Maaf kerana post kali ini lebih bersifat peribadi dan ayatnya lebih santai..Jadi, jika kalian berhajatkan sesuatu, saya kira secara rendah dirinya, tidak perlulah kalian peruntukkan waktu untuk membaca post ini..
Alhamdulillah tepat jam 1.15 petang bumi Jordan tadi, saya telah selesai menamatkan peperiksaan pertama bagi sem ini yang telah bermula sejak 20 Mac yang lalu. Sengaja post kali ini saya mahu berkongsi tentangnya, tak salahkan?
20 Mac 2010- English.
Kelas tafaqquh Ustaz Mahdi pada hari jumaat itu kami 'ponteng'..atas alasan hari sabtu keesokkannya akan menempuh exam yang pertama. Rasa menyesal dan bersalah tidak hadir banyak (tak patut..) kerana kami telah dimaklumkan bahawa ada pengisian yang ditunggu-tunggu pada esok harinya iaitu hari Sabtu oleh pakcik Syed dan Makcik Ju yang datang jauh dari Malaysia. (baca sahabat bagi sesiapa yang berkenaan).
Sebenarnya makcik dan pakcik dari Syria dan cuma singgah 2 hari di bumi Urdun ini.
Awalnya kami merencana untuk pergi selepas selesai imtihan tetapi akhirnya saya berjaya memujuk Asma' untuk pergi awal seperti yang telah dijanjikan iaitu jam 7 pagi. Ikut perancangan jika program berterusan lama, kami akan keluar awal. Tetapi susunan Allah itu lebih cantik. Program hanya berjalan ringkas dan kami berjaya mendengar pengisian yang sangat berharga hingga habis..
Balik semula kepada tajuk English exam..
Sejujurnya saya tidak tahu menjawab menggunakan komputer kerana ini adalah kali pertama saya mengambil madah berujiankan komputer. he..
Dengan penuh 'confident', saya menjawab satu persatu dan setiap kali selesai menjawab soalan yang diberi, punat 'finish' terus ditekan tanpa menyemak semula jawapan atas alasan 'let me answer it first, then I will check it..'
But unfortunately, after finishing the third level, the mark appeared itself.
It blurred me a minute. O my God.. My eyes kept starring the screen, unbelieving what had occurred. Looking around, the other students were still making decision in choosing the best one.
Knowing nothing to do, I glanced to kak 'Adnin who just sitting beside me. "nak buat apa ni?"
"Boleh keluar dah.." She just whispered.
Allah izin..tak boleh nak buat apa dah..senyum je la..
Actually, He wants let me learned a lesson, jangan confident sangat..tengok, kan dah tak boleh nak check dulu sebelum hantar..huhu..
24 Mac 2010-Madkhal atTasyri'
Saya sedikit semangat untuk menghadapi imtihan tasyri' . Nak tau kenapa? Sebab Dr. Fakri Abu Sofea adalah seorang tok wan yang comel!
Walaupun syarahnya selalu tidak kena dengan tajuk silibus buku, tetapi saya terhibur mendengarnya kerana beliau suka menggayakan cerita bersama mimik muka yang penuh 'expression'..
Ada satu soalan yang Allah izin memang pasti saya jawab salah..(",) Dr. minta maudhu' Usul Fiqh, saya jawab Aqsamu Usul Fiqh.. ketika menjawab imtihan, sejujurnya memang saya 'confuse' dengan soalan tu. Selesai muhadarah, kak Nadia tunjukkan jawapan sebenar..Ya Allah, rupa-rupanya bahagian kecik dekat belakang-belakang tajuk..Yang menghiburkan sedikit, kak Nadia pun jawab salah juga..hehe
One more lesson, be more aware even for the smallest one!
28 Mac 2010-Madkhal asSunnah
he..ini memang subjek killer bagi saya. Semenjak mula muhadarah sehingga ke hari peperiksaan, saya memang tidak faham apa yang Dr. Hawariyy syarahkan cuma sebahagian kecil sahaja. Subjek ini memang saya cuma belajar sendiri dan berbincang dengan sahabat-sahabat.
he..ini lagi satu pengajaran.
