Saya masih di alam remaja. Masih bertatih di dunia yang bergelojak. Dunia yang indah serba serbi. Dunia yang enak dan mempersonakan.
Mahu tahu apa bukti Allah ciptakan tempoh ini tempoh ujian?
"Antara golongan yang dijamin syurga kelak ialah pemuda-pemuda yang ketika hidupnya (berusaha) membesar dan dewasa dalam suasana beriman"
Sungguh. Menjadi pemuda yang berjiwa bersih dalam hidupan dunia hari ini amat mencekik jiwa. Perit. Pedih. Selalu sahaja mencarik hati yang cuma sampan membelah ombak ganas.
Hati ini diuji.. Kenapa rasa itu hadir dalam saat genting ini?
Saat seharusnya jiwa dipenuhi doa untuk alQuds yang meniti hari. Saat seharusnya minda sibuk menghadam setiap huruf kitab. Saat seharusnya diri laju merencana. Namun, rasa itu membuatkan semua itu berjalan dalam hambar..
Wahai Pencipta rasa dan fatrah ini, bersihkanlah..lapangkanlah.. kukuhkanlah..
Telah Engkau ciptakan kami bersama rasa itu maka, bantu kami Ya Allah agar bisa meniti hari tanpa rasa itu mengganggu..
Sungguh. Punya rasa itu bukan satu kesalahan tetapi membiarkan rasa itu mengganggu cintamu padaNya adalah satu kesalahan..
Doakan saya teman..
*dua subjek telah berlalu..subjek killer sedang menuju..huhu..
*Allah selalu menguji..sekilas wajahnya mencelarukan..
اللهم اغفر ذنبي وطهر قلبي
ReplyDeletesiapa pulak yang dah curi hati sahabat ana ni...
:)...
sir rosdi ada pesan...rawatan bg penyakit cinta ini hanya dgn menikah...tp kalau tak ada kemampuan lagi..cam kita ni laa kan...minta Allah bersihkan hati sbb kita tak nak hati kita ini dalam keadaan bermaksiat... :)
amin..
ReplyDeleteterima kasih sahabat sebab memahami dan berkongsi titipan tu..huhu
iA, doakan semoga Allah selalu bersihkan hati-hati kita. Sebab kalau hati terbantut, macam mana nak laju kan?