Wednesday, December 7, 2011

Take It Note.



Pagi imtihan dalam minggu yang padat, ada sesuatu di newsfeeds yang membuat saya tertarik. Sesuatu yang menjawab persoalan saya selama ini.

Buat kamu Siapa-Siapa Yang Bakal Memenuhi Hati Ini.

"Seorang suami mestilah orang yang ibadahnya lebih baik daripada isteri dan akhlaknya lebih mulia dari isteri. Modal untuk menjadi pendidik isteri adalah keteladanan dan nasihat serta hikmah yang dimiliki oleh suami itu sendiri. Kecintaannya kepada Allah swt akan berpengaruh lansung pada wibawanya di mata isteri.

Seorang ahli ibadah zaman tabiin, iaitu Fudhail bin Iyadh, berkata, " Aku bisa mengukur kadar dosaku kepada Allah melalui sikap dan perilaku isteriku."

Dari Abu Huraihah ra,ujarnya: Rasulullah saw bersabda: "Nasihatilah para wanita itu baik-baik, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk; dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang teratas. Jika engkau berlaku keras dalam meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Akan tetapi, jika engkau biarkan dia, tentu akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berikanlah nasihat baik-baik kepada para wanita."

(H.R. Bukhari dan Muslim)


Di sela kesibukan yang memenuhi hari-hari kita, alangkah baiknya seorang suami menyempatkan waktu seminggu sekali bersama isteri tadabbur Al-Quran, mengkaji Sirah Nabi atau mengkaji ilmu-ilmu fikih yang lain. Satu jam dalam seminggu hanyalah 1.68% dari waktu yang dimiliki seorang suami dan menyediakan waktu hanya 1.68% untuk memberi nasihat dan peringatan kepada isteri mestinya tidak menjadi hal yang berat. Jika ukuran tidur yang sihat dan berkualiti itu 8 jam sehari didarabkan dengan 7 hari dalam seminggu, maka dalam satu minggu waktu tidurnya ialah 56 jam. Andai seorang suami bisa tidur 56 jam dalam seminggu, apakah sukar menyempatkan masa memberi nasihat dan peringatan kepada isteri hanya satu jam dalam seminggu?

Ketika suami berada jauh dari rumah, sarana teknologi paling sederhana misalnya telefon dan SMS dari suami mengirimkan nasihat, pengingatan ibadah. Cukup sekadar menasihati agar bersabar merawat anak atau tidak melupakan qiamullail. Subhanallah, betapa senangnya hati isteri mendapat nasihat itu. Di matanya, suami benar-benar dilihat menjadi sosok pemimpin sekaligus murabbi pertama bagi dirinya. "

(Buku Semangkuk Cocktail Cinta)

Halaqah Keluarga


Isteri Ada Hak Untuk Dibentuk Dan Membentuk Itu Hanya Ihsan.

Jujur. Saya membesar dalam fenomena melihat lelaki-lelaki berlepas tangan. Berlepas tagan dalam pendidikan anak-anak apatah lagi pendidikan untuk si isteri.

Memerhati keadaan bagaimana seorang isteri perlu merancang dan menyusun sistem Tarbiyatul Awlad dalam masa yang sama perlu memerah fokus untuk memastikan proses tarbiyah suaminya berjalan. Berat memikirkan cara terbaik untuk menjaga suami dan anak-anak dari ancaman jahiliyyah. Sedangkan si suami hanya sibuk dengan urusan kerjaya.

Lalu, saya melihat kepenatan itu.

Sedangkan pemimpin yang sebenar, adalah pemimpin dalam 3ubudiah dan kepatuhan kepada Allah. Isteri berhak untuk diproses oleh suami dan jika suami gagal, maka kegagalan itu boleh dituntut oleh isteri. Tetapi, isteri tidak berkewajipan untuk memproses suami.

Begitu juga dalam pendidikan anak-anak. Selalunya masyarakat akan melihat tarbiyatul awlad itu di pihak ibu-ibu.

Benar. Tetapi ibu-ibu sebenarnya hanyalah pelaksana proses. Yang perlu menyusun, merancang dan mengetuai proses pendidikan itu adalah ayah-ayah. Seperti sebuah sekolah, ayah-ayah umpama guru besar mankala ibu-ibu adalah guru-gurunya. Guru besar perlu tahu, faham, ambil berat, prihatin tentang kebajikan dan tahap pencapaian anak-anak muridnya manakala bagi seorang guru pula, tanggungjawab ke atasnya untuk membentuk proses pembelajaran itu.

