"Manusia ada zaman turun dan naik dia. Kalau tak ada masa turun, dia tak akan menghargai kenikmatan yang Allah bagi ketika dia naik"
Saya bilang itu pada sahabat baik-akrab-rapat ketika dia mengadu bahawa jiwanya tidak seperti dulu.
"jiwa aku lain ar sekarang ni. Goyah"
"ana tak hebat macam nti" tambah teman lagi.
Saya sempat bercanda,"tu la, sapa suruh duduk dekat negara musim tengkujuh, kan asyik goyah ^_^"
Dia ketawa di hujung sana. "pandaila ang"
Sungguh. Hati ini diserang pilu. Teringat ketika saya mengajukan pertanyaan tentang khabar DnT di U** pada teman selepas bertanya khabar panjang lebar. (soalan yang suka saya tanya untuk mengetahui perkembangan DnT di IPT-IPT)
"soalan seram tu..ana dah tak kuat dalam DnT.."
Saya jadi kelu. Namun lantas saya memujuk hati, bahawa itu lumrah kehidupan muslim. Turun dan naik. Tenggelam dan timbul. Kerana pertarungan kita dengan nafsu dan syaitan. Bukan dengan raksasa atau perompak yang nampak!
Namun ketahuilah, fitrah kita yang jatuh itu, jangan dimanipulasikan untuk tenggelam terus. Memang godaan nafsu yang menghimpit bersama dorongan dunia yang menarik, tetapi ingat, kita ada pengakhiran.
Dan pengakhiran kita akan mudah apabila kita berada dalam kafilah dagang ini. Kafilah Tarbiyah dan Dakwah yang diterajui oleh Rasulullah s.a.w..
Ingat teman, tanggungjawab membina itu ada pada setiap bahu manusia yang mengaku dirinya muslim. Ya, membina diri sendiri dalam masa yang sama membina manusia-manusia di sekeliling.
Kerana itu setiap daripada individu-individu yang bersama dalam kafilah ini perlu memproses dirinya agar benar-benar faham dan memulakan langkahnya dengan Noktah Bidayah yang Shohih (titik permulaan yang benar).
2 soalan yang selalu saya tanya pada diri:
1)mengapa awak memilih jalan ini?
2)mengapa awak pilih untuk 'lakukan' ini?
NB yang jelas, iaitu:
1)jangan sesekali ada kepentingan lain selain redha Allah, maghfirafNya dan jannahNya.
2)dalam melaksanakan amal Ilsami, hati mesti sama tunduk pada syara'.
3)mesti faham dan sedar akan Qadiyah Islamiyah (permasalahan ummat Islam) dan kegentingannya pada hari ini.
4)setiap penggantungan dan pengharapan cuma datang dari Allah. Ya, ketauhidan dalam pengharapan. Pinta setiap kekuatan cuma dari Allah.
insyaAllah,bilamana kita sudah memaku semua itu, kita akan yakin bahawa tidak ada jalan lain melainkan jalan ini untuk kita kembali pada Allah.
Dalam masa yang sama, kita perlukan Ru'yatul Wadheehah (pandangan yang jelas).
Semua elemen-elemen itu penting untuk kita adun sebagai kekuatan bekal perjalanan yang jauh dan payah.
Sungguh. Saya menulis ini untuk saya sebenarnya. Agar selalu sedar bahawa saya punya tanggungjawab yang besar di Malaysia nanti. Dan ingat, bukan saya seorang cuma, tetapi termasuk anda dan kalian. Tanggungjawab kita bersama sebenarnya.
Benar. Bukan mudah. Bukan sedikit kesabaran yang diperah. Bukan sedikit kepedihan yang ditanggung dalam melayan karenah manusia. Bukan sedikit toleransi yang perlu dibayar untuk menambat. Bukan sedikit jiwa dan perasaan yang dikorbankan semata untuk memahami dan mengalah. Dan bukan sedikit kekerasan yang perlu kerah bagi mendidik hati yang juga punya tempoh turun dan naiknya.
TETAPI, APABILA KITA SUDAH MENGHADAM 4 KEKUATAN ITU, KITA CUMA NAMPAK ALLAH DALAM SETIAP JALAN. YA. KERANA DIA SUMBER SOKONGAN UNTUK KITA BERPAUT.
Saya ingat ketika di akhir slot semasa kem kepimpinan sekolah-sekolah pendidikan swasta (MATRI + SMIK + SMSKL) di Wang Mu pada tahun 2007, saya pernah berkongsi dengan peserta-peserta.
"Masyarakat perlukan kita. Mereka dalam kelemasan di lautan luas. Dan Allah izin kita punya kesedaran yang merupakan kapal yang membantu kita untuk tidak tenggelam. Mereka berhajat dan menanti tangan-tangan kita untuk menarik mereka. Tetapi jangan pula kita yang terjun ke dalam lautan untuk bersama lemas dengan mereka"
Susunan ayat yang sedikit lain dengan yang sebenar.
Sungguh. Semoga Allah tidak menolak kita setelah diberikan kita kenikmatan terbesar..Na'uzubillah minzalik..
Doakan saya teman..
*insyaAllah, 7-8 Mei ini, sahibah-sahibah Jordan akan berkumpul dalam program mUCA'10 iaitu Muhasabah Cinta. Mereka akan berkampung di Irbid buat masa itu. Doakan semoga berjalan lancar.
*sedang bersabar menuntun tangan teman yang ego untuk diproses. Masalahnya, dia cemburu dengan saya! adeih…Ingat teman, ego membina dinding untuk ditarbiyah..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.