Friday, December 2, 2011

Cerita Bonda Di Jordan (Akhir)

pemilik cinta selepas Allah dan Rasul.

"tahun 3 pun nak menangis lagi ke?". Ayat muroqib semasa di airport. Hanya senyum. Buat-buat tidak faham. Walaupun hati rasa terpukul.

Jawab bonda, "menangis..nanti dah kahwin pun, menangis lagi..".

Melambai bonda dan adik pergi, sangkaan sudah cukup kuat. Hanya beberapa titis yang mengalir. Mampu senyum sehingga pulang.

Tetapi saat menapak ke dalam bilik, tiba-tiba air jadi deras.

Bagai separuh jiwa dibawa bersamanya terbang sang burung gergasi. Bilik kosong. Seperti kosongnya hidup saat ini tanpa ada wajah bonda setiap kali saya pulang dari luar.

Satu persatu muncul kembali. Hari pertama, hari kedua, hari ketiga dan seterusnya.

Ok. Saya menangis lagi. :')

Kenangan 1 Dec 2011: Terakhir.

Sudah 4 hari bonda hanya mampu baring di atas tilam dibaluti selimut tebal atau dipanggil hirom. Sakit kepala bonda datang lagi. Bukan migrain. Tetapi saya lupa namanya.

Bertambah berat untuk melepaskan bonda pulang.

Malam itu, mengemas barang-barang bonda dan adik. Disusun kemas-kemas di dalam bagasi-bagasi.

Jam 12.30 tengah hari insya-Allah, bertolak ke Amman dari Irbid.

Pagi itu, bonda masih sakit. Cuma kurang sedikit.

Sempat memasakkan bonda sebelum tetamu datang seorang demi seorang. Adik-adik dan teman-teman. Bertandang untuk menghantar bonda. Siap ada yang menghantar cheese cake. ^^. Terima kasih.

Selesai Zohor, sekumpulan bekas pelajar-pelajar lelaki bonda datang menziarahi bersama bungkusan manisan arab. Sembang-sembang.

Jam 12.30 tengah hari, kereta sewa yang bakal membawa kami ke airport tiba.

1 jam lebih perjalanan dari Irbid ke Queen Alia Airport, Amman terasa bagai terlalu singkat. Jujur. Belum puas bersama bonda dan adik.

Duduk-duduk beberapa ketika sebelum menghantar bonda dan adik di boarder line.

Perasaan awal yang kononnya kuat (konon ;) merapuh dan air mata mengalir saat menyantuni bonda. Apatah lagi apabila bonda sendiri sebak dan pipinya turut basah.

Dalam hati, "ok..mak pun nangis juga..^^".

Teringat ancaman bonda main-main, "nangis nanti, packing barang balik sekali..".

Melambai sehingga mereka hilang memasuki ruang seterusnya.

Bagai separuh rasa kehidupan itu hilang.


Pagi tadi, bonda memaklumkan telah selamat sampai. Sempat menghubungi hanya beberapa minit. Ada sebak dalam nada bonda.

"kami menangis dalam perjalanan..Sepanjang flight, mak sentiasa doakan untuk hasna', yang terbaik..

Rindu suasana sana..insyaAllah, kami akan datang lagi.."


Air mata bergenang. Ok. Silap. Air mata mengalir.


Jujur. Terasa bagai masih ada bonda dalam rumah ini. Teringat bangun pagi, membancuh air panas untuk bonda sebelum bersarapan bersama. Bonda yang menemani ketika belajar (tidur di sebelah pun dikira menemani la kan? ;') ). Keluar bersama bonda berjalan-jalan di lorong-lorong. Memasak bersama-sama. Berkongsi rasa dan cerita. Berkongsi dengan bonda berita-berita baru dunia setiap kali membuka alJazeera pagi-pagi.

T_T.

Penutup: Kehilangan Sementara.

Minggu depan adalah minggu paling padat. Habis semua subjek periksa hanya dalam satu minggu bermula Isnin ini.

Justeru, perlu mula fokus untuk belajar.

Benar, kehilangan ini membuatkan saya belajar betapa pedihnya untuk kehilangan selamanya. Lalu, perlu sentiasa berusaha menjadi anak yang terbaik agar sentiasa bisa membahagiakan bonda di sini dan pastinya di sana dengan ganjaran syurga Allah insya-Allah..

Doakan saya sahabat.


Nota kaki:

-tertinggal 1 post. Kenangan membeli belah di Amman. Selepas bonda pulang, tiada mood untuk menulis. Mungkin nanti-nanti insya-Allah.

-bangun pagi, melihat bonda tiada di sebelah. Langsung sebak. Terus set di mind kuat-kuat, "mak dah tak ada..mak di Malaysia..". Rasa bagai kisah mimpi segala cerita sebulan yang lalu.

-Alhamdulillah, malam tersebut ada program Q. Kembali menyusun dan merencana kerja.

-jazakumullahukhairan katsira untuk semua, untuk sepanjang keberadaan bonda dan adik di Jordan terutama muroqib-muroqib yang sudi melayan kerenah kami sepanjang perjalanan. Semoga Allah membalas segala kesabaran kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda insya-Allah. (kalau pun mereka baca).

Buar housemates (yang turut sama menangis saat bonda pulang), semoga setiap saat kebersamaan kita Allah nilai sebagai amal soleh insya-Allah.:').

4 comments:

  1. kagum juga bagaimana boleh tahan hingga balik.
    ingatkan panas sepanjang hari tapi hujan juga.

    jangan cakap x bg peluang.kan waktu keluar airport dh cakap,"klu nak nangis,nangis je lah."
    ayat 1st dlm post ni no offense ok.makna tersirat disitu nak suruh tabah.kehidupan perlu diteruskan.minta maaf jika terasa hati.
    bittaufq utk exam yg bertimbun.

    -muroqib-

    ReplyDelete
  2. ok. tertinggal ayat senior waktu berjalan keluar dari airport.

    terima kasih atas motivasi yang tersirat. Maaf sebab tidak berapa mahir dengan bahasa-bahasa kiasan.

    terima kasih juga atas titipan doanya ya.

    *ingatkan muroqib tidak baca blog ini.

    ReplyDelete
  3. serius sebak. mengharap cikgu pah boleh datang lagi. sepanjang mengikuti entry2 yg berkaitan cg pah dan thalhah di jordan, terus terbayang keluarga di kampung.

    *rindukan emak di malaysia. :(

    ReplyDelete
  4. smga rindu dan sayang yg mnebal spnjng kberadaan kita di perantauan jauh ini, Allah nilai sbgai ibadah iAllah.

    ^^. tak apa, qawiem anak soleh, mesti mak dn ayah di kampung bangga dn bhagia mmiliki anak sprti qawiem iAllah.

    ReplyDelete

mohon pandangan.