Saturday, December 31, 2011

Farewell 2011

farewell 2011 and here comes 2012.
sepanjang setahun, selepas tapisan segala,
agak-agak banyak mana mahar yang boleh ditunjukkan pada Allah ya?

My wish list for the coming new year.

Untuk Amanah.

Saya punya satu doa dan cita-cita. Tidak banyak. Hanya satu.

Semoga seluruh rakyat PERMAI, setiap satunya dapat merasai kenikmatan berada dalam sistem usrah dan proses tarbiyah.

Semoga setiap jiwa 1200+nyang ada di bumi Irbid ini, berpeluang merasai manisnya berada dalam lingkungan untuk berusaha menjadi muslim mukmin yang terbaik. Sentiasa rasa ada sokongan dan dihargai apabila ingin berubah kepada kebaikan. Sentiasa rasa ada teman untuk menguatkan.

Paling minimum yang membahagiakan, apabila mengimaginasikan, saat graduan pulang ke Malaysia, dan berkata, "aku merindui usrah PINTAR dan sahabat-sahabat di bumi sana..".

Malah kebahagiaan berganda, jika ada jiwa yang merasa nikmat dan berusaha mewujudkan suasana itu kembali saat tercampak kontang keseorangan.

Dan cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa usaha yang berterusan dan jiddiyah yang serius bagi memastikan perjalanan PINTAR berjalan secara maksimum.

Sungguh. Bukan amanah yang ringan.

Pernah terfikir, jika tiba saat bertemu Allah nanti, tiba-tiba ada yang bangun mempertikaikan bahawa semasa dia menjadi mahasiswa, tidak ada yang bersungguh menarik dia keluar dari jahiliyyah sedangkan saya yang sedang memikul beban itu hari ini. Apa yang dapat saya beri jawapan kepada Allah?

T_T. boleh ke nak cakap macam tu pada semua nuqaba'?

Untuk Diri Sendiri?

Banyak. Segan nak kongsi. =)

Apa-apa pun semoga Allah sentiasa menguatkan langkah dan tidak pernah meninggalkan walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek dari itu.

Masih terlalu jauh dari memenuhi syuruth-syuruth tarbiyah dalam keperibadian. Apatah lagi menjadi contoh yang baik.

Benar-benar sangat memahami kini betapa terlalu pentingnya untuk kita serahkan kehidupan kita kepada Allah. Serah secara total untuk disusun atur tanpa ada campur tangan nafsu dan dunia. Saat itu kita akan merasakan betapa tersusun dan tenteramnya hidup, semua berjalan elok dan rapi.

Kuncinya hanya satu: Kuatkan HDA, nescaya semua urusan dunia menjadi nyaman.

Teringat ada adik-adik pernah bertanya ketika mereka datang bertandang dan sembang-sembang di rumah,

"macam mana ya kaka hasna' susun waktu baca buku pelajaran, baca buku seerah da baca buku fikrah dalam seminggu tu?".

Diam. Kerana soalan itu ditanya ketika saat hidup kurang teratur dan beberapa waktu berlalu tanpa bacaan berat.

"serius akak mengaku, jaga hubungan dengan Allah sungguh-sungguh. insya-Allah, Allah akan menjaga kita dan takkan biarkan saat-saat kita terbuang sia-sia. Bila kita bersungguh dengan Allah, ada sahaja peruntukan waktu untuk kita tadabbur semua itu..rasa hidup tersusun. Tapi bila kita lali dengan Allah, memang rasa tak sempat. Tak ingat buat apa dalam sehari-hari dan rasa terbuang.."

Azam tahun baru, menjaga waktu dari terbuang dengan perkara yang tidak bermanfaat untuk iman dan Islam. insyaAllah.

Penilaian terhadap HDA: Qiyammuail.

Dari Ishaq: "Aku mendengar dari Fudhail r.a. berkata: Apabila kamu TIDAK MAMPU melakukan solat malam dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa kamu adalah orang yang terhalang dari nikmat Allah dan terbelenggu oleh kemaksiatan kamu".

Sungguh. Jika terlepas 3 hari tanpa Allah kejut, rasa pedih yang menyusuk. Apatah lagi jika dalam satu tempoh itu, Allah kejut tetapi terlelap kembali, sedar-sedar sedang azan atau selesai azan.

Saat itu memang kena muhasabah kembali, apakah hidup sehari-hari, jiwanya total diserahkan kepada Allah atau masih terikat dengan gari karat jahiliyyah dan dunia.

T_T.

Azam tahun baru, maksimakan cinta Allah sebab takut jika tiba saat peluang untuk manusia dibuka, maka cinta Allah tidak pernah berkurang. insyaAllah.

Penutup: 21 tahun. Masih Setia Menjadi Pinggiran.

Al Fateh, saat diangkat menjadi sultan berusia 19 tahun dan membuka Konstatinople saat berusia 21 tahun.

Saya?

Ciri-ciri bonda alFateh pun belum ada. Semoga Allah kuatkan insya-Allah.


Nota kaki:

-sepanjang tahun 2011 ini, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan mendidik. Memang kita hamba, tidak pernah terfikir cantiknya aturan Allah.

-lagi nak exams, lagi rajin jalan-jalan ziarah rumah orang, lagi rajin nak masak, dll. Haih. Sila fokus ya.

-rindu bonda, abang, kakak dan adik.

Wednesday, December 28, 2011

ماذا علينا؟

Semalam adalah kelas terakhir Fiqh 3uqubaat (Fiqh Hukuman) bersama Dr Ali 3Umariy. Doktor yang lembut, sopan, dan bersuara perlahan dalam usia yang memutihkan seluruh rambutnya. Doktor yang sangat baik dengan pelajar Maliziy dan selalu di'tindas' oleh pelajar arab.

Doktor yang saya lihat seperti pandangan sayang saya pada datuk-datuk atau tok wan-tok wan yang uzur tubuhnya, yang lemah percakapannya, tetapi bezanya doktor ialah keperibadian tauladan, keluasan ilmu dan kedalaman hikmahnya. Sangat hebat dan sangat mengagumkan.

Jujur, sebenarnya kelas Fiqh 3uqubaat merupakan kelas yang sangat susah untuk memaksimakan fokus. =). Subjek yang berat, huraian yang panjang dan terperinci, suara doktor yang perlahan di samping persaingan untuk mendapat tempat duduk di hadapan, membuatkan semangat menyalin syarah doktor hanya bertahan di bulan pertama. Bulan-bulan yang seterusnya, hanya menyalin apa yang tercatat di papan putih dalam masa yang sama berperang untuk menarik kembali fokus walaupun mata tepat menatap doktor. (gaya cerita seperti fokus adalah objek yang boleh berlari-lari).

Kalimah Akhirah Yang Membangunkan.

Semalam adalah hari yang paling bertuah untuk saya di dalam kelas Fiqh 3Uqubaat.
Memandangkan orang arab ramai tidak hadir (minggu study week), maka Allah izin berpeluang duduk di barisan hadapan.

Hari itu doktor tidak mengajar kerana tajuk-tajuk sudah habis. Lalu doktor menitipkan kami beberapa kalimah akhir sebagai pergulungan.

Dan itu yang membuatkan saya lagi-lagi rasa sangat bertuah.

Dakwah Itu Terpikul Atas Setiap Muslim.

Ayat ini bagi saya sebenarnya sudah berulang-ulang kali didengari. Tetapi kali ini doktor kongsikan bersama seerah generasi alQuran yang unik iaitu generasi sohabiyyuun al-awwaluun.

Doktor berkongsi cerita:

Daie pertama ialah Saidina Abu Bakr asSiddiq yang mana pada pagi hari dia memeluk Islam, menerima Allah sebagai Rabb dan Illah, di petang harinya dia membawa 7 orang pemuda yang sama-sama telah mengucap kalimah tauhid itu untuk bertemu Rasulullah s.a.w.

Antaranya; Abu Ubaidah alJarrah, AbdurRahman Bin 3Aus, Saad Bin alWaqqas, Arqam Bin Abi alArqam dan lain-lain.

Dan ketika sahabat-sahabat ini selesai melafazkan kalimah syahadah, soalan pertama dan terawal yang ditanya,

"!ماذا علينا يا رسول الله؟"
"apakah dia (mas'uliyyah) ke atas kami wahai Rasulullah?"

