Friday, January 22, 2010

Judism vs zionism

Pagi tadi kami halaqah santai di bawah pokok rendang bersama angin sejuk sepoi-sepoi bahasa (baca sebagai kencang) di perkarangan bangunan Khawarizmi. Nyaman. Tenang. Seronok. Sejuk. Menggigil. Dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur.

Bukan sengaja kami memilih halaqah informal minggu ini tetapi atas alasan yang muhasabah, Allah mengizinkan kami untuk duduk dalam rangka mentaatiNya di atas kerusi kayu taman, saling mengadap, bercanda, berkongsi kisah, mentela'ah ayat-ayatNya, mengkaji sabda-sabda baginda dan saling ramah bercerita dalam suasana selesa bersahaja. Sungguh. Sangat seronok.

Tajuk minggu ini ialah kearah penghayatan Islam secara syumul. Nampak tajuk mudah, ringkas tetapi sarat 'sesuatu' yang kita selalu lupa. Kadang-kadang kita suka memandang hal-hal yang besar namun tertinggal bahawa iman kita rupa-rupanya belum cukup sempurna.

Semoga Allah selalu menjaga.

Kemudian, selepas itu, saya dan kak 'Adnin mengikuti solat Jumaat di Masjid Jam'iah Yarmouk. Kak Zarifa turut sekali. Sebenarnya berhajat lama dah untuk join solat jumaat tapi masa tidak mengizinkan atas alasan waktu yang sempit selepas kelas tafaqquh bersama Ustaz Mahadi di Masjid Thal. (rindu kelas tafaqquh..) Dan kelas tafaqquh cuti sebentar sepanjang fatrah imtihan ini..

Saya khusyuk mendengar tetapi dek masih kurang mahir dalam Bahasa Arab, saya hanya faham patah-patah perkataan sahaja tanpa memahami maksud sebenar keseluruhan isi khutbah tersebut. (",) Ketika pulang, saya tanya kak 'Adnin.

Post kali ini saya berhajat untuk berkongsi sesuatu dengan kalian.




Video mengenai perbezaan judism atau yahudi dengan zionism iaitu kefahaman yang merupakan dasar kepada perancangan kezaliman..

Semoga mendapat manfaat..
Doakan saya teman..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.