Berat Amanah Kerana Di situ Besarnya Ganjaran Dan Hak.

Teringat bonda pernah berkongsi,
"suami ini mempunyai banyak hak ke atas isteri.. kepatuhan dan cinta seorang isteri perlu sepenuhnya pada suami (selagi tidak melanggar syara'). Seorang wanita itu perlu sedar dan tahu bahawa selepas sahaja aqad menjadi seorang isteri, maka dia perlu faham bahawa kehidupannya bukan lagi milik dia tetapi milik suami..
Kerana itu suami perlu sedar bahawa di atas semua kelebihan hak-hak itu, sebenarnya menggambarkan betapa besar tanggungjawabnya. Allah tidak zalim.. keistimewaan datang bersamanya tanggungjawab yang akan disoal.."

Setuju.

Jujur. Bagaimana mampu untuk mencintai dan menyerahkan kehidupan pada manusia yang tidak punya apa-apa, yang tidak melaksanakan tanggungjawab tetapi minta untuk dipatuhi. Saya memang tidak boleh terima manusia jenis seperti itu. Tetapi itulah realiti yang berlaku dalam masyarakat.

Penutup: Bermula Sekarang.

Ada beberapa sahabat pernah bertanya, "apa motivasi terhebat hasna' untuk buang tabiat-tabiat buruk?".

Saya jawab ringkas,"anak-anak..".


Muka mereka akan berubah. Mungkin aneh. "kenapa ya?".


"sebab apa-apa yang tidak baik dalam akhlak hasna', hasna' taknak anak-anak hasna' mewarisinya. Begitu juga, kalau hasna' nak anak-anak jadi macam ini, atau jadi macam itu, justeru, hasna' yang perlu mula sekarang..
Nak anak-anak yang Allah redha dengan menjaga qiyamullailnya, maka ibunya dulu perlu memastikan qiyamullailnya terjaga..nak anak-anak yang mencintai ibu bapa dan mengihsani kita, kita yang perlu dahulu mencintai dan mengihsani ibu bapa kita..betul tak?"
"betul, betul..".

Jujur. Saya juga mengharapkan siapa-siapa yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak itu mengerti perkara yang sama. Hanya mampu mendoakan yang terbaik. insya-Allah.
Tidak terlambat lagi. Kita mula sekarang. Jom..^^.

Nota kaki:
-Semalam ada salah seorang friend list dalam fb berkongsi status ini, sangat comel.

"There is a type of tumor which is common among women and I hope all women in this world will get it. :)"
Ada orang bertanya apa kaitan pregnancy dengan tumor, maka dijawab:
"pregnancy is a tumor because :
1) there is an abnormal growth of cells
2) could give pathological symptoms to the patient
3) does not stay for the rest of your life
4) should be removed someday
:)".


^^. Tak pernah terfikir. Serius. Sangat comel.

Hebatnya ibu-ibu (terlupa sekejap yang dia juga bakal menjadi ibu iAllah), kerana sanggup memiliki tumor dalam badan. Tumor yang menyakitkan dan membuat hidup tidak selesai sepanjang 9 bulan, tetapi tumor itulah yang paling dikasihi selepas dikeluarkan.

-doakan untuk 4 lagi paper.

2 comments:

  1. menunjukkan betapa penting pertimbangan sebelum menerima.pasti masih ada yang memahami konsep ini.
    biasanya lelaki ni mmg sibuk dgn kerja.mungkin boleh elakkan yg punya komitmen tinggi dgn kerjaya.
    jika perkara yg ditakuti ini berlaku juga,ambillah iktibar dari kisah isteri Nabi Ismail bertemu Nabi Ibrahim

    ReplyDelete
  2. iAllah.
    cuma yg nak ditekankan bukan berkenaan suami yang sibuk dengan kerjaya. Jujur, tidak kisah dengan kerjaya yang sibuk, tetapi keprihatinan itu yang diperlukan.

    asSyahid IHAB juga sibuk, tetapi bagaimana proses tarbiyah anak2nya? sepenuhnya diambil tahu dan dipantau.
    Itu yang dimaksudkn. Harap tidak ada yg tersalah faham..^^. sbb itu dianalogikan sbgi sorang guru besar..guru besar x terlibat sepenuhnya dlm proses pmbelajaran anak2 muridnya ttpi dia perlu tahu pretasi mereka. betulkan?

    ReplyDelete

mohon pandangan.