Suara doktor yang meninggi dalam getaran bagi pedang yang menusuk.
Jawab baginda s.a.w:

"sampaikan (sebarkan).."

Terdiam. Tiba-tiba sebak menyerang. Dan mata jadi panas. Hanya dengan satu soalan itu..

Jawapan Generasi alQur'an Yang Dahsyat Unik.

Doktor mengupas lanjut dengan perlahan dan teratur, penuh tertib.

Lontaran soalan yang hidup tersebut adalah natijah jawapan mereka.

Mafhum:
"sudah pasti bilamana kami mengambil dan mengangkat Allah sebagai Illah, meletakkan Allah sebagai Penguasa, maka PASTIlah ke atas kami ada mas'uliyyah (tanggungjawab) yang diperintahkan..".

SubhanAllah.

Tauhid yang benar-benar melahirkan IMAN yang sebenar.

IMAN yang meletakkan kefahaman dan keyakinan bahawa dia adalah hamba dan hamba itu pasti ada arahan ke atasnya. Dan semuanya mustahil difahami melainkan merasakan betapa MULIA menjadi hamba kepada Sang Pencipta.

IMAN yang meletakkan kesedaran dan prihatin atas dasar nikmat untuk menyampaikan dan menyebarkan seluas-luasnya rahmat ke seluruh penduduk alam.

IMAN.
Dan itu yang membezakan kita dengan generasi terhebat sepanjang zaman.

وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بَاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ
“Orang-orang yang mula-mula lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan muhajirin dan ansar dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah” (atTaubah: 100)

Penutup: Jangan Pernah Berasa Lemah Selagi Kamu Seorang Muslim.

Sungguh. Tidak dinafikan terlalu banyak, orang-orang yang saya ketemui memilih untuk memiliki rasa lemah dan kurang percaya diri apabila membicarakan soal Dakwah dan Tarbiyah.

Bukan sekadar pelajar-pelajar mahasiswi malah, mereka-mereka yang telah dewasa dan berkecimpung dalam arena kerjaya, berusia lanjut, memiliki anak-anak dan berilmu luas juga mengeluh perkara yang sama.

"akak tak layak la hasna'..cari orang lain la ya.."
"akak pandai jaga anak-anak, boleh la..".
"hasna' silap pilih orang ni..".
"orang yang tak memiliki apa-apa, mana boleh bagi apa-apa pada orang lain..".

Sungguh. Hanya kepada Allah diadukan segala kelemahan yang ada dan dimohonkan agar terhindar dari rasa untuk memiliki itu juga.

Dan segala puji selayaknya bagi Allah, yang menghadiahkan saya mata air yang mententeramkan. Mata air yang mengalir dari kisah sohabiyyun al-awwaluun itu. Islamnya mereka langsung mengangkat rasa tanggungjawab. Tidak muncul persoalan, "ada kelas akidah tak untuk kami?", tetapi langsung "apakah dia (mas'uliyyah) ke atas kami?".

Selagi kamu percaya bahawa kamu adalah seorang MUSLIM, maka selagi itu kamu perlu menyakini bahawa ke atas kamu ada mas'uliyyahnya.

nota kaki:
-semalam, 27 Disember 2011. Ada sesiapa tertinggal tarikh ulang tahun ini?








Sunday, December 25, 2011

Final

Final akan bermula 3hb ini dan tamat pada 16hb Januari insyaAllah.

Alhamdulillah tidak berderet seperti second exams tempoh hari, cuma 7hb akan ada 2 paper iaitu Ahkam Tarikaat dan Fiqh Jihad.

Doakan saya ya.

Semoga Allah permudahkan dan lapangkan. Paling penting, semoga Allah mengurniakan saya kerajinan dan kesungguhan yang maksima. insyaAllah.



really an awesome video..!
serius terkejut bila di hujung video muncul nama seniors JUST dan students Yarmouk.

nota kaki:
-saya fanatik dengan 2 nama tokoh. Muhannad atThohir dan Muhammad alFateh. Justeru, saya menggabungkan keduanya menjadi: Muhannad alFateh. Comelkan? Dan itu nama bakal mujahid kecil saya, insyaAllah.^^.
(ramai orang kata sedap dan nak curi nama ini. haih)

Friday, December 23, 2011

Hati Pecah Dan Jiwa Menangis.

Allah ma3akum ya Suriyah.

Pagi tadi, kakak di Malaysia bertanyakan satu soalan yang mengejutkan, "teruk ke keadaan di Syria?".

Diam. Dan saya tahu, pasti tiada pendedahan berita-berita darah saudara ini di Malaysia sana. Tahu benar, apa yang memenuhi siaran-siaran di Malaysia. Jika tidak politik kotor, isu anak luar nikah, keputusan akademik yang semakin meningkat, iklan konsert artis di sana dan di sini, cerita-cerita tahyul, cerita Korea, cerita Jepun, cerita pari-pari Indonesia dan segala karutan lain.

Bagi mereka yang mempunyai masalah dalam akses internet, maka pastilah mereka tertutup dari dunia luar.

Sekatan Sebaran Maklumat.

Sepanjang mengikuti berita-berita dari saudara sana, sebak berganda saat melihat betapa mereka bersungguh-sungguh memecahkan sekatan sebaran maklumat yang dipenjarakan ke atas mereka dalam keadaan perlu merempuh peluru-peluru dan tangkapan ganas tentera thaghut yang zalim.

Segala gadget yang ada, handphone, camera dan segala dikeluarkan untuk menjadi bukti segala kekejaman. Terus diupload ke dalam youtube untuk dunia melihat dengan harapan bahawa akan ada tangan yang menghulurkan bantuan.

Tetapi pedih. Berapa kerat sangatlah yang mengambil tahu?

Mereka pertaruhkan segala untuk sampaikan berita kepada saudara-saudara mereka, kerana kerajaan Assad menyekat dengan kekuatan kuku besinya. Malah alJazeera melaporkan, kerajaan Assad mengerahkan semua hackers dalam kerajaan yang ada untuk menghalang sebaran video-video dan berita-berita di facebook dan youtube.

Bukan seorang dua jurukamera yang terbunuh ketika sedang merakamkan insiden-insiden keganasan pihak thaghut. Malah pada 27 November 2011 yang lalu, seorang jurukamera telah syahid kerana sharpshooter menembak tepat ke lensa kameranya sehingga menembus ke biji mata sekaliguskan otaknya berkecai.

Allahuakbar.

Hati Pecah Dan Jiwa Menangis.

Majoriti video-video yang diupload tidak sanggup saya tontoni.

Ada mayat yang kepala pecah, segala dilayak oleh tayar jip tentera. Ada anak-anak kecil yang tersadai di jalan-jalan raya bersama otak yang hancur. Ada tubuh-tubuh pemuda, anak-anak kecil, orang-orang tua malah bayi yang menjadi hitam, hijau dan biru kesan belasahan sehingga mati oleh tentera-tentera syaitan.

Rasa loya dan mual.

Itu perasaan saya yang menonton. Bagaimana perasaan mereka yang perlu berhadapan dengannya setiap hari?

Rumah diceroboh oleh tentera-tentera dalam keadaan kita tahu, bahawa saatnya mereka masuk, bermakna akan ada yang tewas dalam kalangan keluarga kita sama ada kita, atau ayah ibu, atau adik beradik yang lain atau kesemuanya sekali.

Sungguh. Allah bersama kalian wahai saudara..!

Kisah Itu Berulang Dan Akankah Terus Berulang?

Kisah-kisah berdarah ini saya tatapi semenjak dari kecil. Kisah Sabra Shatillah, kisah penyembelihan Kosovo dan Bosnia, kisah pencerobohan tanah suci Palestin, kisah Perang Salib, kisah Peperangan Dunia, kisah penjajahan kuasa-kuasa besar, kisah pemerintahan ideolistik Komunisime dan pelbagai.

Sungguh. Saya mula menangis membaca kisah-kisah ini seawal usia 6 tahun dengan izin Allah. Mencari dan mengkaji kisah-kisah penderitaan saudara. Menyelak buku-buku tebal sejarah dan catatan peradaban dunia.

Dan usia saya kini 20 tahun. Tempoh 14 tahun telah berlalu. Sepang tempoh itulah hati terus pecah dan jiwa terus menangis.

Namun persoalannya, sampai bila saya hanya mampu menangis dan berdoa?

Penutup: Iman Itu Mahal.

