir di zaman yang cuma ada unta dan kuda sebagai pengangkutan namun berjaya merangka satu sistem ekonomi yang cemerlang dan tersusun untuk zaman yang 1400 tahun ke hadapan. Siapakah yang bisa menyusun semua itu jika bukan Sang Maha Pencipta manusia?
Tambahan.
Sedikit cerita untuk hari ini yang saya ingin coretan buat kalian especially for my mum..hee..
Pagi tadi, saya belajar lagi bersama Hanan..Selesai membaca beberapa muka surat alQur'an, beliau memuji, "saotuki jameelatun jiddan" hee.. Seperti kanak-kanak yang seronok dipuji oleh cikgu saya kira..
Kemudian petang tadi, saya dan rakan-rakan sekelas markaz alQur'an bergerak ke rumah sheikhah untuk mentela'ah ilmu alQur'an..menaiki van yang agak tidak cantik (baca:buruk) dan meredah jalan yang umpama jalan tanah tanpa tar serta dipandu bak kereta kuda.
Langsung saya teringat pada kisah Ustaz Muhtad yang sampai terjatuh (baca: tergolek) dari lori pick up semata-mata mahu bertalaqqi di bumi Mesir. Subhanallah, pengorbanan beliau lebih besar dari kami.
Kami duduk di rumah sheikhah hampir 5 jam lebih. Awalnya, kami menjalani periksa markaz kali kedua dan tasmi' surah hafazan minggu ini. Seterusnya solat maghrib dan belajar tajuk baru hinggalah akhirnya tilawah alQur'an seorang semuka.
Yang lucu, sepanjang kelas, kami tidak duduk diam kerana mahu pulang awal. Masing-masing punya kerja banyak yang menunggu di rumah namun kerana tidak sampai hati mengeluarkan suara, kami akur untuk terus duduk dari jam 4 lebih hingga jam 9 lebih..
Saya sendiri membaca dengan kesalahan seminima mungkin bagi mempercepatkan masa pulang..(",)
Sebenarnya, ini adalah kali kedua kami belajar di rumah sheikhah kerana sebelum ini kami belajar di markaz Habsah. Mungkin akan berlanjutan untuk kelas-kelas yang seterusnya..Pengalaman yang menyeronokkan saya kira.
Maaf jika post kali ini, tidak punya apa-apa kerana saya sekadar mahu berkongsi cerita..
Doakan saya teman..
*Saya rindu kekuatan itu..
*Doakan saya, sungguh hati saya sedang dicuri dunia..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.