Saturday, December 31, 2011

Farewell 2011

farewell 2011 and here comes 2012.
sepanjang setahun, selepas tapisan segala,
agak-agak banyak mana mahar yang boleh ditunjukkan pada Allah ya?

My wish list for the coming new year.

Untuk Amanah.

Saya punya satu doa dan cita-cita. Tidak banyak. Hanya satu.

Semoga seluruh rakyat PERMAI, setiap satunya dapat merasai kenikmatan berada dalam sistem usrah dan proses tarbiyah.

Semoga setiap jiwa 1200+nyang ada di bumi Irbid ini, berpeluang merasai manisnya berada dalam lingkungan untuk berusaha menjadi muslim mukmin yang terbaik. Sentiasa rasa ada sokongan dan dihargai apabila ingin berubah kepada kebaikan. Sentiasa rasa ada teman untuk menguatkan.

Paling minimum yang membahagiakan, apabila mengimaginasikan, saat graduan pulang ke Malaysia, dan berkata, "aku merindui usrah PINTAR dan sahabat-sahabat di bumi sana..".

Malah kebahagiaan berganda, jika ada jiwa yang merasa nikmat dan berusaha mewujudkan suasana itu kembali saat tercampak kontang keseorangan.

Dan cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa usaha yang berterusan dan jiddiyah yang serius bagi memastikan perjalanan PINTAR berjalan secara maksimum.

Sungguh. Bukan amanah yang ringan.

Pernah terfikir, jika tiba saat bertemu Allah nanti, tiba-tiba ada yang bangun mempertikaikan bahawa semasa dia menjadi mahasiswa, tidak ada yang bersungguh menarik dia keluar dari jahiliyyah sedangkan saya yang sedang memikul beban itu hari ini. Apa yang dapat saya beri jawapan kepada Allah?

T_T. boleh ke nak cakap macam tu pada semua nuqaba'?

Untuk Diri Sendiri?

Banyak. Segan nak kongsi. =)

Apa-apa pun semoga Allah sentiasa menguatkan langkah dan tidak pernah meninggalkan walau sekelip mata atau masa yang lebih pendek dari itu.

Masih terlalu jauh dari memenuhi syuruth-syuruth tarbiyah dalam keperibadian. Apatah lagi menjadi contoh yang baik.

Benar-benar sangat memahami kini betapa terlalu pentingnya untuk kita serahkan kehidupan kita kepada Allah. Serah secara total untuk disusun atur tanpa ada campur tangan nafsu dan dunia. Saat itu kita akan merasakan betapa tersusun dan tenteramnya hidup, semua berjalan elok dan rapi.

Kuncinya hanya satu: Kuatkan HDA, nescaya semua urusan dunia menjadi nyaman.

Teringat ada adik-adik pernah bertanya ketika mereka datang bertandang dan sembang-sembang di rumah,

"macam mana ya kaka hasna' susun waktu baca buku pelajaran, baca buku seerah da baca buku fikrah dalam seminggu tu?".

Diam. Kerana soalan itu ditanya ketika saat hidup kurang teratur dan beberapa waktu berlalu tanpa bacaan berat.

"serius akak mengaku, jaga hubungan dengan Allah sungguh-sungguh. insya-Allah, Allah akan menjaga kita dan takkan biarkan saat-saat kita terbuang sia-sia. Bila kita bersungguh dengan Allah, ada sahaja peruntukan waktu untuk kita tadabbur semua itu..rasa hidup tersusun. Tapi bila kita lali dengan Allah, memang rasa tak sempat. Tak ingat buat apa dalam sehari-hari dan rasa terbuang.."

Azam tahun baru, menjaga waktu dari terbuang dengan perkara yang tidak bermanfaat untuk iman dan Islam. insyaAllah.

Penilaian terhadap HDA: Qiyammuail.

Dari Ishaq: "Aku mendengar dari Fudhail r.a. berkata: Apabila kamu TIDAK MAMPU melakukan solat malam dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa kamu adalah orang yang terhalang dari nikmat Allah dan terbelenggu oleh kemaksiatan kamu".