Allah izin, semenjak kecil terdedah dengan amal Islami sehingga Alhamdulillah telah Allah tetapkan hati untuk berada sama di atas jalan ini.

Dan jujurnya, saat melihat dan memahami realiti apa yang berlaku dalam dunia hari ini, membuatkan semakin sedar, bahawa sebenarnya belum melangkah masuk pun lagi saya di atas amal Islami ini. Malah, takut-takut iman saya masih belum cukup sempurna kerana masih belum mampu untuk menjadi payung.

"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri (apa-apa yang ada padanya ada pada saudaranya)". -Hadis Muslim.

Semoga Allah tidak mencampak jauh. T_T.




nota kaki:
-saat saya jatuh, mereka tidak pernah jatuh. Malah TIDAK ADA MASA UNTUK JATUH.

-Mula fokus untuk belajar, ingat, jika saya tidak bersungguh, maka saya telah mengecewakan mereka. Mereka yang seusia saya di sana tetapi terpaksa bertarung dengan kematian demi sebuah keamanan dan keadilan untuk hidup.

Monday, December 19, 2011

you're closer than my neck

little princess, wish to be as pure as u're

Engkau terlalu dekat.
Dan Engkau terlalu Maha Tahu.
Tanpa bicara
Tanpa catatan
Engkau pasti Tahu.

Maha suci Engkau Allah
Pemilik jiwa yang halus
Pemilik hati yang lembut
Pemilik alam yang luas
Pemilik gunung yang gagah
Pemilik cakerawala yang indah
Pemilik manusia yang kompleks
Pemilik pancaindera yang cantik
Pemilik angin yang deras
Pemilik bayu yang mulus
Pemilik segala ciptaan yang ada
Dan Engkau terlindung dari segala kecacatannya.

Engkau terlalu dekat
padaMu aku akur
untuk tunduk dan melutut
patuh dan taat
menyerah dengan semaksima total.

aku
cuma hamba
yang melangkah di atas garis yang dicipta.

1928
19122011
ada genang dalam mata.



nota kaki:
- semoga semangat untuk belajar datang dan dapat bersahabat dengan saya dalam tempoh 2 minggu ini.

-semakin saya mengenali manusia, semakin saya jumpa perkara yang aneh-aneh. Antara yang paling aneh saya jumpa dan baru dapat tahu ialah orang lelaki yang suka bergossip. Pelik dan ganjil. Ok. dengan kata lain, sangat buruk.

Sedangkan sesama perempuan yang suka bergossip pun nampak buruk, apatah lagi lelaki.

-saya juga manusia yang ada jatuh dan bangunnya, kerana fitrah tarbiyah itu sendiri bukan untuk orang yang sempurna, tetapi yang mahu menjadi sempurna dalam pandangan Allah.

Pernah terfikir untuk mencampak segala expectation manusia yang selalunya tinggi, pernah juga terfikir untuk lari dan menjadi manusia biasa yang bekerja di belakang tabir, tanpa sesiapa nampak dan tahu, menjadi diri sendiri malah boleh menyukai apa yang disukai tanpa ada orang yang mengambil tahu.

Namun bukankah aturan Allah itu unik? Dan saya memang ditarbiyah dengan cara itu dari dulu. Ditarbiyah untuk sedar bahawa diri menjadi contoh. Meski hakikatnya bergelar seorang muslim itu sendiri adalah qudwah hasanah buat alam, tetapi mungkin bagi saya yang degil ini perlu tarbiyah yang lebih tinggi. Mungkin.

-Saya perasan satu. Sejak akhir-akhir ini, bonda concern (baca: terlalu) akan masa depan saya. Sebak saat bonda berkongsi doa-doanya untuk saya, mungkin kerana hanya saya anak perempuannya yang tinggal dan pastilah bonda mahukan yang terbaik sama.

Setiap kali perbualan dalam telefon, tidak akan lari dari perkara itu.

Senyum. Hanya itu yang mampu. Kerana saya bukan kakak dan jalan cerita kami sudah pasti tidak sama.

Sunday, December 18, 2011

.Rindu.


dapat juga melihat album kahwin kakak selepas tinggal lagi 2 bulan Mukhlisah nak keluar.


".....Pelihara daku dari kemurkaanMu...."

Senyum. Melihat gambar-gambar kakak di hari bahagianya. Telah terlepas seorang jagaan bonda.

Teringat bonda berkongsi cerita pengalaman pertama saat lafaz aqad kakak,

"awal-awal dulu mak ingat, mak akan menangis bila kak yam kawin macam mana mak nangis bila tengok mak ram dan mak ina (adik-adik tiri bonda) kawin,

tapi Allah izin mak rasa tenang..tak menitik pun air mata. Sebab mak tahu, pada siapa mak lepaskan kak yam..".

:')

"kalau hasna' kawin, mak menangis, something wrong la tu..", tambah bonda di akhir dan kami ketawa.

Dan saya doa diam-diam, semoga Allah hadiahkan bonda anak-lelaki-baru (perkataan ciptaan saya ^^ ) yang senang menjaga hatinya, yang prihatin dengan dirinya, yang membuatkannya sentiasa lapang insyaAllah.

Rindu kenangan bersama bonda. Sungguh-sungguh.

Apatah lagi sekarang bonda telah kembali hidup sendiri. Semoga Allah menjaganya dengan penuh cinta. Hanya mampu mendoakan dari jauh..


nota kaki:

-Teringat perbualan dengan bonda berkenaan tempat lahir cucu pertamanya nanti, sengaja mengusik bonda.
"nanti agak-agak hasna' beranak dekat mana ya mak?"

Spontan bonda menjawab laju, "hasna' kawin dengan doktor nanti, beranak dengan doktor ja la..dekat rumah pun tak apa..".

heh. Serius terdiam.

-Mula final exams 3hb dan tamat 16hb insyaAllah. Doakan semoga dipermudahkan insyaAllah.

Friday, December 16, 2011

Hati Bersama Kalian.


Menitis air mata menatap wajah kecil ini. Dan sebak yang sama mengiringi pagi-pagi saya saat menatap satu persatu pengkhabaran dari sana.

Semoga Allah bersama kalian, dalam setiap langkah, dalam setiap laungan, dalam setiap semangat, dalam setiap jeritan, dalam setiap rintihan, dalam setiap larian, dalam setiap simbahan peluru, dalam setiap deras air mata, dalam setiap lelehan merahnya darah dan dalam setiap tumbangnya tubuh jasad kalian.





"rakyat mahu menghapuskan kamu wahai Basyar Assad..!". Jerit si anak kecil. Sungguh-sungguh. Dan jeritan itu yang menarik jantung bagai mahu terkeluar.

Dan jeritan si kecil yang baru berusia 4 tahun ini adalah jeritan dari anak yang ibunya telah dirampas keluar nyawanya.

Siapa Basyar Assad?

Merupakan anak ke3 bagi Hafez alAssad yang merupakan presiden Syria bermula tahun 1971 selepas peristiwa pergulingan kuasa dari keluarga Baath.

Mahu kenal siapa ayahnya?

Pernah terlibat dalam pembunuhan kejam pada tahun 1982 yang melibatkan seramai 40 000 orang dari rakyatnya sendiri di pekan Hama, yang juga merupakan perkampungan IM. Tetapi kes ini ditutup dan dikunci rapat-rapat.

"However, Hafez al-Assad's legacy cannot be discussed without mention of the 1982 Hama massacre, in which the Muslim Brotherhood party was targeted for a spate of assassinations of high-profile Baathists.
The massacre, carried out allegedly under the supervision of Hafez's younger brother, Rifaat, involved a bombing campaign as well as door-to-door operations, which, by some accounts, resulted in nearly 40,000 deaths". -alJazeera-.

Maklumat lanjut, boleh lihat di sini dan di sini.
Awalnya Assad menafikan bahawa peristiwa pembunuhan yang terjadi ke atas rakyatnya hari ini adalah bukan di bawah arahannya. Namun, pengakuan tentera-tenteranya berbeza.

"They said that they had routinely beaten and mistreated detainees, including with electric cattle prods, and that they were encouraged to do so by their commanders.

