Wednesday, December 30, 2009

melahirkan anak itu amat payah..


Pasti ada yang aneh lagi bila menatap tajuk ini. Kenapala Hasna' sejak akhir-akhir ni suka pilih tajuk ni a? Saya tidak nafikan anggapan kalian.

Ya. Sejak akhir-akhir ini, saya suka berkongsi tajuk ini bersama teman-teman serumah. Hal ini kerana sudah banyak orang-orang di sekeliling menyuruh saya bernikah. Ibu, kakak, nenek dan rakan-rakan sekeliling.

"Balik ni, kawin sekali dengan kak yam ya.."
"Buat kenduri dengan kak yam senang.."
"Kalau Hasna' kawin, kita senang nak buat program.."
"Hasna' nikah dulu la nampaknya.."
Dan macam-macam lagi.

Sungguh. Sebenarnya saya hairan.

Umur saya masih muda. 18 tahun. Atau kalau mengikut kalendar hijrah, mencecah awal 19 tahun. Dan tingkah saya masih tidak jelas kematangan. Namun, saya mengaku, memang dalam hal-hal yang berkaitan Dakwah dan Tarbiyah, saya agak serius kerana hal itu memang memerlukan keseriusan dan bukan main-main. Tetapi itu tidak bermakna saya sudah cukup matang..

18 tahun. Usia muda dan kuat. Tidak seharusnya disibukkan dengan khayalan kosong. Dalam usia itu, Usamah Bin Zaid telah memimpin angkatan hebat Islam menentang Rom. Tetapi saya?

Saya masih tidak menyumbangkan apa-apa untuk Islam. Tidak ada apa-apa melainkan hanya secalit cuma. Atau hanya setitik berbanding 7 lautan luas.

Dan cita-cita saya besar. Saya mahu menjadi ibu kepada Muhammad al Fateh. Ibu kepada Salahuddeen. Dan ibu kepada Tariq Bin Ziyad.

Dan perjalanan saya masih mentah. Masih baru bermula. Dan masih terlalu lemah. Masih belum layak untuk itu. Masih banyak jahiliyyah yang berkarat. Masih banyak kemaksiatan yang bersarang elok.

Lalu untuk itu, saya mesti berusaha lebih. Saya yang harus mula dulu. Saya yang mesti bermujahadah melawan dunia sebelum mendidik anak merempuh keangkuhan kuffar. Dan paling penting, saya yang mesti dulu belajar untuk menjadi anak yang faham, patuh dan melapangkan ibunya sebelum saya berhajatkan anak yang sama untuk diri saya.

Sungguh. Melahirkan anak itu amat payah, apabila kita punya cita-cita besar. Tercapai atau tidak, itu di bawah aturan Allah.

Di sini, saya ingin berkongsi satu titipan dari seseorang yang banyak mengubah saya dalam melihat perjuangan dalam kaca mata sebenar.

"Ana harap Allah akan kekalkan kita di atas jalan DnT ini hingga akhir hayat sebab masih banyak lagi benda yang nak dilakukan untuk menolong agama Allah tambah pula kita nie diberi Allah kefahaman tetang Islam."

" ustz ******* ada pesan kat ana mengenai uzlah syu’uriyah tammah dalam masa kita nak menegakkan Islam supaya kita dapat melihat kejernihan Islam selepas kita mengikis semua jahiliyyah dalam diri kita."

Sungguh. Doakan saya teman semoga sentiasa istiqamah di atas jalan ini..

#5 Jan: periksa akhir markaz lughah
17Jan: periksa akhir kuliah.





1 comment:

  1. salam.mf ggu.nak komen lah.x pernah2 lagi berkesempatan komen kt sini.hasna' nk kawen?jgn langkah bendul...bg kte dlu..hahaha

    ReplyDelete

mohon pandangan.