Friday, March 19, 2010

Mereka berlari, kita terus lena..


Mengapa kalian tidak membela kemuliaan kami?

Akhir-akhir ini, saya menyelak khabar berita dari bumi alQuds yang cuma tinggal di sebelah sisi saya saban hari.

Cemas. Berdebar. Risau. Kondisi kiblat pertama mukmin itu kini benar-benar parah. Dikepung dan disiat bersama injak kasut hina bangsa laknatullah itu hampir 10 hari lebih.

Dan jelas bersuluh, pakatan jahat mereka dalam usaha merobohkan alAqsa. Sungguh. Tempat menghubungkan antara bumi dan langit itu cuma menghitung hari untuk rebah dan menjadi saksi betapa sungguh dia cuma si tua tanpa nilai di mata masyarakat Islam hari ini.

Kita tahu dalam seerah Rasullullah s.a.w. yang kita laung di jalanan betapa kita cintakan baginda saban tahun setiap hari maulidul Rasul, bahawa alAqsa memainkan peranan dalam kisah awal ketauhidan dan penilaian keyakinan ummat generasi pertama.

Pertama, alAqsa merupakan kiblat pertama muslim sebelum peristiwa pemakbulan doa Rasulullah agar dialih ke Ka'abah.

Kedua, alAqsa merupakan tompokan bumi yang disucikan dan tempat yang menghubungkan antara dunia bumi dan kerajaan langit sewaktu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Tahu mengapa Allah memilih bangunan itu untuk menjadi istimewa?

Kerana Allah mahu dia menjadi kayu ukur kesempurnaan akidah dan kesensitivian manusia-manusia yang gah mengaku muslim.

Saidina Umar r.a. pernah bilang suatu ketika dulu,"Jika mahu mengukur kekuatan kaum muslimin pada ketika itu, lihat pada tangan siapa alQuds dikuasai.."

Sungguh. Allah mahu lihat bukti cinta kita padaNya, pada RasulNya dan pada sejarah permulaan deen (cara hidup) yang mengeluarkan kita dari kehinaan dunia.

Apakah kita benar sedar?

Dan hari ini diisytiharkan oleh ulama' sebagai hari perlawanan sedunia. Pemuda-pemuda Palestina juga turut bangkit menentang.

" Pemuda-pemuda Palestina di Tebing Barat yang mengambil nama 'Pemuda Tebing Barat'menyerukan kepada semua warga Palestina di wilayah jajahan 1948 dan warga Al-Quds untuk melakukan jihad global hari ini Jumat (19/3) dan terlibat dalam aksi murka dan membela tempat suci yang akan berlangsung dari masjid-masjid Tepi Barat.

Dengan menamakan "Pemuda Tepi Barat" dalam pernyataannya hari ini Kamis (18/3) yang salinannya di terima Infopalestina meminta kepada semua warga Al-Quds dan sekitarnya untuk pergi ke masjid Al-Aqsha. "Siapa yang tidak mampu shalat ke tempat paling dekat maka bisa dilakukan di Kota Lama dan tidak hanya cukup bentrokan dengan Israel di pinggiran-pinggiran kota." Tegas mereka." –info palestina-

Sungguh. Mereka bangun melawan mempertahankan kemuliaan alQuds. Namun kita?

Jangan sampai alQuds berkecai baru mahu melolong saling menyalahkan. Jangan sampai hikayat Haikal Sulaiman menjadi realiti baru mahu menangis hiba.

Wahai diri, malulah kamu dengan mereka. Kamu mengaku sama muslim dengan mereka. Kamu mengaku meng'illah'kan Allah sama dengan mereka. Kamu mengaku bercita-citakan syurga sama dengan mereka.

Tetapi mereka tegar meraih dengan darah. Mereka gigih membentengi alAqsa dengan dada-dada mereka. Mereka kukuh meski dunia buta menghina dengan penuh fitnah. Mereka laju meski saudara muslim sendiri yang berlumba membinasakan mereka.

Apakah kamu benar mengerti?

Sungguh. Apa yang bisa kita lakukan sebagai manusia yang tidak bisa menempelak dunia ?

Pertama, teruskan berdoa. Lakukan solat hajat agar Allah, pemilik Baitul Muqaddasah dan bumi semuanya menyelamatkan alQuds daripada rancangan kuffar.

Doa senjata mukmin. Doa bukti hati kita bersama mereka. Doa bukti cinta kita kepada ummah.

Kedua, teruskan usaha memboikot. Jangan sesekali terlepas pandang dan menganggap usaha itu cuma kecil dan remeh.

Jika kita melakukan dosa kepada Allah, Allah itu Maha Luas pengampunanNya. Namun apa yang bisa kita tebus jika melakukan dosa pembunuhan terhadap saudara kita?

Ketiga, sampaikan khabar rintihan alQuds pada manusia-manusia yang hampit dengan anda. Ingat, keutamaan alQuds bukan Cuma pada bangsa Palestina, tetapi pada mana-mana manusia yang menggelar dirinya muslim betuhankan Allah.

Dr Zainuddin, pensyarah Qawaid Lughahwiyah fil usul Fiqh 2 saya ada berkongsi hadis yang mungkin dalam kalangan kita sudah lali diperdengarkan.

"Jika seseorang itu tidak memikirkan hal saudara muslimnya yang lain, maka dia bukan dari golongan itu"

Sungguh. Bagi Allah sang Maha Pencipta, keruntuhan alQuds tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada keagunganNya. Namun kita yang diamanahkan, apakah yang bisa kita jawab di hari perhitungan nanti?

Mungkin ada yang berfikir, "ah, tidak mengapa. Mustahil alQuds akan dirobohkan kerana itukan masjid. Rumah Allah, mestilah Allah lindung macam cerita Abrahah dulu.."

Baik. Kalian tahu mengapa saat itu Allah melindungi ka'abah?

Kerana ketika itu ka'abah dikelilingi oleh manusia-manusia jahil yang tidak bertuhankan Allah. Lalu Allah lah yang bisa melindunginya.

Namun, situasi kini berbeza. Berapa bilionkah muslim yang mengelilingi Palestina? Berapa jutakah jema'ah haji yang saban tahun menziarahi Mekah dan Madinah yang cuma selatan sejengkal dari alQuds?

Kerana itu alQuds menjadi kayu ukur kekuatan jiwa dan akidah muslim.

Sampai kapan kita mahu benar sedar?

Sehingga alQuds lenyap dan berdiri megahnya Haikal Sulaiman kah?

Yahudi dengan kebiadapannya tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini seratus peratus. Kerana mereka sememangnya kuffur dan dilaknat. Tetapi lihat kita. Kita yang mengaku meyakini kehebatan Islam ini yang patut dipersalahkan. Mengapa tidak bangkit membantu?

Semoga Allah tidak meletakkan kita jauh.

Doakan saya teman..

*Gaza diserang lagi. Butakah kita?

*Saya selalu terfikir, takut-takut syurga nanti tertutup kerana sudah penuh dengan mereka. Tidakkah kamu takut sama?

*maaf ayar sedikit tidak teratur kerana mengejar masa. Doakan imtihan bermula 20hb ini dan tamat 31hb, insyaAllah..


No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.