Friday, December 16, 2011

Hati Bersama Kalian.


Menitis air mata menatap wajah kecil ini. Dan sebak yang sama mengiringi pagi-pagi saya saat menatap satu persatu pengkhabaran dari sana.

Semoga Allah bersama kalian, dalam setiap langkah, dalam setiap laungan, dalam setiap semangat, dalam setiap jeritan, dalam setiap rintihan, dalam setiap larian, dalam setiap simbahan peluru, dalam setiap deras air mata, dalam setiap lelehan merahnya darah dan dalam setiap tumbangnya tubuh jasad kalian.





"rakyat mahu menghapuskan kamu wahai Basyar Assad..!". Jerit si anak kecil. Sungguh-sungguh. Dan jeritan itu yang menarik jantung bagai mahu terkeluar.

Dan jeritan si kecil yang baru berusia 4 tahun ini adalah jeritan dari anak yang ibunya telah dirampas keluar nyawanya.

Siapa Basyar Assad?

Merupakan anak ke3 bagi Hafez alAssad yang merupakan presiden Syria bermula tahun 1971 selepas peristiwa pergulingan kuasa dari keluarga Baath.

Mahu kenal siapa ayahnya?

Pernah terlibat dalam pembunuhan kejam pada tahun 1982 yang melibatkan seramai 40 000 orang dari rakyatnya sendiri di pekan Hama, yang juga merupakan perkampungan IM. Tetapi kes ini ditutup dan dikunci rapat-rapat.

"However, Hafez al-Assad's legacy cannot be discussed without mention of the 1982 Hama massacre, in which the Muslim Brotherhood party was targeted for a spate of assassinations of high-profile Baathists.
The massacre, carried out allegedly under the supervision of Hafez's younger brother, Rifaat, involved a bombing campaign as well as door-to-door operations, which, by some accounts, resulted in nearly 40,000 deaths". -alJazeera-.

Maklumat lanjut, boleh lihat di sini dan di sini.
Awalnya Assad menafikan bahawa peristiwa pembunuhan yang terjadi ke atas rakyatnya hari ini adalah bukan di bawah arahannya. Namun, pengakuan tentera-tenteranya berbeza.

"They said that they had routinely beaten and mistreated detainees, including with electric cattle prods, and that they were encouraged to do so by their commanders.

"My unit was also involved in beating people. My heart was boiling inside, but I couldn’t show it because I knew what would happen to me," said Hani (not his real name), a member of the Air Force Intelligence's Special Operation Branch.
Defectors also alleged that soldiers and security forces personnel had been killed for refusing to follow orders to act against protesters and described alleged incidents of summary executions and deaths from torture in which 19 people were killed.
Lieutenant-Colonel Ghassan (not his real name), who served in the Presidential Guard, said that around August 7 he was witness to the summary execution of a detainee at a checkpoint in Douma.
"Seven soldiers were beating the man whom they had arrested. When I came, he was still alive. He was screaming, and the soldiers were swearing and laughing. It lasted for about five minutes longer, and then he died. He stopped moving, and I saw blood coming out of his mouth," Ghassan told HRW." -alJazeera-
Maklumat lanjut boleh lihat di sini.


Prihatin: Itu Bukti Iman yang Mempersaudarakan.


Teringat semasa di dalam kelas Ahkam Taarikat minggu lalu, Dr 3ila2uddin ada berkongsi kisah penyiksaan sauadar di Syria sebelum memebuka luas perbincangan ke negara-negara Islam yang berrevolusi yang lain. Tidak terlepas negara yang masih terjajah seperti Afghanistan dan Iraq.


Sedih. Rata-rata bangsa arab sendiri tidak mengambil tahu perihal saudara yang bersebelahan. Malah ada yang meminta doktor untuk menghentikan perkongsian itu kerana ngeri untuk mendengar.


Terdiam. Kita hanya ngeri untuk mendengar. Bagaimana pula dengan mereka yang perlu berhadapan dengannya setiap hari dan waktu?


Di akhir bicara, doktor meninggalkan kami dengan sebuah hadis yang bermafhum:
"Jika kamu berpagi-pagi tanpa mengambil tahu perihal saudara kamu, maka sesungguhnya kamu tidak tergolong dalam golongan aku (Rasulullah s.a.w.).".


Allahuakbar.


Teruskan Berdoa, Yakin Bahawa Allah Sentiasa Ada.


Teruskan berdoa. Jangan pernah tertinggal.


Jangan pernah merasakan bahawa apa yang terjadi hari ini hanyalah urusan bangsa dan negara mereka. Jangan pernah meletakkan ujian ini hanya menimpa mereka, sehingga terlupa bahawa Allah juga sedang berbicara dengan kita.


Allah sedang berbicara dengan kita tentang hakikat iman yang hidup, Iman yang menolak kita untuk menjadi payung kepada manusia dan alam. Allah sedang berbicara tentang hakikat Islam yang sebenar iaitu sejahtera dan mensejahterakan. Allah sedang berbicara tentang kefahaman akan persaudaraan dan keprihatinan kita. Allah sedang menguji ketebalan pekak, buta dan tulinya kita. Allah sedang menguji setakat mana kerasnya hati kita untuk merasai pedihnya jiwa anak-anak melihat ibu-ibu mereka dibunuh di hadapan mata sendiri.
Allah sedang berbicara dan sedang menguji. Cuma mungkin kita telah digelapkan untuk memahami.


Allahua3lam.

4 comments:

  1. anonymous-not!12/16/11, 7:07 AM

    teruskan berkongi ya ukhti...

    ana bljr perubtan, so benda2 ini tidak di explain dlm lecture kami..

    benda2 macam ini perlu dicari.. bersyukurlah ukhti kerana byk dapat berita2 seperti ini di dalam kelas..

    moga Allah redha.. syukran 3ala kullihal...

    ReplyDelete
  2. like komen di atas!

    soba7el ward hasna'

    ReplyDelete
  3. anon:
    er, sbnrnya berita2 ni saya dpt dri pmbacaan.. mmg mnjadi hobi utk mngikuti prkmbangan dunia. sblm ke kuliah, mesti baca aljazeera, info palestina dll dulu shingga housemates kata dah mcm orang tua2 yg rajin baca surat khabar pagi2..^^#

    x ada disntuhpn dlm kuliah mlainkn sgelintir kecil mklmt. itupn lepas dah teruk berlaku.

    mmg prkara2 sprti ini prlu dicari tidak kira jurusan syariah, kdoktoran, kjuruteraan dll..

    smga kita x mnjadi saudara yg jahil trhadap situasi saudaranya yg lain..na3uzubillah minzalik. smga Allah redha kita bersama iAllah.


    rai: like 2 komen di atas..^^.

    soba7el ful rai..<3

    ReplyDelete
  4. Kak yam tengok video tu, tapi tak faham ape la yang si kecil ni cakap.. dan apa la yang semua orang macam teruja.. kalau rajin, please translate ye. Happy Final exam, dear!

    ReplyDelete

mohon pandangan.