Monday, December 19, 2011

you're closer than my neck

little princess, wish to be as pure as u're

Engkau terlalu dekat.
Dan Engkau terlalu Maha Tahu.
Tanpa bicara
Tanpa catatan
Engkau pasti Tahu.

Maha suci Engkau Allah
Pemilik jiwa yang halus
Pemilik hati yang lembut
Pemilik alam yang luas
Pemilik gunung yang gagah
Pemilik cakerawala yang indah
Pemilik manusia yang kompleks
Pemilik pancaindera yang cantik
Pemilik angin yang deras
Pemilik bayu yang mulus
Pemilik segala ciptaan yang ada
Dan Engkau terlindung dari segala kecacatannya.

Engkau terlalu dekat
padaMu aku akur
untuk tunduk dan melutut
patuh dan taat
menyerah dengan semaksima total.

aku
cuma hamba
yang melangkah di atas garis yang dicipta.

1928
19122011
ada genang dalam mata.



nota kaki:
- semoga semangat untuk belajar datang dan dapat bersahabat dengan saya dalam tempoh 2 minggu ini.

-semakin saya mengenali manusia, semakin saya jumpa perkara yang aneh-aneh. Antara yang paling aneh saya jumpa dan baru dapat tahu ialah orang lelaki yang suka bergossip. Pelik dan ganjil. Ok. dengan kata lain, sangat buruk.

Sedangkan sesama perempuan yang suka bergossip pun nampak buruk, apatah lagi lelaki.

-saya juga manusia yang ada jatuh dan bangunnya, kerana fitrah tarbiyah itu sendiri bukan untuk orang yang sempurna, tetapi yang mahu menjadi sempurna dalam pandangan Allah.

Pernah terfikir untuk mencampak segala expectation manusia yang selalunya tinggi, pernah juga terfikir untuk lari dan menjadi manusia biasa yang bekerja di belakang tabir, tanpa sesiapa nampak dan tahu, menjadi diri sendiri malah boleh menyukai apa yang disukai tanpa ada orang yang mengambil tahu.

Namun bukankah aturan Allah itu unik? Dan saya memang ditarbiyah dengan cara itu dari dulu. Ditarbiyah untuk sedar bahawa diri menjadi contoh. Meski hakikatnya bergelar seorang muslim itu sendiri adalah qudwah hasanah buat alam, tetapi mungkin bagi saya yang degil ini perlu tarbiyah yang lebih tinggi. Mungkin.

-Saya perasan satu. Sejak akhir-akhir ini, bonda concern (baca: terlalu) akan masa depan saya. Sebak saat bonda berkongsi doa-doanya untuk saya, mungkin kerana hanya saya anak perempuannya yang tinggal dan pastilah bonda mahukan yang terbaik sama.

Setiap kali perbualan dalam telefon, tidak akan lari dari perkara itu.

Senyum. Hanya itu yang mampu. Kerana saya bukan kakak dan jalan cerita kami sudah pasti tidak sama.

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.