Saturday, January 2, 2010

Cukupkah amal itu?

gambar tiada kaitan

2009 telah berlalu..
Tahun yang panjang. Tahun penantian. Tahun kesabaran. Tahun kerinduan.
Sungguh.

Tahun 2009 saya lalui dengan pelbagai warna dan corak. Warna terang. Warna riang. Warna kusam. Warna suram. Warna tengah.

Awal 2009. Saya menyertai Kursus Intensif Bahasa Arab dan Kepimpinan yang dianjurkan oleh RMC Training Center yang dijalankan di bumi MATRI. Bermula bulan Jan dan berakhir pada Mac.

Sepanjang tempoh itu, cuti saya diisi dengan kem-kem motivasi. Agak sibuk. Lebih-lebih lagi saya menyandang Timbalan pengerusi Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis. Lalu, saya perlu meguruskan perjalanan kelab itu dalam masa yang sama. Perjalanan Tarbiyah. Perjalanan Dakwah.

Dan Alhamdulillah, kami telah berjaya mengadakan Kem RIMBA atau singkatan kepada Rekreasi Minda Bestari yang diusahakan sendiri oleh KeARAH Perlis. Selama ini, aktiviti-aktiviti formal negeri Perlis lazimnya dijalankan secara gabung di peringkat Zon Utara melalui kem-kem seperti KMK atau singkatan kepada Kem Minda Kreatif.

Saat itu saya belajar untuk memimpin. Belajar untuk merancang. Belajar untuk menyusun atur kerja.

Mac. Keputusan peperiksaan SPM keluar. Slip rasmi punya sedikit kecacatan dengan satu huruf B bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Agak kecewa. Namun Alhamdulillah, tidak mematahkan semangat ini untuk terus istiqamah dengan keputusan yang telah diambil.

Selepas cuti sem bulan Mac, saya menyertai program HIMEGA'09 atau singkatan kepada Hijrah Menara Gading anjuran Haluan Malaysia bersama teman-teman yang lain.

Kemudian hari-hari saya dilalui dengan menjadi fasilitator kepada kem-kem seperti Geliga 3 dan 4 iaitu singkatan kepada Generasi Langkawi Gemilang anjuran Haluan Malaysia, KMK 13 anjuran KeARAH Zon Utara, Kem Smart Solat Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) di Merbok, Kem Tilawah SMKPs dan lain-lain.

Antara program-program tarbawi yang telah saya sertai pada 2009 ialah Hari Keluarga Haluan Malaysia peringkat nasional di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, himpunan Usrah HQ iaitu tamrin bagi pelajar-pelajar Halaqah Khas (HQ) MATRI yang kini sedang menerjah dunia IPT, Kem tahunan khassah atau tingkatan 6 MATRI di Pantai Merdeka, daurah Usul Fiqh, daurah Usul 'Isyriin anjuran HaluanSiswa Perlis, Himpunan Minda Medik dan pelajar ke luar negara anjuran Haluan Malaysia dan lain-lain.

Julai. KeARAH Perlis bahagian puteri menganjurkan Program Hidup Bersama alQur'an bagi pelajar-pelajar puteri sekolah rendah. Kem yang ini punya wajah berbeza dengan kem-kem alQur'an yang lain. Para peserta tidak diminta untuk menghafal surah-surah tetapi hanya beberapa ayat alQur'an dan beberapa pengisian tentang hikmah alQur'an. Di hari akhir, terdapat slot yang mana setiap peserta diberi borang situasi. Para peserta diminta untuk meletakkan ayat hafalan mengikut situasi yang sesuai.

Kemudian saya sempat mengajar dalam tempoh hampir 3 bulan lebih. Pengalaman yang amat berharga saya kira. Pengalaman kesabaran. Pengalaman kematangan. Pengalaman kesungguhan. Pengalaman perkongsian. Sungguh. Pengalaman itu menguatkan semangat saya untuk berkhidmat di MATRI nanti, insyaAllah..

Ogos. Berpeluang mengikuti Kem Bina Negara bagi pelajar-pelajar ke luar negara.

September. Mula bersiap mencari, mengumpul dan me'packing' barang-barang ke Jordan. Hati mula rasa sayu. Diruntun kerisauan. Diharu dengan khayalan yang menakutkan.

Seterusnya, bermulalah kehidupan saya di bumi tinggalan perang Yarmouk ini. Awalnya hati dipenuhi sebak selalu. Direntap air mata sentiasa. Namun, Alhamdulillah saya sudah nampak cahaya cinta Allah itu di sini. Sungguh. Saya benar-benar bersyukur.

2009 saya lalui dengan rasa sekejap. Pejam celik sudah cukup setahun.

Namun persoalannya di sini, APAKAH ALLAH TERIMA SEMUA ITU? APAKAH SEMUA ITU SUDAH CUKUP BERSIH UNTUK MERAIH SYARAT MINIMA NILAIAN ALLAH?

Semoga Allah tidak menolak saya tepi..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.