Wednesday, May 26, 2010

Muslim mukmin itu merdeka..

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Posted by lifeline4gaza on 25 May 2010


Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.


SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUUAKBAR..

Sungguh. Islam itu fitrah. Tidak akan menerimanya hanya manusia-manusia yang membina tembok ego dan bongkak yang tinggi dalam hatinya.

Ibrah dari penjara terbesar dunia, Gaza ini pun sudah cukup bisa membuatkan kita berfikir dalam.

Apakah manusia itu bisa bertahan dengan siksaan, dipulau masyarakat antarabangsa, dikhianati bangsa sendiri, diancam kebuluran, dibunuh setiap hari, dijadikan kawasan cubaan teknologi membunuh, dirosakkan tanah dan tanaman sehingga habis bekalan makanan, dilancarkan serangan mental yang menekan, diambil hak-hak kemanusiaan sehingga mereka dihina seperti haiwan ternakan malah lebih rendah daripada itu lagi dan jutaan lagi penderitaan yang sengaja dicipta untuk menghapuskan mereka.

Namun, apakah natijah yang semakin jelas kita lihat setelah pelbagai ancaman dan kejahatan dilaksanakan? Mereka bangkit melawan dengan penuh kemuliaan. Mereka bangun dengan kekuatan yang mustahil ada pada manusia biasa jika dia tidak menyakini sesuatu yang Maha Dahsyat. Mereka mempertahankan maruah tanpa rasa takut dan mengalah seolah-olah mereka didokong oleh kuasa besar yang paling besar di dunia ini melebihi besarnya keangkuhan Amerika dan kebongkakkan Yahudi laknatullah.

Anehkan. Tanah yang cuma sejemput malah dipagari tinggi tembok batu yang ampuh. Disekat dengan pelbagai sekatan. Nmaun bisa berdiri tegak tanpa tertunduk walaupun sedikit pada dunia yang dilihat cuma sampah yang direbut-rebutkan.

Tidaklah ada kekuatan semua itu melainkan datang sebelumnya keyakinan yang sepenuhnya kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi. Tidaklah adanya kekuatan itu melainkan setelah kita yakin bahawa Allah pencipta dan penguasa diri kita dan dan mereka, musuh-musuh yang bakal didepani.

Sungguh. Mereka mengulangi seerah.

Kalian pernah tentang kehebatan generasi alQur'an yang unik cetakan Rasulullah, bukan?

Saya cuma mahu berkongsi 2 kisah dari jutaan ibrah yang bisa dikutip.

  1. Kisah perang Mu'tah. Peperangan yang berpunca daripada pembunuhan ke atas alHarith ibn Umair al'Azdi, utusan Rasulullah s.a.w. kepada Raja Basra.

    Seperti yang kita tahu, Fiqh Dakwah Rasulullah s.a.w. bermula dengan penghataran utusan untuk mengajak pemerintah-pemerintah menerima Islam dan membenarkan Islam disebarkan dalam masyarakat. Jika pemerintah tidak mahu menerimanya, tetap perlu membenarkan Islam disampaikan dan wajib membayar jizyah. Namun jika kedua-dua jalan itu tidak dipilih, dan diambil jalan penentangan, maka kita wajib melawan. Bukan kerana kuasa tetapi kerana kebongkakkan mereka yang menghalang rakyat untuk menerima Islam.

    Tentera kaum muslimeen berjaya dikumpul sebanyak 3 ribu orang. Sebelum bertolak, Rasulullah s.a.w. berkata:"Amir kamu adalah Zaid b. Haritsah. Jika Zaid gugur maka Ja'afar menggantikannya. Jika Ja'afar gugur, 'Abdullah ibn Rawahah menggantikannya. Jika 'Abdullah gugur, maka hendaklah kamu pilih orang yang kamu suka menjadi ketua kamu.".

    Rasulullah s.a.w. juga berpesan kepada tentera muslimeen agar menyeru penduduk Mu'tah kepada Islam tetapi jika mereka menolak, maka pohonlah ampun dari Allah dan perangilah mereka.

    Maka tentera Islam pun bergerak ke Karak (nama Bandar di Jordan) dan tentera musuh yang mendapat tahu hal keberangkatan mereka telah mengumpulkan bala tentera yang ramai.

