Tuesday, January 26, 2010

kenangan semalam..

"Hasna', ana rindula kat sahibah-sahibah batch kita.. kan best kalau boleh sama-sama balik macam dulu.. nti rindu tak?"

......

"rindula juga.." Saya jawab antara jujur atau tidak. (",)

Sungguh. Saya rindu juga sebenarnya namun hakikatnya, kenangan semalam tetap adalah semalam. Kita tidak boleh sesekali meminta agar semalam dikembalikan. Apa yang penting, kita yang mesti mencorak hari ini dan esok agar ceria seperti semalam.

Sungguh. Saya sangat bersyukur sebenarnya, tercampak jauh di sini, rasa keseorangan awalnya namun saya sedar kini bahawa Allah telah membuka luas peluang untuk saya belajar mendidik diri dan manusia lain. Belajar untuk membersihkan hati sendiri dan manusia lain. Belajar untuk merendah diri dan berkongsi. Belajar untuk dididik dan dibentuk.

Ya. Manusia yang bahagia adalah manusia yang senang menukar pahitnya cabaran kepada manisnya didikan dari Allah.

Memang jika dilihat semalam itu indah. Kita dituntun elok dengan kalimah pencipta sentiasa. Kita disuap molek dengan bicara hikmah murabbi saat iman kita meraung lapar. Kita diletak di dalam lubuk permata yang cuma sekadar mencuit sudah nampak kilauannya. Kita dibelai dengan pujukan manja saat mengadu peritnya luka hati yang dicalar jahiliyyah luar.

Namun, sampai kapan kita perlu dibantu bertatih?

Nak tak nak, kita mesti dan akan (atau dah memang) keluar, melihat luasnya dunia dan meredah dasyatnya belantera sistem kehidupan hari ini yang dikuasai sepenuhnya oleh sistem yang menolak Islam.

Kita yang mesti kuat. Kita yang mesti merancang untuk kuat.

Ibn mas’ud menjelaskan, “Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”

Sekadar perkongsian dari hati yang kian berkocak..Semoga Allah selalu membersihkan saya.

Oh ya, saya nak berkongsi sesuatu dengan kalian. Kelmarin, kami (baca sebagai Asma' dan kak 'Adnin) buat donut..Sangat seronok. Walaupun awalnya nampak seperti hampir-hampir tidak berjaya tetapi Alhamdulillah donut empuk dan enak selepas digoreng..



mangsa yang akan dilenyek-lenyek..


tangan-tangan yang bakal buka bakery suatu hari nanti..iA..


sediakan sedikit waktu untuk adunan beradu selepas berjam-jam didera..


proses yang paling saya gemar..merupa bentukkan adunan


memandangkan adunan sedikit lembik, maka hanya rupa ini sahaja yang dibenarkan dan diberi kelulusan..


hasil..


mak, hasna' pandai buat donut dah..

Sungguh. Saya sayang kak 'Adnin dan Asma' kerana Allah.. Semoga setiap detik yang dilalui ini merupakan manisan luar biasa yang mampu memberatkan timbnagan amal kita insyaAllah..

Doakan saya teman..

2 comments:

  1. donut ke tu?heeee,..buat la lubang comel2..aik,x bgi kmi langsung??bau dia smpi rmh kmi tau dak??hahaa

    ReplyDelete
  2. donut la kak wani..hasna' nak buat comel2 sikit, tapi tak boleh..lembik sangat..pastu asma' cakap, buat bualat jela..

    alamak..ya ka? habis ke dalam perut kami..huhu nak kena tutup tingkap..huhu(kedekut)

    ReplyDelete

mohon pandangan.