Monday, April 5, 2010

Kekuatan kamu cuma Allah..

keseorangan bukan alasan untuk kamu lemah

Kekuatan kamu cuma Allah. Hanya Allah.

Saya belajar meyakini itu di sini. Di bumi Urdun yang jauh dari segala kekuatan sokongan.

Sungguh. Di bumi ini saya belajar, bahawa cuma Allah penguat ruhi agar tidak jatuh futur..

Dulu, ketika saya masih di bumi wakafan MATRI, mas'ul saya, cikgu AB selalu sebut:

"Da'ie perlukan keyakinan iman yang lahir dari hubungan hatinya dengan Allah sendiri bukan kerana persekitaran cuma. Bila ramai, dia rasa kuat. Bila keseorangan, dia lemah dan futur. Kita tidak mahu melahirkan da'ie seperti …… (maaf saya tidak ingat nama haiwan itu) yang dilihat punya cengkerang yang besar tetapi itu sebenarnya hanya cengkerang dari haiwan lain yang dipinjam. Jika diangkat cengkerang itu, dia cuma kecil..Ingat, kita tidak mahu melahirkan mukmin yang cuma miliki keyakinan tumpang. Yang cuma menumpang kekuatan iman manusia lain.. "

Saat itu saya tidak merasakan kegentingannya kerana saya masih lagi dikelilingi murabbi-murabbi mithali, masih punya sahibah-sahibah penguat sokongan, masih punya bi'ah solehah yang membina dan masih lagi diperdengarkan pengisian berasaskan manhaj Rabbani yang menyuburkan hampir setiap masa.

Ya, pergi sekolah, terbentang luas lombong permata tarbiyah. Cuma perlu mengorek atau menguis sedikit untuk mengutip dan mengumpul permata-permata itu. Pulang ke rumah, pondok teduhan hujan panas itu jugalah benteng untuk saya merawat luka-luka kesan torehan jahiliyyah luar.

Lalu, setiap detik saya punya sokongan untuk kembali kepada Allah.

Namun, saat tercampak jauh di sini, apakah saya masih punya semua itu?

Sungguh. Ketika ini baru saya mengerti akan betapa pentingnya misalan yang pernah dikongsi cikgu AB.

Ya, kekuatan dalaman yang lahir dari keyakinan ketauhidan kita pada Allah yang bisa menyelamatkan kita dari futur. Bukan dari luar..

Sungguh. Di sini saya belajar untuk berhenti berharap kepada manusia.Saya belajar untuk berhenti berharap dari sokongan luar. Saya belajar untuk mengharap hanya dari atas, terus ke dalam jiwa..dan terbit dari dalam jiwa sendiri.

Benar. Cuma Dia kekuatan kita. Bukankah Dia yang menciptakan kita? Bukankah Dia penyusun atur kehidupan kita?

Lantas, mengapa tidak Dia sahaja kita pinta kekuatan?

Dulu, jika rasa hati lemah, ramai doktor-doktor yang bisa memberi ubatan. Ijtima'am dan halaqah yang hampir saban hari kadang-kadang sampai jarang dihargai. Bicara hikmah cikgu AB, sir N, pc RB dan murabbi-murabbi lain selalu sahaja menyentak hati untuk bangkit bekerja.

Tetapi di sini, apakah ada manusia-manusia seperti itu?

Sungguh. Kekuatan kamu cuma Allah.

Tidak kira kamu di mana, kamu punya Allah yang selalu mengerti tiap gerak kerja dan bisikan hati kamu.

Meski kamu duduk dalam lingkungan manusia mukmin, yang menguatkan kamu Allah. Meski kamu duduk dalam lingkungan manusia hanyut, yang menguatkan kamu juga Allah..Bukan mereka yang menguatkan atau melemahkan kamu. Tetapi hubungan hati kamu dengan Allah lah yang menghasilkan sokongan itu..

Allah selalu bersama, hanya kita tidak sedar dan selalunya buat-buat tidak sedar.

Sungguh. Allah tidak pernah minta lebih. Hanya sekadar kewajipan ke atas kita untuk mentauhidkan keyakinan itu dalam seluruh aspek kehidupan. Dan itulah sumber kekuatan kita..Kekuatan seorang mukim yang tidak ada pada yang lain jika dia tidak bergelar mukmin..

Ingat teman, kekuatan kamu cuma Allah..

Doakan saya sahabat..

*letih apabila hidup kita atur sendiri. Letih saat menjalani hari-hari tanpa pengaduan dan kebergantungan harap pada Allah semata..Lalu, mengapa tidak kamu pulang padaNya?

*Hari ini saya diuji dengan doa yang sering dititip, "Jadikan aku hambaMu yang bersih.." Lantas Dia menguji untuk pulang bergantung harap sepenuhnya pada Allah..


4 comments:

  1. memang ianya terasa dibumi Anbiya..bersyukur dicampakkan ke sini..semoga kebergantungan dengaNya tiap masa akan sentiasa menyusuli kita tiap masa..

    ReplyDelete
  2. iA sahabat..semoga Allah selalu bersama dalam setiap langkah agar kita bisa menjadi hambaNya yang tahu erti sebenar mentauhidkan Dia..

    Doakan ana ya..

    ReplyDelete
  3. salam ukhti...
    ana hadiahkan nasyid Maher Zain 'Always be there' pada anti...harapan itu sentiasa ada kerana Allah tak pernah tak de

    ReplyDelete
  4. wlkslm..
    syukran katsira saudara seakidah..
    Benar, harapan selalu ada kerana Allah tidak pernah tiada..

    Semoga Allah selalu menguatkan..

    ReplyDelete

mohon pandangan.