Sungguh. Jika terlepas 3 hari tanpa Allah kejut, rasa pedih yang menyusuk. Apatah lagi jika dalam satu tempoh itu, Allah kejut tetapi terlelap kembali, sedar-sedar sedang azan atau selesai azan.

Saat itu memang kena muhasabah kembali, apakah hidup sehari-hari, jiwanya total diserahkan kepada Allah atau masih terikat dengan gari karat jahiliyyah dan dunia.

T_T.

Azam tahun baru, maksimakan cinta Allah sebab takut jika tiba saat peluang untuk manusia dibuka, maka cinta Allah tidak pernah berkurang. insyaAllah.

Penutup: 21 tahun. Masih Setia Menjadi Pinggiran.

Al Fateh, saat diangkat menjadi sultan berusia 19 tahun dan membuka Konstatinople saat berusia 21 tahun.

Saya?

Ciri-ciri bonda alFateh pun belum ada. Semoga Allah kuatkan insya-Allah.


Nota kaki:

-sepanjang tahun 2011 ini, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dan mendidik. Memang kita hamba, tidak pernah terfikir cantiknya aturan Allah.

-lagi nak exams, lagi rajin jalan-jalan ziarah rumah orang, lagi rajin nak masak, dll. Haih. Sila fokus ya.

-rindu bonda, abang, kakak dan adik.

5 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Amin... insya allah, semoga segala-galanya dipermudahkan buat kamu & thanks untuk kata-kata nasihat ni:-

    "jaga hubungan dengan Allah sungguh-sungguh. insya-Allah, Allah akan menjaga kita dan takkan biarkan saat-saat kita terbuang sia-sia. Bila kita bersungguh dengan Allah, ada sahaja peruntukan waktu untuk kita tadabbur semua itu..rasa hidup tersusun. Tapi bila kita lali dengan Allah, memang rasa tak sempat. Tak ingat buat apa dalam sehari-hari dan rasa terbuang.."

    ReplyDelete
  2. akak,tibe2 penulisan akak hampir2 membuatkan air mata menitis
    nak pasang azam sama dengan kak hasna' juga
    jaga HDA mantap2

    fokus exam akak .untuk saya juga :)

    ReplyDelete
  3. naxerul: iAllah..smga Allah jga mmpermudahkan urusan awak. Allah ma3ak iAllah..

    ali:
    jom kita sama2 saling mnguatkan iAllah.
    fokus exams jom..! ^^.

    ReplyDelete
  4. akak sangat kagum dgn awak. dan azam awak ini buat akk makin kagum. tatkala tahun akhir ini dijalani kadang2x akk rase msa utk baca buku lain terhad di hjung mggu. sedih rase pun ade. nmpknyer formula hasna' ttg tgkatkn HDA perlu dipraktikkan agar msa yang dilalui xterbiar begitu sahaja.

    2011- pgalaman yg ckup manis bila Allah jodohkan utk kita bertemu. dan seterusnye mgutip mutiara mutiara ilmu dr awak. terasa di DF oleh awak. tq atas setiap pencerahan yg awak berikan kpd akak. marilah berganding bahu agar setiap jiwa di bumi Irbid dpt manisnya tatkala berusaha menjadi Muslim & mukmin sejati. =)

    ReplyDelete
  5. subhanAllah, sgala puji slayaknya utk Allah yg mmiliki hati dn jiwa kita.

    betul. Jom sama2 kita tingkatkn HDA. iAllah Allah akan sntiasa brsama dlm stiap gerak langkah kita..

    2011 jga adalah tahun yg paling mmbahagiakan krna diberi keizinan oleh Allah utk mngenali akak. serius hasna' belajar bnyak dri akak.

    smga Allah sntiasa mnjaga akak dn hasna' dgn kasih dn cintaNya..iAllah. ^^.uhibbuki fillah..*love*

    ReplyDelete

mohon pandangan.