Sunday, December 18, 2011

.Rindu.


dapat juga melihat album kahwin kakak selepas tinggal lagi 2 bulan Mukhlisah nak keluar.


".....Pelihara daku dari kemurkaanMu...."

Senyum. Melihat gambar-gambar kakak di hari bahagianya. Telah terlepas seorang jagaan bonda.

Teringat bonda berkongsi cerita pengalaman pertama saat lafaz aqad kakak,

"awal-awal dulu mak ingat, mak akan menangis bila kak yam kawin macam mana mak nangis bila tengok mak ram dan mak ina (adik-adik tiri bonda) kawin,

tapi Allah izin mak rasa tenang..tak menitik pun air mata. Sebab mak tahu, pada siapa mak lepaskan kak yam..".

:')

"kalau hasna' kawin, mak menangis, something wrong la tu..", tambah bonda di akhir dan kami ketawa.

Dan saya doa diam-diam, semoga Allah hadiahkan bonda anak-lelaki-baru (perkataan ciptaan saya ^^ ) yang senang menjaga hatinya, yang prihatin dengan dirinya, yang membuatkannya sentiasa lapang insyaAllah.

Rindu kenangan bersama bonda. Sungguh-sungguh.

Apatah lagi sekarang bonda telah kembali hidup sendiri. Semoga Allah menjaganya dengan penuh cinta. Hanya mampu mendoakan dari jauh..


nota kaki:

-Teringat perbualan dengan bonda berkenaan tempat lahir cucu pertamanya nanti, sengaja mengusik bonda.
"nanti agak-agak hasna' beranak dekat mana ya mak?"

Spontan bonda menjawab laju, "hasna' kawin dengan doktor nanti, beranak dengan doktor ja la..dekat rumah pun tak apa..".

heh. Serius terdiam.

-Mula final exams 3hb dan tamat 16hb insyaAllah. Doakan semoga dipermudahkan insyaAllah.

2 comments:

  1. semoga mak hasna' dikurniakan anak lelaki baru yg soleh lg musleh.
    tp part last tu,bukanke pilihan hati hasna' bukan doktor =)
    *saja cetus kontroversi

    ReplyDelete
  2. ameen. ^^.

    er, siapa cakap pilihan hasna' bukan doktor? tak pernah sebutkan sebelum ni?

    *mmg dah kontroversi dah pun..

    ReplyDelete

mohon pandangan.