    Hiraqla (Hercules) menhantar 100 ribu tenteranya yang terdiri daripada orang Rome dan Sharhabil (orang arab) sendiri menyediakan 100 ribu tentera dari qabilah Lukham, Juzam, alQain dan Bahra. Semuanya berjumlah 200 ribu!

    Saat mendengar doktorah Sameerah Thohir bercerita, saya merasakan suhu sekeliling seram sejuk dan hati diserang sebak. Jika diikut logik akal manusia yang cetek, relevankah 3 ribu menentang 200 ribu orang tentera? Mustahil dan kerja gila barangkali yang difikirkan manusia biasa.

    Namun, itulah hasil didikan iman selama 13 tahun di Mekah dan disambung di Madinah alMunawwarah. Keyakinan pada Allah yang mersauk dlaam urat nadi sehingga melahirkan manusia ajaib luar biasa. Manusia yang meletakkan dunia hanya kecil kerana dia nampak akhirat kekal yang luas dan semua itu melahirkan masyarakat yang punya hati dan jiwa yang besar, yang tidak pantas duduk menghambakan diri rendah, takut pada manusia yang sama diciptakan seperti dia.

    Dan seperti yang kita sedia maklum, tentera muslimeen peroleh kemenangan dengan izin Allah..

  2. Kisah Rib'i bin Amir dengan Rustam. (saya tak berapa nak ingat kisah ini secara terperinci..) Rib'i yang dihantar Rasulullah s.a.w. kepada Rustam, wakil kerajaan Rom (Rom ke Parsi?) di tanah arab.

Untuk masuk ke dalam khemah Ruustam, seseorang itu perlu melalui pintu kecil yang rendah, bertujuan agar sesiapa yang masuk perlu menundukkan kepala kepada Rustam yang duduk di singgahsananya. Rib'i yang tahu tujuan pintu itu dicipta rendah, sengaja memalingkan tubuhnya dan memasuki secara terbalik. Rustam terkejut bila melihat Rib'i menghalakan belakangnya kepada dia yang terkenal dengan bongkak dan sombong itu.

Sekali lagi Rib'i dengan tidak rasa gentar apabila berdepan seorang diri dengan ketua angkatan musuh yang dikenali sebagai seorang yang bongkak dan zalim, sengaja bertanya kepada pengawal-pengawal yang berdiri di belakang Rustam. "Adakah kamu Rustam?". Seorang demi seorang ditanya dan jawapannya tidak sambil pengawal-pengawal berwajah pucat. Rustam yang duduk di singgahsana menahan geram dan akhirnya bersuara deras penuh bongkak, "aku Rustam".

Penuh selamba kerana yakin pada kuasa yang lebih Maha Dhasyat dari Rustam, Rib'i menjawab, "Oh, kamu Rustam. Mengapa dikatakan kamu hebat sedangkan kamu memerlukan pengawal yang menjaga kamu?" Kata-kata itu membuatkan Rustam terdiam. Dan seterusnya berlakulah dialog antara Rib'i dan Rustam. Saya tidak dapat berkongsi panjang kerana tidak dapat mengingati kisah ajaib ini secara terperinci.

Namun apa yang ingin ditekankan adalah fitrah Islam dan keyakinan pada Allah melahirkan jiwa manusia yang merdeka. (alAn'aam:82) Masakan bisa seorang tentera biasa yang cuma utusan kecil, menghadap pembesar Kaisar yang hebat tanpa rasa takut? Melainkan semua itu datang setelah dia sedar bahawa yang bisa melukakan dan memudharatkan dia hanya Allah, pemilik dia dan musuh di hadapannya itu..

Lalu teman, jiwa muslim itu harus selalu merdeka. Bebas dari sempitnya cengkaman manusia kepada luasnya 'ubudiah dan ketaatan kepada Allah.

Bebaskan diri kita dari ketakutan dan penghambaan selain dari Allah kerana itu tujuan penciptaan kita.

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk ber'ubudiyah kepadaKu"

Ingat, apabila setiap saat kita meletakkan Allah sebagai penguasa jiwa, maka kita adalah manusia merdeka..

Doakan saya teman..

*melihat dunia membuatkan saya terfikir akan hebatnya muslim bila dia menjadi mukmin muttaqi..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.