Saturday, May 22, 2010

Nota 2: Urgensi Tarbiyah



Urgensi Tarbiyah


Tarbiyah merupakan satu proses sepanjang hayat. Tarbiyah merupakan proses pembentukan diri dalam rangka untuk menjadi hamba yang dikehendaki Allah, untuk mencapai redho Allah.

Melalui proses tarbiyah yang dilakukan oleh Rasullullah SAW yang bermula di Makkah (dilakukan secara sirran di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam) melahirkan rijal-rijal yang hebat dalam menegakkan Islam dia atas muka bumiNya.

Tarbiyah menjadikan seseorang itu hidup atas nilai-nilai yang digariskan Allah dan tidak goyah meredah arus kejahilan, malah seseorang yang melalui proses tarbiyah akan merasa lebih sedar untuk mengubah masyarakat sekelilingnya. Dan tarbiyah merupakan pemangkin seseorang untuk terus tsabat atas jalan dakwah.

Insan yang melalui proses tarbiyah merupakan insan yang istimewa. Tarbiyah itu merupakan pendidikan. Mendidik jiwa-jiwa untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Dan melalui jiwa yang terdidik ini, mereka akan terus melangkah kehadapan. Lihat sahaja bagaimana proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasullullah SAW , menjadikan Arab Jahiliyah yang berada dalam kegelapan, kehinaan, kelemahan dan perpecahan berubah dengan izin Allah menjadi masyarakat yang berilmu, izzah, kuat dan umat yang bersatu padu. MasyaAllah!

Selain itu, tarbiyah menjadikan seseorang itu tahu akan tujuan atau matlamat kehidupannya. Menjadi 'abid kepada Sang Pencipta dan khalifah meminpin masyarakat kearah kebenaran. Matlamat seseorang yang melalui proses tarbiyah akan menjadi jelas dan jauh. Mencapai redho Allah dan mencari syurga Allah.

Sejauh mana urgersi nya tarbiyah??

Tarbiyah adalah sangat proses yang sangat penting, seperti kata-kata Mustafa Masyhur: Tarbiyah bukanlah segalanya tapi segalanya bermula dengan tarbiyah.

22 mei 2010

'Adnin Binti Ibrahim.

Hehe..peserta pertama menghantar assignment mUCA'10. Sengaja saya kongsikan di sini bagi menggantikan nota saya berkenaan penyampaian ke2 Abu Amir iaitu 'Urgensi Tarbiyah'. Er..kira adil tak?

Kepada peserta yang lain, jangan lupa due date 24hb Mei ni ya ^_^

Buat sahabat-sahabat lain, semoga kalian mendapat manfaat!

*tentang post berkenaan ibrah jelajah edisi ke2, mungkin saya akan tulis semasa di Malaysia..harap bersabar ya (eh, ada orang tunggu ka? Macam tak da ja..^_^)

*apa-apapun, focus! Tinggal tak sampai lagi 2 minggu ja, saya akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Semoga Allah mudahkan..sudah selesai meng'list'kan perancangan panjang. insyaAllah, misi utama, membina hubungan keluarga dengan sahabat-sahabat Jordan..ziarah rumah ke rumah! Dah, dah..study-study..


Mereka di sana, berjuang dengan darah..kita pantas turut sama, berjuang berkongsi kesedaran..sehingga kita sama-sama bisa bangun melawan..insyaAllah. Masa depan milik Islam.

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.