Monday, March 29, 2010

1991-2010


19 tahun sudah saya meminjam tubuh, meggerakkannya, menjaganya, menggunakannya dan semestinya pinjaman ini akan dipulangkan. Bila? Rahsia yang cuma sang Pencipta tahu. Mungkin tinggal setahun atau sebulan atau sehari atau bila-bila masa sahaja lagi..

Message dari ibu saya terima semalam.

"Selamat melangkah ke umur yang makin mendekati tarikh kematian..Kalau umur kita diikat macam berkas kayu api, cabut satu lagi bermakna makin sikit nak habis, mungkin tinggal sebatang @ dua sahaja lagi, cuma kita saja yang tak tahu..Tetapi hakikatnya bilangan itu telah ada..Bersihkan hati wahai anak, ikhlas untuk Allah.."

Jazakillahukhairan katsira umi kerana tak pernah tertinggal peranan seorang ibu iaitu menuntun tangan anaknya agar selalu kembali pada Allah.

Sungguh. Sudah 19 tahun saya diamanahkan untuk menjadi hamba. Sudah 19 tahun saya dinilai dari setiap segi untuk dihitung. Sudah 19 tahun saya berhutang dengan manusia-manusia yang bertanggungjawab dalam tempoh kehidupan saya.

19 tahun sudah tubuh saya hidup. Bagaimana pula dengan umur hati dan iman? Ditolak tempoh sebelum baligh, ditolak fasa nakal dan 'jahiliyyah', ditolak itu dan ini, saya kira baru beberapa tahun hati dan rasa kepatuhan saya hidup.

Jika dipanggil pulang, apa yang bisa saya bawa sebagai mahar untuk kekal di syurga? Apa yang bisa saya bayar untuk menjauhi neraka?

Sungguh. Saya sudah tewas teruk dengan Usamah Bin Zaid r.a..Dia memimpin angkatan melawan Rom di usia 18 tahun. Dan saya sudah melepasinya tanpa apa-apa perubahan.

Mengenang kembali 19 tahun pinjaman nyawa, terlalu banyak susunan Allah yang semuanya tidak pernah sekalipun sia-sia. Satu-satu Allah atur yang jika dilihat dari kaca mata iman, sangat cantik dan unik. Sungguh. Saya belajar banyak dari kehidupan..

Mahu tahu apa impian saya untuk ulang tahun kali ini?

Saya mahu belajar untuk matang dalam tingkah laku dan fikiran.

Tapi..housemate saya kata, "Hasna' macam budak-budakla..seronok, ceria..". aiseh..macam mana ni? (",)

Apa-apa pun saya mesti belajar untuk matang juga. Sebab mukmin itu tidak punya masa untuk bermain-main. Walaupun payah, susah, buntu dan segala macam lagi cubaan, tapi saya mesti tuju itu. Semoga Allah mudahkan..ameen.

Memandangan post ini lebih bersifat peribadi, lalu saya mahu menggunakannya sebagai medium untuk memohon kemaafan kepada semua pihak yang pernah terlibat dalam kehidupan saya secara langsung atau tidak langsung. Mohon dimaafkan kerana saya masih manusia yang belajar untuk mengenal kehidupan yang luas dan sangat msutahil untuk tidak memalit kesilapan dalam tingkah laku, bicara dan lain-lain.

Semoga Allah melapangkan kalian..

*Hadiah saya buat ibu, cukuplah dengan mempersiapkan diri saya agar Allah menerima doa saya sebagai anak yang soleh dan dengan doa itu, ibu menikmati keenakkan kehidupan yang abadi di sana..kerana apakah ada nikmat lebih besar dari berehat di atas dipan empuk yang terjuntai buah-buahan untuk dipetik mudah di firdaus nanti?

*Untuk bang bair, kak yam dan Taha, minta maaf untuk semua kesilapan dan terima kasih kerana selalu menyayangi hasna' walaupun hasna' nakal macam mana pun hehe (",).. Untuk bang bair, terima kasih kerana mengantikan ayah dalam mendidik hasna'. Untuk kak yam, terima kasih kerana selalu bersama mak dalam membentuk. Kepada Taha, terima kasih kerana bersabar punyai kakak yang tak rupa macam kakak sangat..(",) Apa-apapun, semoga Allah menyatukan kita sekeluarga yang sama di akhirat nanti, insyaAllah..

Dan seperti biasa, doakan saya teman agar selalu tsabat di atas jalan ini..

*29 Mac 2011, 20 tahun? Alamak..


4 comments:

  1. Sanah helwah ya jameelah~ Moha umurmu yg blalu bmfaat utk Deenullah.. Dan yg masih bsisa ni gnakan sebaiknya.. =)

    ReplyDelete
  2. Salam, semoga dengan peningkatan usia ini sejajar dengan peningkatan amalan dan kematangan diri. Teruskan usaha memantapkan TARBIYAH dan memperkasakan DAKWAH

    ReplyDelete
  3. wlkslm..syukran big brother for your prays..May Allah guide my way in each sec..ameen

    ReplyDelete

mohon pandangan.