Sunday, November 27, 2011
Cerita Bonda Di Jordan 7
Kenangan 23 Nov 2011: Kembali Ke Sekolah.
Setelah beberapa kali bonda tidak berkesempatan untuk mengikuti saya ke jami3ah, akhirnya Alhamdulillah Allah izinkan juga pada hari tersebut untuk bonda melihat dan merasai suasana pembelajaran yang selama ini saya ikuti sepanjang menjadi pelajar di bumi Yarmouk University ini.
Pagi itu jadual saya bermula jam 9.30 pagi.
Comel saat dalam perjalanan ke bangunan qisim syariah, bonda mengingat semula beberapa nama bangunan yang telah bonda ketahui memandangkan ini kali ketiga bonda masuk ke dalam kawasan universiti. (pertama: jamuan raya PERMAI di Dewan Khindi, bangunan Fakulti Kesusasteraan. Kedua: Open Talk PERMAI di Dewan Tarbiyyah di Fakulti Pendidikan)
Fiqh Mu3amalat.
Bonda bersemangat. Menapak anak-anak tangga hingga ke tangga 3. Perlahan-lahan.
Tiba di dalam kelas, memilih untuk menemani bonda di barisan tengah. Dengar-dengar tiada muhadharah pagi ini kerana jami3ah menerima tetamu kehormat yang mengadakan sidang muktamar di Dewan Muktamarah. Tidak pasti berkenaan apa.
Beberapa minit berlalu sebelum doktor masuk memberi kata muqaddimah dan menjemput kami ke muktamar tersebut. Maka secara automatik, kelas pagi itu dibatalkan.
"ala..mak baru semangat..". ^^.
Masih punya 1 jam 30 minit untuk lecture seterusnya. Mengajak bonda ke maktabah yang belum lagi sempat disinggahi bonda.
Bonda membaca bahan bacaan yang dibawa dari rumah, manakala saya mencari bahan untuk menyiapkan tugasan doktor.
Bertolak keluar kembali ke bangunan syariah 20 minit lebih awal bagi memperuntukkan waktu perjalanan bersama bonda ke sana. ^^.
Fiqh Jihad.
Saya selalu bercerita tentang Dr Mahmud Kholidi yang bersemangat kepada bonda. Malah beliau tidak takut untuk mengaku bahawa beliau bermanhajkan fikrah Hizbur Tahrir.
Hari itu kami mempelajari berkenaan Perisikan. Hukum ke atas perisik yang memberi maklumat berkenaan perihal Kerajaan Islam kepada negara Musuh (Kuffar). Terbahagi kepada beberapa bahagian.
Di akhir muhadharah, doktor mengedar semula kertas peperiksaan yang telah ditanda.
Suatu perkara yang berusaha dielakkan memandangkan pasti tidak dapat disorokkan dari bonda. ^^.
Alhamdulillah memperolehi keputusan yang baik. Sejuk. Apatah lagi bonda memberi komentar,
"pelajar arab yang duduk sebelah mak tu, dia rajin jawab dalam kelas..tapi dapat 15 (/20) ja..ok la tu hasna'.."
Ok. ^^. Alhamdulillah.
"mak faham tak dalam kelas tadi?"
"faham la sikit-sikit..dengar kata kuffar, daulah Islam.. hukum bunuh.."
Habis kelas, solat di musolla kecil bersebelahan dengan kedudukan kelas. Kemudian mengajak bonda untuk mencuba nasi arab memandangkan belum berkesempatan membawa bonda. Dan kami mempunyai gap selama 1 jam 30 minit sebelum kelas seterusnya.
Lokasi terdekat adalah Mat3am Dhoi3ah yang hanya berhadapan dengan pintu pagar jami'ah bahagian barat.
Bonda memilih untuk mencuba nasi mansaf dan maqlubah. Sementara menunggu menu, berkesempatan membincangkan semula dengan bonda berkenaan isi syarahan doktor sebentar tadi.
Komentar bonda, maqlubah lebih sedap.
Ahkam Tarikat.
Kelas seterusnya adalah berkenaan pembahagian harta peninggalan. Kasihan bonda terpaksa menaiki semula tangga ke tingkat 3.
Ada kisah lucu sebelum doktor masuk.
"dia kelas dengan kita ke?" soal perempuan arab di belakang tiba-tiba. Mungkin dia perasan ada wajah baru di sebelah memandangkan dalam kelas ini hanya ada 2 orang pelajar perempuan Malaysia.
"ini mak saya. dari malaysia..". senyum.
"ha? mak awak? mustahil..!" berkerut muka pelajar-pelajar arab yang ada bersamanya.
"sangat muda".
"ingatkan kawan awak.."
"awak anak tunggal ke?", ada yang menyoal.
"tak lah..saya ada abang, kakak, dan adik".
"cuba minta depa teka umur mak berapa.." bonda di sebelah mencelah.
"awak agak-agak umurnya berapa?"
"35 tahun".
Laju mereka menjawab.
bonda sengih-sengih di sebelah selepas saya translate perbualan kami.
saya jawab dengan tersenyum,"50 tahun.."
"Wa Allah?! mustahil..mustahil..".
Bising kelas sebentar akibat pelajar-pelajar yang terkejut dengan tekaan mereka yang silap. Lucu pula rasa.
Lagi sekali, perkara yang dielakkan berlaku. ^^#. Malah, lebih menakutkan.
Doktor 3ila2uddin mengumumkan markah-markah pelajar di dalam kelas. Alhamdulillah sekali lagi tidak mengecewakan.
Walaupun terkilan kerana tidak mencapai target. Nampaknya perlu usaha yang lebih maksimum insya-Allah.
Habis kelas, solat asar di masjid jami3ah sebelum singgah di rumah sahabat, Mida sayang atas sedikit urusan dan menumpang solat maghrib. Kemudian bergerak menziarahi kak Aisyah Tolhah untuk melihat si kecil Ain yang comel dan solehah. ^^.
Bersambung..
Nota kaki:
-semenjak anak-anak dewasa ini, rasanya setiap kali keluar dengan bonda mesti masyarakat akan ingat kami adik-beradik.
Teringat semasa membawa bonda mengikuti mesyuarat bulanan AJK PINTAR minggu lepas, sehingga di akhir perbincangan dan dalam slot pengisian, iaitu selepas saya menyebut kewujudan bonda, baru mereka perasan bahawa yang hadir itu adalah bonda saya. kata pengerusi yang sebenarnya telah sedia maklum berkenaan kedatangan bonda di bumi Jordan, "ana ingatkan ajk baru tadi..". ^^#.
Paling lucu, ajk akhawat yang belum berkesempatan bertemu bonda sendiri memberi respons , "ingatkan kakak senior tadi.."
Terfikir, adakah bonda yang kelihatan muda atau kami anak-anak yang kelihatan lebih matang..? ^^#.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.