"My unit was also involved in beating people. My heart was boiling inside, but I couldn’t show it because I knew what would happen to me," said Hani (not his real name), a member of the Air Force Intelligence's Special Operation Branch.
Defectors also alleged that soldiers and security forces personnel had been killed for refusing to follow orders to act against protesters and described alleged incidents of summary executions and deaths from torture in which 19 people were killed.
Lieutenant-Colonel Ghassan (not his real name), who served in the Presidential Guard, said that around August 7 he was witness to the summary execution of a detainee at a checkpoint in Douma.
"Seven soldiers were beating the man whom they had arrested. When I came, he was still alive. He was screaming, and the soldiers were swearing and laughing. It lasted for about five minutes longer, and then he died. He stopped moving, and I saw blood coming out of his mouth," Ghassan told HRW." -alJazeera-
Maklumat lanjut boleh lihat di sini.


Prihatin: Itu Bukti Iman yang Mempersaudarakan.


Teringat semasa di dalam kelas Ahkam Taarikat minggu lalu, Dr 3ila2uddin ada berkongsi kisah penyiksaan sauadar di Syria sebelum memebuka luas perbincangan ke negara-negara Islam yang berrevolusi yang lain. Tidak terlepas negara yang masih terjajah seperti Afghanistan dan Iraq.


Sedih. Rata-rata bangsa arab sendiri tidak mengambil tahu perihal saudara yang bersebelahan. Malah ada yang meminta doktor untuk menghentikan perkongsian itu kerana ngeri untuk mendengar.


Terdiam. Kita hanya ngeri untuk mendengar. Bagaimana pula dengan mereka yang perlu berhadapan dengannya setiap hari dan waktu?


Di akhir bicara, doktor meninggalkan kami dengan sebuah hadis yang bermafhum:
"Jika kamu berpagi-pagi tanpa mengambil tahu perihal saudara kamu, maka sesungguhnya kamu tidak tergolong dalam golongan aku (Rasulullah s.a.w.).".


Allahuakbar.


Teruskan Berdoa, Yakin Bahawa Allah Sentiasa Ada.


Teruskan berdoa. Jangan pernah tertinggal.


Jangan pernah merasakan bahawa apa yang terjadi hari ini hanyalah urusan bangsa dan negara mereka. Jangan pernah meletakkan ujian ini hanya menimpa mereka, sehingga terlupa bahawa Allah juga sedang berbicara dengan kita.


Allah sedang berbicara dengan kita tentang hakikat iman yang hidup, Iman yang menolak kita untuk menjadi payung kepada manusia dan alam. Allah sedang berbicara tentang hakikat Islam yang sebenar iaitu sejahtera dan mensejahterakan. Allah sedang berbicara tentang kefahaman akan persaudaraan dan keprihatinan kita. Allah sedang menguji ketebalan pekak, buta dan tulinya kita. Allah sedang menguji setakat mana kerasnya hati kita untuk merasai pedihnya jiwa anak-anak melihat ibu-ibu mereka dibunuh di hadapan mata sendiri.
Allah sedang berbicara dan sedang menguji. Cuma mungkin kita telah digelapkan untuk memahami.


Allahua3lam.

Saturday, December 10, 2011

PINTAR: Akademi alFateh, Kenangan yang Mahal.


dari kiri: Dhabit, Juwe, Wahidah, Ainin, Hazirah, Athiroh dan Hasanah.
Tiada dalam gambar: Afi


gambar kumpulan kami yang paling unik: kakak mentor dipaksa duduk di atas kerusi oleh adik-adik menteenya^^.

"akak..! kumpulan kita menang..!". jerit adik mentee saya yang duduk selang di hadapan. Saya ketika itu sedang berbual dengan penasihat PINTAR sekaligus sahabat saya, Nafesa, terkesima.

"akak, tahniah..tahniah..kumpulan kita menang Alhamdulillah". Adik-adik mentee yang lain turut sama menjengah dari hadapan sambil menghulurkan tangan bersalaman. Masing-masing berwajah ceria dan teruja.

Wahidah, ketua kumpulan datang dan memeluk sambil berbisik, "hadiah untuk mentor..".

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji selayaknya bagi Allah Pemilik dan Penguasa kehidupan ini.

Tidak ada daya dan upaya melainkan hanya datang dari Allah. Dan tiba-tiba hati jadi sebak.

Akademi alFateh: Adik-adik itu.

Ketika selesai persembahan Rabu malam itu, dan mendapat komentar dari juri-juri serta selesai mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik mentee atas persembahan mereka, seakan-akan tidak percaya bahawa program selama 21 hari itu telah tamat.

Ketika bergerak pulang, sambil sembang-sembang bersama Hazirah, salah seorang mentee, terluah perasaan,

"tak sangka begitu sekejap. Dah habis dah AF. "

Dan malam itu bermulalah malam pertama saya merindui mereka. Rindu untuk bergolek bersama-sama. (diguna pakai perkataan golek kerana kami tidur beramai-ramai di atas lantai hampir beberapa malam bagi menyiapkan task tersebut). Rindu dengan celoteh mereka dan rindu wajah-wajah mereka yang sentiasa fokus dan bersemangat dalam jam-jam bersama kami.

Teringat ketika kumpulan mentee semangat menjadi kumpulan pertama untuk diambil gambar. Dan kumpulan mentee ini jugalah yang bersemangat (baca:riuh rendah) di awal hari pembentangan pertama. Lucu. Dan naik segan sebenarnya dengan adik-adik kumpulan mentor yang lain, yang hanya duduk diam-diam dan baik-baik.

"akak rasa, kumpulan akak ni yang paling bersemangat. sedangkan kita bentang akhir". ^^#. Saya usik mereka.

"ala akak..kumpulan akak kan sentiasa bersemangat..". Jawab mereka sambil ketawa bersama.

Akademi alFateh: Hadiah itu hadiah kasih sayang kita.

Ketika awal menerima amanah ini, rasa berat. Dan sedikit terbeban jujurnya. Kerana pada saya, jika bermu'amalah dengan jiwa-jiwa manusia, saya hajat untuk memberi yang terbaik. Maxima insyaAllah. Sedangkan waktu itu banyak perkara yang perlu difikirkan dan dirancang.

Bermula di fatrah perangkaan modul, hebahan peserta, pergerakan teknikal dan segala, benar-benar menguji dan menjangkau kemampuan saya sebenarnya. Dalam keadaan tidak nampak bagaimanakah program ini akan berjalan, saya pernah terfikir untuk menarik diri. Apatah lagi segan duduk bermesyuarat dengan figur-figur hebat PERMAI dan MPPMJ. Lebih banyak diam dan belajar dari mereka.

Dalam waktu yang sama, PINTAR memerlukan fokus untuk disusun gerak kerja tahunan, proses pencarian seramai 19 orang mentor-mentor, proses pemujukan nuqaba' yang diperlukan seramai 127 yang pastinya bukan suatu perkara yang mudah.

Namun susunan Allah itu berbeza. Allah hadiahkan amanah ini sebagai pengubat dan penghibur. Dan merekalah adik-adik itu. ^^.

Bermula dengan iftor, qiyam dan sarapan bersama di rumah Hazirah, pelbagai ujian telah ditempuhi. Dapur meragam. Setelah berhempas pulas, Allah izin, alternatif lain muncul. Kami masak menggunakan rice cooker. Comel.

Tidak dikira malam-malam yang kami lalui, bersengkang mata bersama. Menemani adik-adik menyiapkan slide dan kertas kerja sambil berkongsi rasa. Terhibur melihat adik-adik khusyuk bersama soalan-soalan yang pelbagai. Tidak pernah kering.

Tidak dikira jam-jam yang diperuntukkan, yang cuba sedaya kami penuhi mengikut apa yang telah digariskan. Perkongsian tajuk-tajuk dan selebihnya perbincangan 2 hala yang sangat matang. Sungguh. Tampak sudah kalian mahasiswa muslim yang cakna dan prihatin. Alhamdulillah..

Dan seterusnya program-program lain yang menyusul, menyuburkan lagi rasa sayang itu.

Paling terharu, mereka juga membantu dalam pencarian nuqaba' itu lantaran sepanjang kebersamaan kami, waktu senggang saya mungkin umpama seorang operator yang hidup di talian panggilan.

Penutup: Potensi kalian terlalu besar untuk sekadar bermimpi kecil.

Dan malam ini, baru selesai perasmian bagi Akademi alFateh musim ke2. Melihat wajah-wajah baru namun pastinya semangat dan roh yang sama sepertimana kakak-kakak dan abang-abang mereka pada sesi lepas.

Terdetik hanya satu.

