Sunday, January 17, 2010
Selesai imtihan..
Alhamdulillah, pagi tadi saya sudah selesai menempuh imtihan akhir bagi sem ini. Semoga Allah menerima setiap usaha sebagai 'ibadah yang soheh..
insyaAllah, untuk cuti yang bakal saya hadapi ini, saya telah menyenarai pendek beberapa perkara yang MESTI saya fokus dan laksanakan. Tidak banyak. Ringkas. Mudah. Tetapi memerlukan penghayatan dan kekuatan dari Allah...
1) hafalan dan ulangan bagi juzuk 29 dan 30 (persediaan sem depan)
2)penyediaan silibus halaqah untuk sem depan. (semoga Allah menguatkan saya)
Sungguh. Untuk menjadi muslim mukmin yang selalu mujahadah mencintai Allah semata amat payah. Memerlukan satu proses yang berterusan dan teguh. Memerlukan pengorbanan perasaan, air mata dan usaha yang keras. Cukuplah Allah sebagai labuhan tangisan pengaduan.
HDA. Hubungan dengan Allah, hubungan hati kita dengan Allah, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Manusia nampak kita selalu hebat. Kuat. Tetapi HDA itu sebenarnya bukti sejauh mana kekuatan iman kita. Luar tampak gagah sekalipun, tetapi jika HDA lemah, tetap Allah tolak tepi..Semoga Allah melindungi hati-hati kita..
Sekadar catatan hati yang sedang bertarung antara dunia dan akhirat..
*insyaAllah, 28hb Jan ini saya akan mengikuti jelajah Jordan. Semoga hari-hari tersebut akan menjadi jaulah tarbawi buat kami..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.