Awal muhadarah ketika baru memasuki sem 2, Dr ada sebut tentang satu buku yang 'boleh membantu kamu dalam memahami madah ini'..
I thought, it's only a revision book so I kept it away..
Last-last, soalan periksa ada yang keluar dari buku tu..Jenuh 'menggoreng' jawapan. Dan ada sebahagiannya saya 'kukus' dan 'bakar'. he..Rasa macam nak kunyah pun ada.
Mula-mula, confuse juga. Mana la Dr. ni ambil soalan sebab boleh dikatakan dah khatam bahagian yang masuk periksa (is it true?) lepas habis exam, tanya Pipah. "la..Dr. ambik dari buku kecik tu..ana pun tak hafal..hehe"
Memang tarbiyah dari Allah..
Yang menakutkan, muhadarah hadis yang seterusnya iaitu hari Selasa, Dr. ada sebut tentang kertas exam. Beberapa pelajar arab dapat '0'! Ya Allah, it really caught my breath away..
Dr. nampak kecewa dan bertanya sebabnya. "soalan susah". Jawab beberapa orang pelajar arab.
Menunggu kalau-kalau Dr. nak sebut, "baik, saya bagi kamu peperiksaan lain"..(tak ada nyer..)
"kamu patut tengok ikhwanul Maliziyin..mereka sangat cemerlang. Mereka cuba juga jawab walaupun tak faham soalan. Mereka cuba bagi jawapan yang betul walaupun tak sesuai dengan soalan yang diminta.."
Saya menahan ketawa. Terkena..
"kamu tahu, ikhwanul Maliziyyin ada yang dapat 18, ada yang dapat 17 (dari 20).."
Subhanallah..mantapnya pelajar tu. Kalau 18, it means..he or she got the highest mark! Sebab sebelum tu, Dr. ada sebut, paling tinggi hanya 18.
More and more lessons I got biiznillah..
29 Mac 2010-Seerah anNabawiyyah
Bersemangat juga nak jawab exam ni, sebab sangat-sangat suka subjek seerah.. Tetapi yang sedikit menyukarkannya adalah dari sudut bahasa..(",)
insyaAllah, I had tried my best..sekarang masanya untuk Tawakkal selepas usaha..
31 Mac 2010-Qawaid Lughawiyah Fi Usul Fiqh 2
Subjek yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah selesai menjawab dengan tulisan pen memenuhi kertas..hehe..(jawapannya insyaAllah ada tapi entah betul entah tidak)
Soalan-soalannya, sukar digambar dengan perkataan..Apa-apapun, semoga Allah mudahkan dan lapangkan Dr. Zainuddin ketika beliau menanda kertas supaya beliau mudah memberi markah tambahan..hehe
Sungguh. Menjalani kehidupan dengan kaca mata nilaian iman membuatkan kita selalu nampak bahawa keseluruhan kehidupan kita adalah tarbiyah dari Allah..sama ada secara jelas atau tersembunyi..
May Allah guides me each seconds in my life..
*Terima kasih atas hadiah-hadiah, kad dan ucapan-ucapan doa dari sahabat-sahabat di Malaysia dan di Jordan..Semoga Allah sayang kita semua, insyaAllah..
*Terharu dengan birthday party simple yang dibuat oleh housemates dengan sponsor Wani JPA..Siap ada iringan lagu 'selamat hari lahir' dari kumpulan saujana dan lagu-lagu sahabat lain (tak ingat tajuk..)..tersentuh dengan selingan sajak nukilan Asma' (sasterawati rumah kami)..
Inni Uhibbukunna lillah..semoga ikatan atas dasar akidah ini berkekalan dan menjadi pemberat timbangan kebaikan di akhirat nanti, insyaAllah..
*Lagi seorang teman ajak keluar dinner malam ni, hadiah birthday katanya..(",)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.