Semoga dari mereka ini, akan lahir dan terbentuknya generasi pewaris bagi menggantikan kami yang bakal pergi. Generasi yang faham dan sedar urgensi menjadi muslim mukmin sekaligus generasi yang terpanggil untuk memberi sumbangan kepada masyarakat umumnya dan kepada Islam khususnya.

Semoga Allah redha dengan kita, insyaAllah.

nota kaki:
-serius saya rindu AF yang lalu meski hanya singkat tetapi padat dan bermakna.
- Semoga team ajk AF sesi kali ini dibantu oleh team PINTAR secara umumnya mampu melaksanakan yang lebih baik insyaAllah. Allah ma3ak.
-sedih sebab tidak dipilih untuk menjadi mentor AF kali ini. sobs2. :').

logo alFateh.
Teringat semasa sesi pemilihan dari calon-calon (er. sesuai ke?) logo yang lain.

Terima kasih buat kawan kak Fathiyah Idris ^^.

Wednesday, December 7, 2011

Take It Note.



Pagi imtihan dalam minggu yang padat, ada sesuatu di newsfeeds yang membuat saya tertarik. Sesuatu yang menjawab persoalan saya selama ini.

Buat kamu Siapa-Siapa Yang Bakal Memenuhi Hati Ini.

"Seorang suami mestilah orang yang ibadahnya lebih baik daripada isteri dan akhlaknya lebih mulia dari isteri. Modal untuk menjadi pendidik isteri adalah keteladanan dan nasihat serta hikmah yang dimiliki oleh suami itu sendiri. Kecintaannya kepada Allah swt akan berpengaruh lansung pada wibawanya di mata isteri.

Seorang ahli ibadah zaman tabiin, iaitu Fudhail bin Iyadh, berkata, " Aku bisa mengukur kadar dosaku kepada Allah melalui sikap dan perilaku isteriku."

Dari Abu Huraihah ra,ujarnya: Rasulullah saw bersabda: "Nasihatilah para wanita itu baik-baik, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk; dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang teratas. Jika engkau berlaku keras dalam meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Akan tetapi, jika engkau biarkan dia, tentu akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berikanlah nasihat baik-baik kepada para wanita."

(H.R. Bukhari dan Muslim)


Di sela kesibukan yang memenuhi hari-hari kita, alangkah baiknya seorang suami menyempatkan waktu seminggu sekali bersama isteri tadabbur Al-Quran, mengkaji Sirah Nabi atau mengkaji ilmu-ilmu fikih yang lain. Satu jam dalam seminggu hanyalah 1.68% dari waktu yang dimiliki seorang suami dan menyediakan waktu hanya 1.68% untuk memberi nasihat dan peringatan kepada isteri mestinya tidak menjadi hal yang berat. Jika ukuran tidur yang sihat dan berkualiti itu 8 jam sehari didarabkan dengan 7 hari dalam seminggu, maka dalam satu minggu waktu tidurnya ialah 56 jam. Andai seorang suami bisa tidur 56 jam dalam seminggu, apakah sukar menyempatkan masa memberi nasihat dan peringatan kepada isteri hanya satu jam dalam seminggu?

Ketika suami berada jauh dari rumah, sarana teknologi paling sederhana misalnya telefon dan SMS dari suami mengirimkan nasihat, pengingatan ibadah. Cukup sekadar menasihati agar bersabar merawat anak atau tidak melupakan qiamullail. Subhanallah, betapa senangnya hati isteri mendapat nasihat itu. Di matanya, suami benar-benar dilihat menjadi sosok pemimpin sekaligus murabbi pertama bagi dirinya. "

(Buku Semangkuk Cocktail Cinta)

Halaqah Keluarga


Isteri Ada Hak Untuk Dibentuk Dan Membentuk Itu Hanya Ihsan.

Jujur. Saya membesar dalam fenomena melihat lelaki-lelaki berlepas tangan. Berlepas tagan dalam pendidikan anak-anak apatah lagi pendidikan untuk si isteri.

Memerhati keadaan bagaimana seorang isteri perlu merancang dan menyusun sistem Tarbiyatul Awlad dalam masa yang sama perlu memerah fokus untuk memastikan proses tarbiyah suaminya berjalan. Berat memikirkan cara terbaik untuk menjaga suami dan anak-anak dari ancaman jahiliyyah. Sedangkan si suami hanya sibuk dengan urusan kerjaya.

Lalu, saya melihat kepenatan itu.

Sedangkan pemimpin yang sebenar, adalah pemimpin dalam 3ubudiah dan kepatuhan kepada Allah. Isteri berhak untuk diproses oleh suami dan jika suami gagal, maka kegagalan itu boleh dituntut oleh isteri. Tetapi, isteri tidak berkewajipan untuk memproses suami.

Begitu juga dalam pendidikan anak-anak. Selalunya masyarakat akan melihat tarbiyatul awlad itu di pihak ibu-ibu.

Benar. Tetapi ibu-ibu sebenarnya hanyalah pelaksana proses. Yang perlu menyusun, merancang dan mengetuai proses pendidikan itu adalah ayah-ayah. Seperti sebuah sekolah, ayah-ayah umpama guru besar mankala ibu-ibu adalah guru-gurunya. Guru besar perlu tahu, faham, ambil berat, prihatin tentang kebajikan dan tahap pencapaian anak-anak muridnya manakala bagi seorang guru pula, tanggungjawab ke atasnya untuk membentuk proses pembelajaran itu.

Berat Amanah Kerana Di situ Besarnya Ganjaran Dan Hak.

Teringat bonda pernah berkongsi,
"suami ini mempunyai banyak hak ke atas isteri.. kepatuhan dan cinta seorang isteri perlu sepenuhnya pada suami (selagi tidak melanggar syara'). Seorang wanita itu perlu sedar dan tahu bahawa selepas sahaja aqad menjadi seorang isteri, maka dia perlu faham bahawa kehidupannya bukan lagi milik dia tetapi milik suami..
Kerana itu suami perlu sedar bahawa di atas semua kelebihan hak-hak itu, sebenarnya menggambarkan betapa besar tanggungjawabnya. Allah tidak zalim.. keistimewaan datang bersamanya tanggungjawab yang akan disoal.."

Setuju.

Jujur. Bagaimana mampu untuk mencintai dan menyerahkan kehidupan pada manusia yang tidak punya apa-apa, yang tidak melaksanakan tanggungjawab tetapi minta untuk dipatuhi. Saya memang tidak boleh terima manusia jenis seperti itu. Tetapi itulah realiti yang berlaku dalam masyarakat.

Penutup: Bermula Sekarang.

Ada beberapa sahabat pernah bertanya, "apa motivasi terhebat hasna' untuk buang tabiat-tabiat buruk?".

Saya jawab ringkas,"anak-anak..".


Muka mereka akan berubah. Mungkin aneh. "kenapa ya?".


"sebab apa-apa yang tidak baik dalam akhlak hasna', hasna' taknak anak-anak hasna' mewarisinya. Begitu juga, kalau hasna' nak anak-anak jadi macam ini, atau jadi macam itu, justeru, hasna' yang perlu mula sekarang..
Nak anak-anak yang Allah redha dengan menjaga qiyamullailnya, maka ibunya dulu perlu memastikan qiyamullailnya terjaga..nak anak-anak yang mencintai ibu bapa dan mengihsani kita, kita yang perlu dahulu mencintai dan mengihsani ibu bapa kita..betul tak?"
"betul, betul..".

Jujur. Saya juga mengharapkan siapa-siapa yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak itu mengerti perkara yang sama. Hanya mampu mendoakan yang terbaik. insya-Allah.
Tidak terlambat lagi. Kita mula sekarang. Jom..^^.

Nota kaki:
-Semalam ada salah seorang friend list dalam fb berkongsi status ini, sangat comel.

"There is a type of tumor which is common among women and I hope all women in this world will get it. :)"
Ada orang bertanya apa kaitan pregnancy dengan tumor, maka dijawab:
"pregnancy is a tumor because :
1) there is an abnormal growth of cells
2) could give pathological symptoms to the patient
3) does not stay for the rest of your life
4) should be removed someday
:)".


^^. Tak pernah terfikir. Serius. Sangat comel.

Hebatnya ibu-ibu (terlupa sekejap yang dia juga bakal menjadi ibu iAllah), kerana sanggup memiliki tumor dalam badan. Tumor yang menyakitkan dan membuat hidup tidak selesai sepanjang 9 bulan, tetapi tumor itulah yang paling dikasihi selepas dikeluarkan.

