Bermula 30 Disember 2009. Bina' kami mengadakan jamuan perpisahan ringkas untuk pelajar-pelajar USIM yang telah berkursus di bumi Jordan ini selama 40 hari. Mereka dihantar ke sini semata-mata untuk mengikuti kursus intensif di Markaz lughah. Saya kira mereka sangat beruntung.huu..
31 Disember 2009. Hari ini adalah hari terakhir kami di markaz lughah. Sejujurnya, sangat sedih. Sedih meninggalkan cikgu-cikgu dan kawan -kawan. Sungguh. Banyak yang saya timba di situ. Timba pengalaman. Timba ilmu. Timba persahabatan. 1001 kisah yang tidak mungkin saya lupakan.
Dan insyaAllah 5hb ini adalah periksa terakhir kami. Doakan saya ya.
Bangunan Markaz Lughah
siapa ni? inilah Lais..hehe
Malam itu kami dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam di Math'am Abu Mahmud. Dan yang paling istimewa, jamuan ini ditaja sepenuhnya oleh pelajar-pelajar tajaan JPA dan MARA. Lalu, kami pelajar-pelajar private, JAIS dan JAIP hanya duduk, order dan makan!
Jazakumullah hukhairan katsira diucapkan buat kalian. Bak kata kak Sara, semoga usaha ini dijalankan secara berterusan..(",)
Sungguh. Sayang kalian kerana Allah. Semoga kita sama-sama bisa meraih sebanyak-banyaknya di bumi Yarmouk ini dan dapat membawanya pulang buat bekalan dalam perjuangan meng'islah masyarakat..
makanan..
syawarma 'arabi..saya punya
Pengarah program..huhu
sahabat-sahabat saya.
Selepas selesai, kami bergegas ke rumah kakak-kakak IKIP (Andaleep) untuk sesi pembikinan makanan kerana kami telah diambil sebagai ajk persegaran bagi Program Meniti Perhentian Terakhir anjuran Majlis Mahasiswa Yarmouk (MMY).
Sangat seronok malam itu. Tidur lewat kerana membalut kuih Samosa dan bangun seawal 2.30 pagi lebih semata-mata menguli donut. Kami bergilir-gilir bersama kakak-kakak. Proses menguli bancuhan bermula 12 tengah malam. Tetapi saya mengambil sesi proses membentuk donut.
Sangat penat. Bayangkan kami perlu menghasilkan 750 lebih biji donut! Tangan saya merah-merah kerana menggolek cawan.hu..
Semasa sibuk menguli, kami bercanda. Kami bertaaruf. Kami bersembang. Kami bermesra. Sungguh. Banyak kerja yang kami buat dalam satu masa. (Alhamdulillah, tiada sesi mengumpat ya) Dan yang paling lucu adalah apabila kami teringat bahawa kami mengisi malam tahun baru dengan bertepung di dapur! Sangat unik.
1 Januari 2010. Hari pertama di tahun baru. Dan kami menyambutnya di dapur Bayt Andaleep. Bersama tepung yang berselerak. Bersama 11 bancuhan donut yang sangat memaksa kami untuk bekerja keras. Bersama tangan yang sudah merah. Bersama jenaka santai kakak-kakak yang mengisi waktu lelah kami.
Program pagi itu sepatutnya bermula 7.45 pagi. Tapi, pada detik itu, kami masih lagi berhempas pulas di sapur. Lalu, program terpaksa dianjak kerana kelewatan sarapan pagi peserta.
Ketika jam menghampiri 9 pagi, baru kami bergerak ke dewan Kuliah Tarbiyah.
Program Meniti Perhentian Terakhir adalah program pengurusan jenazah pertama yang pernah saya sertai sepanjang umur saya dewasa.
Sangat bermakna. Sangat berilmu. Sangat bermanfaat. Dan sangat menginsafkan saya. Ya. Saya suka merancang masa depan. Tetapi kadang-kadang saya terlupa bahawa, apakah yang saya rancang itu akan tercapai? Apakah saya yakin bahawa nyawa saya akan sampai kepada umur yang saya hajatkan?
Sangat kurang untuk saya muhasabah jika esok saya mati, apakah yang akan saya hadiahkan sebagai memohon ihsan Allah?

keranda tiruan..dibuat di Bayt Andaleep.
silibus program..
pengurusan jenazah
pengurusan jenazah
Saya belajar banyak. Daripada mandi jenazah, pengkafanan jenazah seterusnya di liang lahad. Sebenarnya semua itu memang benar-benar perlu dihayati dan dihadap elok kerana tidak mustahil satu hari nanti saya perlu praktikkan.
persembahan di akhir rancangan..
Selesai program, kami bergerak ke rumah kak Haninah kerana ada sedikit sembang-sembang dan makan-makan. (",) Sebenarnya banyak yang saya hadam malam itu. Cuma terpaksa dirahsiakan..hehe
dari kiri:kak syu, kak maryam, kak 'adnin, kak izzah dan kak ninah
Sungguh. Saya sayang kalian. Kalian adalah kekuatan yang selalu meresap dalam darah ini untuk terus bergerak. Kalian adalah ubat saat ini diri ini lemah. Melihat wajah-wajah kalian membuatkan diri ini rasa laju mahu berlari. Membuatkan diri ini selalu mahu berusaha memberi.. Ketahuilah betapa kalian adalah inspirasi untuk terus istiqamah di atas jalan ini..
nk terus komen..hehe.kte x tau plak malam tu budak jpa belanja makan semua.nyesal tul x pergi..dah la susah nk dpt makan luar.
ReplyDeletehuhuhu..itula..orang ajak tak nak pergi..bukan senang orang nak belanja..(",)
ReplyDelete