"To be great again, we need English or.."
"or?"
"America….."
Antara potongan daripada jutaan dialog dalam filem 'Lawrence of Arabia' yang baru selesai saya tonton sebentar tadi.
Sebenarnya sudah lama saya pendam hasrat untuk menontonnya tetapi waktu tidak mengizinkan dan Alhamdulillah, dalam kengkangan fatrah imtihan akhir ini saya berkesempatan merehatkan minda (walaupun memang selalu rehat) daripada menghafal bait-bait kalimah arab kepada suasana santai mendengar bicara yang difahami (I mean english..sebab kalau tonton movie arab, sangat tidak faham)..
Sungguh. Menonton filem ini serupa saya selak kembali kisah-kisah awal penjajahan British di Malaysia. Geram. Sakit hati. Sedih. Dan kalimah-kalimah lain yang terpaksa dirahsiakan.
Baik. Saya kongsikan sedikit dengan kalian berkenaan filem tersebut. Filem ini berkisar tentang seorang lelaki yang digelar 'hero of Britain' dan memainkan peranan penting dalam sejarah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah (seakan-akan Kamal atTarturk).
Berikut adalah sedikit biografinya.
Thomas Edward Lawrence
(born Aug. 15, 1888, Tremadoc, Caernarvonshire, Wales — died May 19, 1935, Clouds Hill, Dorset, Eng.) British scholar, military strategist, and author. He studied at Oxford, submitting a thesis on Crusader castles. He learned Arabic on an archaeological expedition (1911 – 14). During World War I (1914 – 18) he conceived the plan of supporting Arab rebellion against the Ottoman Empire as a way of undermining Germany's eastern ally, and he led Arab forces in a guerrilla campaign behind the lines, tying up many Ottoman troops. In 1917 his forces had their first major victory, capturing the port town of Al-'Aqabah. He was captured later that year, but he escaped. His troops reached Damascus in 1918, but Arab factionalism and Anglo-French decisions to divide the area into British- and French-controlled mandates prevented the Arabs from forming a unified nation despite their victory. Lawrence retired, declining royal decorations. Under the name Ross, and later Shaw, he enlisted in the Royal Air Force (and briefly the Royal Tank Corps). He finished his autobiography, The Seven Pillars of Wisdom, in 1926. He was eventually posted to India; his experiences provided grist for his semifictional The Mint. He died in a motorcycle accident three months after his discharge.
Dalam filem ini kalian dapat saksikan peristiwa yang sedang berulang sekarang. Gabungan atau kerjasama antara musuh yang nak menghancurkan Islam dengan manusia mengaku Islam yang benci dan dengki dengan saudara muslimnya yang lain.
Seperti biasa, filem ini mempunyai tokok tambah dan pembuangan fakta yang hebat. Digambarkan bahawa kerajaan Islam Uthmaniyyah zalim dan kejam, orang Arab yang dungu dan bengis, orang 'putih' yang bijak dan terancang serta pelbagai lagi fakta yang lain.
Baik. Saya senang untuk berkongsi sedikit pendapat yang lahir daripada ilmu saya yang masih cetek.
Mengenai gambaran bahawa Khalifah Uthamaniyyah zalim dan kejam. Walaupun terdapat unsur penambahan, namun kita perlu tahu bahwa memang dihujung empayar Islam, pemimpin-pemimpinnya sudah semakin alpa. Dikelilingi kemewahan. Dibanjiri kesenangan. Hingga ada yang tertinggal dan tercicir dalam urusan pentadbiran. Namun, kita perlu faham dan sedar bahawa, walaupun betapa lemah sekalipun mereka, mereka tetap menjaga kebajikan, keselamatan dan hal ehwal kaum muslimin seluruh dunia. Mereka tetap berperanan sebagai ibu bapa walaupun mungkin sebagai ibu bapa yang sibuk bekerja hingga mengabaikan anak-anak.
Tetapi anak-anak tetap ada tempat mengadu, tempat untuk berlindung jika diancam dan tempat meminta bantuan, bukan?
Lalu seharusnya kita membantu untuk membaikinya bukan merobohkannya. Mudahkah membina khilafah? Susah. Payah. Memerlukan tempoh yang sangat panjang. Usaha yang keras. Tenaga yang sedar.
Ketika itu, memang masyarakat arab berpendapat, kita robohkan kerajaan yang teruk ini dan kita bina lain. Senangkah? Itu serupalah rumah yang rosak banyak. Dapur yang bocor. Tingkap yang tercabut. Kabinet yang jatuh. Lantai yang pecah. Bumbung yang berlubang. Lalu kita mengambil keputusan meroboh habis rumah itu sehingga ke tiang dasarnya dengan bercadang untuk membina rumah lain sebagai tempat berlindung. Sekejapkah masa yang diambil? Dan sepanjang tempoh itu, berpanas hujanlah kita tanpa bumbung dan atap.