-doakan untuk 4 lagi paper.

Friday, December 2, 2011

Cerita Bonda Di Jordan (Akhir)

pemilik cinta selepas Allah dan Rasul.

"tahun 3 pun nak menangis lagi ke?". Ayat muroqib semasa di airport. Hanya senyum. Buat-buat tidak faham. Walaupun hati rasa terpukul.

Jawab bonda, "menangis..nanti dah kahwin pun, menangis lagi..".

Melambai bonda dan adik pergi, sangkaan sudah cukup kuat. Hanya beberapa titis yang mengalir. Mampu senyum sehingga pulang.

Tetapi saat menapak ke dalam bilik, tiba-tiba air jadi deras.

Bagai separuh jiwa dibawa bersamanya terbang sang burung gergasi. Bilik kosong. Seperti kosongnya hidup saat ini tanpa ada wajah bonda setiap kali saya pulang dari luar.

Satu persatu muncul kembali. Hari pertama, hari kedua, hari ketiga dan seterusnya.

Ok. Saya menangis lagi. :')

Kenangan 1 Dec 2011: Terakhir.

Sudah 4 hari bonda hanya mampu baring di atas tilam dibaluti selimut tebal atau dipanggil hirom. Sakit kepala bonda datang lagi. Bukan migrain. Tetapi saya lupa namanya.

Bertambah berat untuk melepaskan bonda pulang.

Malam itu, mengemas barang-barang bonda dan adik. Disusun kemas-kemas di dalam bagasi-bagasi.

Jam 12.30 tengah hari insya-Allah, bertolak ke Amman dari Irbid.

Pagi itu, bonda masih sakit. Cuma kurang sedikit.

Sempat memasakkan bonda sebelum tetamu datang seorang demi seorang. Adik-adik dan teman-teman. Bertandang untuk menghantar bonda. Siap ada yang menghantar cheese cake. ^^. Terima kasih.

Selesai Zohor, sekumpulan bekas pelajar-pelajar lelaki bonda datang menziarahi bersama bungkusan manisan arab. Sembang-sembang.

Jam 12.30 tengah hari, kereta sewa yang bakal membawa kami ke airport tiba.

1 jam lebih perjalanan dari Irbid ke Queen Alia Airport, Amman terasa bagai terlalu singkat. Jujur. Belum puas bersama bonda dan adik.

Duduk-duduk beberapa ketika sebelum menghantar bonda dan adik di boarder line.

Perasaan awal yang kononnya kuat (konon ;) merapuh dan air mata mengalir saat menyantuni bonda. Apatah lagi apabila bonda sendiri sebak dan pipinya turut basah.

Dalam hati, "ok..mak pun nangis juga..^^".

Teringat ancaman bonda main-main, "nangis nanti, packing barang balik sekali..".

Melambai sehingga mereka hilang memasuki ruang seterusnya.

Bagai separuh rasa kehidupan itu hilang.


Pagi tadi, bonda memaklumkan telah selamat sampai. Sempat menghubungi hanya beberapa minit. Ada sebak dalam nada bonda.

"kami menangis dalam perjalanan..Sepanjang flight, mak sentiasa doakan untuk hasna', yang terbaik..

Rindu suasana sana..insyaAllah, kami akan datang lagi.."


Air mata bergenang. Ok. Silap. Air mata mengalir.


Jujur. Terasa bagai masih ada bonda dalam rumah ini. Teringat bangun pagi, membancuh air panas untuk bonda sebelum bersarapan bersama. Bonda yang menemani ketika belajar (tidur di sebelah pun dikira menemani la kan? ;') ). Keluar bersama bonda berjalan-jalan di lorong-lorong. Memasak bersama-sama. Berkongsi rasa dan cerita. Berkongsi dengan bonda berita-berita baru dunia setiap kali membuka alJazeera pagi-pagi.

T_T.

Penutup: Kehilangan Sementara.

Minggu depan adalah minggu paling padat. Habis semua subjek periksa hanya dalam satu minggu bermula Isnin ini.

Justeru, perlu mula fokus untuk belajar.

Benar, kehilangan ini membuatkan saya belajar betapa pedihnya untuk kehilangan selamanya. Lalu, perlu sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik agar sentiasa bisa membahagiakan bonda di sini dan pastinya di sana dengan ganjaran syurga Allah insya-Allah..

Doakan saya sahabat.


Nota kaki:

-tertinggal 1 post. Kenangan membeli belah di Amman. Selepas bonda pulang, tiada mood untuk menulis. Mungkin nanti-nanti insya-Allah.

-bangun pagi, melihat bonda tiada di sebelah. Langsung sebak. Terus set di mind kuat-kuat, "mak dah tak ada..mak di Malaysia..". Rasa bagai kisah mimpi segala cerita sebulan yang lalu.

-Alhamdulillah, malam tersebut ada program Q. Kembali menyusun dan merencana kerja.

-jazakumullahukhairan katsira untuk semua, untuk sepanjang keberadaan bonda dan adik di Jordan terutama muroqib-muroqib yang sudi melayan kerenah kami sepanjang perjalanan. Semoga Allah membalas segala kesabaran kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda insya-Allah. (kalau pun mereka baca).

Buar housemates (yang turut sama menangis saat bonda pulang), semoga setiap saat kebersamaan kita Allah nilai sebagai amal soleh insya-Allah.:').

Sunday, November 27, 2011

Cerita Bonda Di Jordan 7


Kenangan 23 Nov 2011: Kembali Ke Sekolah.

Setelah beberapa kali bonda tidak berkesempatan untuk mengikuti saya ke jami3ah, akhirnya Alhamdulillah Allah izinkan juga pada hari tersebut untuk bonda melihat dan merasai suasana pembelajaran yang selama ini saya ikuti sepanjang menjadi pelajar di bumi Yarmouk University ini.

Pagi itu jadual saya bermula jam 9.30 pagi.

Comel saat dalam perjalanan ke bangunan qisim syariah, bonda mengingat semula beberapa nama bangunan yang telah bonda ketahui memandangkan ini kali ketiga bonda masuk ke dalam kawasan universiti. (pertama: jamuan raya PERMAI di Dewan Khindi, bangunan Fakulti Kesusasteraan. Kedua: Open Talk PERMAI di Dewan Tarbiyyah di Fakulti Pendidikan)

Fiqh Mu3amalat.

Bonda bersemangat. Menapak anak-anak tangga hingga ke tangga 3. Perlahan-lahan.

Tiba di dalam kelas, memilih untuk menemani bonda di barisan tengah. Dengar-dengar tiada muhadharah pagi ini kerana jami3ah menerima tetamu kehormat yang mengadakan sidang muktamar di Dewan Muktamarah. Tidak pasti berkenaan apa.

Beberapa minit berlalu sebelum doktor masuk memberi kata muqaddimah dan menjemput kami ke muktamar tersebut. Maka secara automatik, kelas pagi itu dibatalkan.

"ala..mak baru semangat..". ^^.

Masih punya 1 jam 30 minit untuk lecture seterusnya. Mengajak bonda ke maktabah yang belum lagi sempat disinggahi bonda.
Bonda membaca bahan bacaan yang dibawa dari rumah, manakala saya mencari bahan untuk menyiapkan tugasan doktor.

Bertolak keluar kembali ke bangunan syariah 20 minit lebih awal bagi memperuntukkan waktu perjalanan bersama bonda ke sana. ^^.

Fiqh Jihad.

Saya selalu bercerita tentang Dr Mahmud Kholidi yang bersemangat kepada bonda. Malah beliau tidak takut untuk mengaku bahawa beliau bermanhajkan fikrah Hizbur Tahrir.

Hari itu kami mempelajari berkenaan Perisikan. Hukum ke atas perisik yang memberi maklumat berkenaan perihal Kerajaan Islam kepada negara Musuh (Kuffar). Terbahagi kepada beberapa bahagian.

Di akhir muhadharah, doktor mengedar semula kertas peperiksaan yang telah ditanda.

Suatu perkara yang berusaha dielakkan memandangkan pasti tidak dapat disorokkan dari bonda. ^^.
Alhamdulillah memperolehi keputusan yang baik. Sejuk. Apatah lagi bonda memberi komentar,
"pelajar arab yang duduk sebelah mak tu, dia rajin jawab dalam kelas..tapi dapat 15 (/20) ja..ok la tu hasna'.."
Ok. ^^. Alhamdulillah.

