Wednesday, January 27, 2010
kalimah Allah?
Saya sengaja menyepi daripada mengulas isu kalimah Allah ini walaupun rata-rata sibuk memperkatakannya..Akhbar di bumi Jordan ini turut mengulas hangat isu serangan ke atas gereja serta kehairanan mereka dengan sikap muslim Malaysia yang bersungguh menentang penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain.
Namun, tadi saat saya berjalan santai menjengah blog-blog pemimpin politik Malaysia dan terjumpa satu video rakaman stesen televisyen alJazeera, saya lihat kupasan isu ini sangat sempit. Dipusing-pusing dalam bulatan yang sama.
"Allah adalah kalimah tuhan dalam bahasa melayu..jadi mesti orang melayu dan Islam sahaja yang menggunakannya"
"God tu kalau translate dalam bahasa melayu sama dengan tuhan. Tuhan tu sama dengan Allah'
"Apa yang penting adalah keyakinan.."
Dan sebagainya. Lalu untuk itu saya berhajat berkongsi dengan kalian berdasarkan ilmu yang masih cetek dan perbincangan dengan sahabat-sahabat sefikrah yang lain mengenai isu yang dilihat mudah tetapi berat ini.
Persoalan yang paling penting yang MESTI kita tanya sebelum mengulas isu ini, MENGAPA KITA BISING DENGAN ISU INI? MENGAPA BERSUNGGUH KITA MENGHALANG MEREKA?
Baik. Saya senang berkongsi dulu mengenai realiti di bumi arab ini. Sebutan kalimah Allah adalah perkara 'adi atau lazim oleh mana-mana individu sama ada Islam atau Kristian.
Jika anda menonton filem English atau Korea sekalipun, terjemahannya semua menggunakan kalimah Islam. Saya dan teman-teman selalu ketawa melihat pelakon-pelakon Hollywood dan Korea melaung (terjemahan) menyebut,
"Ya Allah, sa'idnii..!"
Atau mereka berdoa,
"Allahu barikni..Allahu barikfik.."
Dan banyak lagi. Malah lagu-lagu cinta mereka turut diselangi dengan nama Allah sebagai penyedab suara latar.
Nah. Itu menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah bukanlah suatu masalah yang besar sebenarnya. Dan Allah sendiri telah berfirman dalam kitabNya yang bermafhum:
'Jika ditanya kepada mereka, siapakah pencipta langit dan bumi. Nescaya mereka akan menjawab, Allahlah pencipta langit dan bumi..'
Lalu bukankah kalimah Allah itu digunakan oleh non-muslim?
Dan kita perlu sedar bahawa nasrani adalah agama samawi, lantas Illah yang sebenarnya mereka sembah adalah Allah s.w.t. Namun setelah disesatkan baru berlakunya pertambahan seterusnya membentuk fahaman 'Trinity'. Jadi Allah mereka tetap sama dengan Allah yang selama ini kita sembah dan taati sebgai seorang muslim.
LALU UNTUK APA KITA MEMBANGKANG PENGGUNAAN KALIMAH INI?
Baik. Seterusnya kita lihat waqi' di Malaysia.
Sebelum itu, saya mengulas isu ini BUKAN sebagai kepentingan politik. Dan saya lihat golongan yang membangkang, yang memekik sana-sini, yang membakar sana-sini, yang berdemonstrasi sana-sini HANYALAH keyakinan kosong mereka yang bertunjangkan perkauman semata. Yang cuma dicucuk atas nama cintakan Islam tanpa benar-benar sedar, apakah hujah kukuh untuk mereka bermati-matian mempertahankannya. Malah tindakan mereka itu hanya mencemar kemurniaan Islam itu sendiri.
Seterusnya golongan yang menyokong, saya lihat mereka ini tidak memahami dengan sebenar-benarnya waqi' atau keadaan genting masyarakat muslim di Malaysia. Masyarakat yang akidahnya cuma senipis bawang. Yang sudah beratus-ratus ribu megah mengisytiharkan diri keluar daripada Islam, satu-satunya deen dan cara hidup yang Allah redha.
Namun, saya tidak mengatakan bahawa pandangan saya benar kerana saya menulis ini pun setelah melihat banyak perbahasan, komentar dan pandangan ulama', pemimpin, rakyat negara luar dan orang-orang biasa yang hidup di Malaysia itu sendiri.
Jadi, saya ni sekadar meneutralkan. (",)
Baik. Pada saya, kalimah Allah ini seharusnya tidak boleh dibenarkan penggunaannya oleh mana-mana media cetak mahupun elektronik agama-agama lain di Malaysia.
Mengapa?
Baik. Kita lihat secara logik dan santai.
Jika penggunaan dibenarkan, orang ramai (especially: orang-orang muda dan kanak-kanak) akan tanya, kenapa sama?
Jadi jawapan yang akan diberi, "samalah sebab Allah kita kan sama"
Jawapan itu awalnya nampak mudah. TETAPI implikasinya dalam masyarakat Muslim atau sinonimnya melayu yang kian luntur akidahnya sangat buruk.
Pemuda-pemudi melayu yang memang sudah sekian lama rosak, akan mengambil keputusan:
"La kalau tuhannya sama, baik ambik cara yang mudah.."
'Takyah solat..berzina pun takpa..minum arak pun tak pa.."
Lalu, perkara yang paling dirisaukan adalah berleluasanya isu murtad yang sememangnya dipandang remeh dan enteng oleh kerajaan dan masyarakat umum.
Dan untuk maklumat kalian, Pope di Rome sendiri tidak mahu menggunakan kalimah Allah kerana jika kristian menggunakan kalimah Allah bermakna mereka dan kita akan sama. Dan mereka sedar sebenar jika diisytiharkan bahawa Islam dan Kristian itu sama, maka banyak manusia akan memeluk Islam yang dilihat lebih meyakinkan berbanding keyakinan kristian yang berbelit dan memeningkan.
Itu realiti dunia yang bijak. Namun masalahnya, isu ini berlaku dalam masyarakat melayu yang dilimpahi budaya Hendonisme. Yang pendek dan rendah cita-cita.Yang suka mengambil jalan pintas dan mudah. Yang memang terkenal sebagai masyarakat yang menjadi pak turut.
Lalu untuk itu, kita perlu berusaha menyelamatkan keadaan sebelum menjadi parah.
Namun dalam pada itu, kita perlu sedar bahawa MUSLIM ITU BIJAK. MUSLIM ITU BUKAN BERTINDAK TERBURU-BURU DAN MEMBABI BUTA.
Dalam pada itu, kita perlu melihat beberapa tindakan yang perlu dititikberatkan:
1)Tanamkan kalimah Allah dalam hati dan kehidupan sendiri serta keluarga dan sahabat terdekat. Zahirkan dalam bentuk 'ibadah, akhlak dan 'amal sebelum sibuk memekik di luar.
2)Lajukan usaha-usaha DnT dalam masyarakat. Lebar luaskan kesedaran mengembalikan kesyumulan Islam dalam kehidupan.
3)Jangan bertindak melulu menghukum semua non-muslim bersalah. Jangan dicemari rumah 'ibadah mereka. Sedangkan dalam peperangan kemuncak pun, tentera Islam dilarang mengusik rumah 'ibadah, apatah lagi dalam keadaan yang masih aman dan damai.
Paling penting sebenarnya ialah, perbaiki akidah masyarakat dulu sebenarnya..
Baik. Mungkin sekadar ini perkongsian saya. Semoga Allah selalu membersihkan..
Doakan saya teman..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.