Bukankah itu lebih dahsyat daripada hanya membaiki dan menampalnya sahaja?
Khilafah, asasnya adalah alQur'an dan asSunnah. Natijahnya adalah yang terbaik dan yang tersusun kerana nidzamnya turun dari langit. Yang merosakkan itu adalah dari segi pengaplikasiannya. Jika tidak dilaksanakan secara bersungguh dan penuh syumul dan kamil, maka akan berleluasalah kepincangan. Dan itu yang perlu kita bantu untuk memastikannya sentiasa di atas garisan yang Allah mahukan.
Khilafah menjaga penuh isu kebajikan kaum muslimin khususnya isu Palestina. Masih ingat kisah Sultan Abdul Hamid? Beliau adalah pemimpin yang hebat walaupun diburuk-burukkan oleh kuffar untuk memenuhi konspirasi jahat mereka iaitu menanam rasa benci masyarakat kepada khalifah.
Namun, kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku itu adalah di bawah susunan Allah. Memang sedih. Memang geram. Namun, Allah ingin hadiahkan pengajaran agar lebih berhati-hati dan waspada. Serta Dia mahu agar kita berpeluang sama dalam menyumbang untuk Islam. Ya, jika khilafah bertahan hingga ke hari ini, maka tidak adalah peluang untuk kita dalam merasai getir perjuangan..
Mengenai orang arab yang dungu dan bengis. Sebelum saya datang ke bumi Jordan ini (sehingga ke hari ini), saya dengar pelbagai cerita buruk tentang bangsa arab. Arab ganas. Arab kaki tembelang. Arab bengis. Arab suka mencuri. Arab berlagak. Arab 'bajet' modern (kata kawan saya). Arab pemalas. Arab tak ada hati perut. Dan lain-lain.
Awalnya memang rasa aneh dengan kelakuan mereka yang langsung tidak serupa dan sama dengan kisah-kisah sahabat yang selalu kita baca selama ini. Kerana apa mereka langsung berbeza?
KERANA MULIA SESEORANG @ KAUM ITU DENGAN IMAN DAN ISLAM. DAN HINA SESEORANG @ SESUATU KAUM ITU APABILA MEREKA MENOLAK ISLAM.
Tidak kiralah bangsa arab atau melayu atau cina atau india atau afrika atau amerika atau lain-lain. Selagimana mereka beriman dan mengamalkan Islam secara keseluruhan dan bukan sebahagian-sebahagian maka Allah akan memualiakan dan mengangkat kedudukan mereka.
Dan jika mereka menolak Islam walhal yang mengaku muslim sekalipun, maka mereka akan hidup dalam keadaan yang kucar kacir, huru hara, kebodohan, kehinaan dan rendah di kaki manusia lainnya.
Jika kita soroti kembali sirah Saidina Umar ketika sebelum penghijrahan akidahnya, bagaimanakah kondisinya? Sama seperti arab ganas yang lain. Namun, selangkah dia memasuki Islam, 180 darjah dia berpaling. 180 darjah dia berubah kepada kebaikan yang maha dahsyat..
Duduk dalam kalangan orang arab ini, saya lihat mereka ada keunikan tersendiri. Keunikan yang berbeza daripada bangsa yang lain. Namun keunikan itu wajib digunakan ke arah membantu Islam kerana jika tidak keunikan itu akan menjadi suatu yang memusnahkan diri mereka sendiri..
Mengenai orang 'putih' itu, saya kira tidak perlulah dijelaskan kerana kita masing-masing sudah 'arif dengan sikap mereka yang suka membanggakan kebolehan diri sendiri walaupun selalunya tidaklah sehebat mana..
Lalu teman, senang untuk saya mengajak diri ini dan kalian bersama agar kita selalu mengkaji sirah dan menghayati sejarah kegemilangan Islam suatu ketika dulu kerana itu adalah sumber kekuatan kita sebenarnya..
Cikgu AB pernah menyampaikan dalam halaqah di MATRI:
"Jangan bicara soal DnT jika belum benar-benar tenggelam dalam penghayatan seerah nabawiyyah"
Doakan saya teman..
ana pernah dgr,"saat kejatuhan khilafah Islam bermula sejak 1500 lg apabila agenda tarbiyah bukan menjadi agenda utama.."
ReplyDeleteanyway,your english is good even you are yarmoukian....honestly,i'm not good in english as you are..
your opinion is exactly true..Tarbiyah mmg memainkan peranan yang besar dlm kehidupan muslim dan Islam itu sendiri.
ReplyDeleteThanks for your support. actually, I'm still have to improve it much more..