"mak faham tak dalam kelas tadi?"
"faham la sikit-sikit..dengar kata kuffar, daulah Islam.. hukum bunuh.."

Habis kelas, solat di musolla kecil bersebelahan dengan kedudukan kelas. Kemudian mengajak bonda untuk mencuba nasi arab memandangkan belum berkesempatan membawa bonda. Dan kami mempunyai gap selama 1 jam 30 minit sebelum kelas seterusnya.

Lokasi terdekat adalah Mat3am Dhoi3ah yang hanya berhadapan dengan pintu pagar jami'ah bahagian barat.

Bonda memilih untuk mencuba nasi mansaf dan maqlubah. Sementara menunggu menu, berkesempatan membincangkan semula dengan bonda berkenaan isi syarahan doktor sebentar tadi.
Komentar bonda, maqlubah lebih sedap.

Ahkam Tarikat.

Kelas seterusnya adalah berkenaan pembahagian harta peninggalan. Kasihan bonda terpaksa menaiki semula tangga ke tingkat 3.

Ada kisah lucu sebelum doktor masuk.

"dia kelas dengan kita ke?" soal perempuan arab di belakang tiba-tiba. Mungkin dia perasan ada wajah baru di sebelah memandangkan dalam kelas ini hanya ada 2 orang pelajar perempuan Malaysia.
"ini mak saya. dari malaysia..". senyum.
"ha? mak awak? mustahil..!" berkerut muka pelajar-pelajar arab yang ada bersamanya.
"sangat muda".

"ingatkan kawan awak.."
"awak anak tunggal ke?", ada yang menyoal.

"tak lah..saya ada abang, kakak, dan adik".

 

"cuba minta depa teka umur mak berapa.." bonda di sebelah mencelah.
"awak agak-agak umurnya berapa?"
"35 tahun".

Laju mereka menjawab.


bonda sengih-sengih di sebelah selepas saya translate perbualan kami.
saya jawab dengan tersenyum,"50 tahun.."
"Wa Allah?! mustahil..mustahil..".


Bising kelas sebentar akibat pelajar-pelajar yang terkejut dengan tekaan mereka yang silap. Lucu pula rasa.
Lagi sekali, perkara yang dielakkan berlaku. ^^#. Malah, lebih menakutkan.

Doktor 3ila2uddin mengumumkan markah-markah pelajar di dalam kelas. Alhamdulillah sekali lagi tidak mengecewakan.

Walaupun terkilan kerana tidak mencapai target. Nampaknya perlu usaha yang lebih maksimum insya-Allah.
Habis kelas, solat asar di masjid jami3ah sebelum singgah di rumah sahabat, Mida sayang atas sedikit urusan dan menumpang solat maghrib. Kemudian bergerak menziarahi kak Aisyah Tolhah untuk melihat si kecil Ain yang comel dan solehah. ^^.

Bersambung..

Nota kaki:
-semenjak anak-anak dewasa ini, rasanya setiap kali keluar dengan bonda mesti masyarakat akan ingat kami adik-beradik.

Teringat semasa membawa bonda mengikuti mesyuarat bulanan AJK PINTAR minggu lepas, sehingga di akhir perbincangan dan dalam slot pengisian, iaitu selepas saya menyebut kewujudan bonda, baru mereka perasan bahawa yang hadir itu adalah bonda saya. kata pengerusi yang sebenarnya telah sedia maklum berkenaan kedatangan bonda di bumi Jordan, "ana ingatkan ajk baru tadi..". ^^#.

Paling lucu, ajk akhawat yang belum berkesempatan bertemu bonda sendiri memberi respons , "ingatkan kakak senior tadi.."

Terfikir, adakah bonda yang kelihatan muda atau kami anak-anak yang kelihatan lebih matang..? ^^#.

 

Friday, November 25, 2011

Cerita Bonda Di Jordan 6

Kenangan 19 Nov 2011: Berkelah di pinggir Medan.

Pagi itu sempat menyiapkan sarapan untuk dibawa bersama. Nasi lemak ayam goreng. Mencuba resepi nasi lemak tumis dan diletakkan halba berserta daun pandan dan serai.

Bergegas bersiap bila muroqib telah tiba menjemput.

Ma'rakah Yarmouk.

Hujan renyai-renyai di bandar Irbid nampaknya tidak sama di bumi Yarmouk yang cerah mentarinya.



Menghampar tikar sebelum pergi ke gigi valley. Angin sejuk menemani kami mentadabbur seerah peperangan itu. Imaginasi lautan tentera Islam dan tentera Rom bersama bunyi percikan bilah-bilah pedang.




bonda dan adik (bersama handphone siapa entah)


Sungguh. Di sini 2 pemuda yang dekat di hati saya; Khalid alWalid dan Abu Ubaidah Amir alJarrah bergandingan. Lantaran dalam peperangan ini merupakan peperangan pertama Khalid tidak bergerak sebagai komander selepas watikah perlantikan bertukar tangan ke Abu Ubaidah alJarrah.

"wahai anak, di sana pernah berdirinya Khalid alWalid. Dan di sana juga pernah berdirinya Abu Ubaidah.. semoga aku bisa mendidik diriku dan mendidik kamu untuk melahirkan jiwa pemuda seperti mereka insya-Allah..".



Keunikan Perang Yarmouk.
Perang Yarmouk merupakan antara perang yang mempunyai strategi tercantik dalam sejarah perang di dunia.

Boleh rujuk sini untuk animasi strategi peperangan tersebut.

Unik. Dan mengagumkan.

Malah di dalam perang ini juga ada kisah pengorbanan ukhuwah yang selalu kita bicarakan. Kisah Ikrimah Bin Abu Jahal yang saat beliau melihat betapa utuh tembok tentera-tentera Rom dan mustahil dipecahkan melainkan dengan adanya sekelompok manusia yang merempuh dan mengkucar kacirkan barisan itu, bingkas bangun dan melaung deras,
"barang siapa yang mengimpikan syahid, maka berbaiahlah dengan ku..!". lantas hampir 400 orang tentera Islam meluru datang dan kelompok inilah yang laju memacu kenderaan kuda perang mereka langsung merempuh masuk.

Merempuh masuk ke dalam lautan tentera Rom yang hampir setengah juta ramainya.

Allahuakbar.

Dan hasilnya, barisan tentera musuh pecah. Memudahkan untuk berlakunya serangan tentera Islam.
Bagaimana kisah pengorbanan ukhuwah terbabit? Masih ingat?

Saat 3 sahabat yang dahaga namun saling mendahulukan sahabat yang lain sehingga tidak ada yang sempat meneguk walaupun setitik saat bertemu dengan Allah. Betapa mahal itsar mereka.

Generasi alQur'an yang Unik. Sungguh. Terlalu dahsyat keunikannya.

Selesai menjamah, sempat mengambil sekeping dua gambar sebelum berkemas untuk bertapak di lokasi seterusnya iaitu Ummu Qays.

Ops. Tertinggal quote penting,"hasna' dah lulus masak nasi lemak..", ulasan bonda. He he.

Ummu Qays.

Hujan menyambut ketibaan kami berlima. Langit kelabu.
Berjalan perlahan-lahan kerana kata bonda, telah agak bosan melihat bongkah-bongkah batu di sini. ^^.



Details berkenaan Ummu Qays, boleh dilihat di sini.

Umm Qais has become a popular tourist attraction, a frequent destination for day trips from the capital, Amman, roughly 110 kilometres (68 mi) to the south. It is popular not only because of the extensive ruins but because its position on a high hill near the northwestern corner of the country allows for panoramic views. The Sea of Galilee and Tiberias, Israel, are visible, and just across the valley of the Yarmouk River is the southern end of the Golan Heights, claimed by and recognized asSyria,[7] but under Israeli administration since the Six-Day War in 1967. The high mountainsbordering Lebanon are visible in the distance on clear days.



Sembang-sembang sambil menikmati dinginnya angin basah. Sebelum bergerak pulang solat di rumah dan ke balad untuk membeli rempah nasi-nasi arab.

Irbid.

First time masuk kedai rempah. Tahan nafas. Pening dengan segala bau yang ada.
“nanti kahwin, hasna’ taknak beli rempah..” Saya keluh.

“memang pun, minta tolong suami yang belikan..dekat kak yam pun mak cakap macam tu, minta tolong abang ali yang belikan..benda-benda macam ni memang suami yang kena tolong.
Kita masak apa yang dibeli..”.

Yea.^^. Tidak sangka mendapat respons positif bonda.

Kemudian bergerak ke destinasi terakhir bagi memenuhi hajat bonda yang mahu menikmati jus segar. Apatah lagi ada yang menawar diri untuk memenuhi hajat bonda secara percuma. Terima kasih.

Selesai dan bergerak pulang. Sebak saat adik mengusik,
“kak hasna’, ingat lantai ni..ingat tempat yang taha pijak sekarang ni..nanti mesti kak hasna’ rindu kami..”
Muka masih tersenyum. Dalam hati..T_T.

Bersambung..

Thursday, November 24, 2011

Cerita Bonda Di Jordan 5

Kenangan 18 Nov 2011: Bertemu Sang Pemuda Cinta.

Seminggu hanya berkampung di rumah akibat peperiksaan yang masih berbaki 2 paper. Cuma bonda yang ditemani anak-anak muridnya ke Balad mencari satu dua barang (salah satunya kasut). Berkesempatan bonda dan adik berpijak di tapak musta'mal (bundle) Irbid yang hanya pernah saya pergi 2 kali sepanjang 3 tahun di sini. Serik.

Kemudian Khamis malam Jumaat itu, Allah izin berkesempatan menyusun program qiyamullail sahibah-sahibah dan berkuliah subuh bersama bonda. Sebelum bergegas bersiap dijemput jam 7.30 pagi.

Jerash.

Jerash merupakan kompleks terlengkap di luar Itali. Luas. Meski sebahagian besar binaannya hanya tinggal pecahan bongkah-bongkah batu, tetapi imaginasi Dunia Roman itu tetap lahir saat menyusuri celahan lorong dan jalan.




di gerbang masuk.


Melangkah ke satu binaan ke satu binaan.
Comel melihat reaksi bonda di salah sebuah coliseum kecil (North Theater) yang bergema bunyi jika kita berdiri di centre point. Terhibur.




antara model salah satu binaan di dalam bandar Jerash


Jam 10.15 pagi akan ada persembahan Gladiator di Hippodrome. Adik terlalu teruja untuk pergi namun kasihan ketika jam menandakan waktu itu, kami masih jauh dari lokasi tersebut. Muroqib memberi cadangan, "nanti balik, boleh buka youtube..search dalam tu persembahan gladiator ni..". ^^#.

Alhamdulillah adik bukan lagi kanak-kanak kecil yang meragam. Boleh sabar dan terima walaupun mulut mengomel. ^^.




Penjelajahan terakhir, kami singgah di South Theater. Hanya duduk-duduk kerana bonda telah letih. 

Mendapat satu soalan fiqh. Ragu-ragu untuk menjawab.
"macam mana nak grad ni..", komentar salah seorang muroqib. Dush.

Jama' dalam musafir (bukan qasar kerana jarak tidak memenuhi syarat) dalam hari Jumaat bagi lelaki.

Setakat apa yang saya pelajari, jama' boleh dilakukan dalam mana-mana keadaan yang sulit (masyaqqah) sama ada musafir, istihadhah , sakit, pertindihan waktu kelas, hujan, musim sejuk dan sebagainya.

Tetapi yang sulitnya, ialah soalan itu ditanya untuk pihak lelaki bagi hari Jumaat yang mana musafir itu keluar dari rumahnya selepas waktu Subuh hari tersebut dalam keadaan jarak yang tidak mencukupi .

Jama' solat Jumaat dengan solat Asar, memang boleh. Tetapi menjadikan solat Jumaat sebagai solat Zuhur dan menjama'kannya dengan solat asar, itu saya tidak berani memberi komentar kerana berbalik kepada konsep safar itu sendiri.

Tadi sempat merujuk 4 kitab dan konklusi yang diperolehi adalah seperti berikut:

Kitab Fiqh alManhaji tulisan Dr Mustafa Bugha, Dr Mustafa alKhan dan Sheikh 'Ali alSyurbajiy serta kitab Muqaddimah alHadharamiyah tulisan Dr Mustafa Dhib alBugha (kedua-duanya mengambil mazhab Imam Syafie) mengatakan solat Jumaat hanya terbatal ke atas lelaki apabila mereka keluar bermusafir sebelum Subuh.

Manakala mengikut kitab Fiqh asSunnah tulisan Sheikh Sayid Sabiq dan kitab Fiqh Ibadaat (Qisim Awwal: Fiqh Thoharah wasSolah) tulisan Dr Abdul Majid Mahmud Solihiin mengatakan bahawa solat Jumaat terbatal kepada musafir secara umum berdasarkan dalil:

Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ
"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum'at" [HR Ad-Daruquthni.II/4]

Konklusinya, jika mengambil pandangan kedua, ijtihad kita betul la ya? ^^. Alhamdulillah..




gambar yang bakal mengalirkan air mata..T_T



Ajloun.

Singgah di kedai makan kecil di pinggir pekan Ajloun. Naik ke tingkat atas. Bagai stor usang. Namun akibat masing-masing lapar, tempat yang kusam menjadi selesa.^^.


Kota Ajloun merupakan kota yang pernah menjadi kubu yang digunakan dalam salah satu rentetan perang Salib.


Boleh rujuk di sini.


Kabus menemani kami di puncak bukit. Bumi Palestin di balik bukit langsung tidak nampak, malah awan betul-betul penuh. Bergambar bersama latar putih di belakang.


Turun ke bawah selepas panjat naik dan turun kota yang pernah dipijak oleh komander-komander Islam suatu ketika dulu. Sempat berimaginasi situasi peperangan. Sungguh. Betapa jauh berbeza. Hanya datang untuk mengutip sisa-sisa ibrah yang ditinggalkan mereka. Sedang mereka sedang menikmati ganjaran syurga di sana.


Keluar melalui pintu belakang dengan memanjat pagar rendah membuatkan bonda terlupa untuk membeli cenderahati di kedai yang terletak di pintu masuk utama. ^^.


Bergerak ke Masjid Abu Ubaidah dan kabus mengucapkan selamat tinggal, diganti oleh renyaian hujan nipis.


Makam Abu Ubaidah alJarrah.


Sungguh. Jika ditanya
adakah saya pernah jatuh hati?
Jujur, saya akan menjawab, ya.

Semenjak kecil menjiwai seerah membuatkan saya jatuh hati kepada 2 orang pemuda. Yang tidak sempat saya jumpa, malah yang tidak mampu saya imaginasikan wajah mereka. Tetapi terlalu sungguh hati ini tidak malu untuk mengagumi dan 'jatuh cinta'.

2 pemuda itu adalah Khalid alWalid yang digelar Saifullah dan Abu Ubaidah Amir alJarrah yang digelar Aminul Ummah.


Saat menapak ke dalam kawasan masjid seusai menunaikan solat jama' Maghrib dan Isyak, suatu rasa muncul tiba-tiba. Entah. Rasa malu-malu, rasa takut-takut, rasa debar, rasa terharu dan segala bercampur aduk. Bagai mahu berjumpa dengan bakal pengantin mungkin.


Sehingga tubuh kaku berdiri berhadapan dengan bongkah yang di bawahnya tersimpan jasad pemuda yang selalu saya cinta kisah kehidupannya. hanya mampu memandang dari luar lantaran ada cermin yang menghalang. Namun Alhamdulillah itu sudah sangat memadai.


Kantong itu saya usap buat kesekian kalinya. Perlahan-lahan berdoa buat bakal penghuni-penghuninya suatu hari nanti.
"semoga dari rahim ini, lahirnya pemuda seperti mana pemudanya Abu Ubaidah alJarrah..ameen.".


Air mata yang menitik lekas disapu kerana adik muncul di sebelah.
"taha pun nak doa juga", sambil mengusap perutnya. Lucu.


Sempat berdiskusi sebelum bersiap untuk pulang.


Awalnya bercadang untuk menziarahi tapak tinggalan perang Karamah iaitu peperangan antara Israel, Jordan dan Pelastin pada tahun 1968 namun Allah tidak mengizinkan dengan saranan penduduk yang memberitahu bahawa jalan menuju ke lokasi tersebut adalah sangat bahaya di waktu malam.

Tentang Battle of Karamah, boleh rujuk di sini.

Lalu, kami pulang meski tercalit sedikit kecewa.


Bersambung..