Tadi baru pulang dari rumah Haba, senior arab tahun 3 yang sangat baik. Saya cuma sekelas dengannya dalam muhadharah Qawaid Lughawiyah fi Usul Fiqh 1 pada sem 1 yang lalu. Tetapi keprihatinannya terhadap pembelajaran saya sangat mengharukan.
Memandangkan Haba tidak mengambil qawaid 2, dia berusaha mencari kawan yang mengambil subjek ini dan bersungguh memintanya membantu saya. Selesai itu, dia tetap tidak berpuas hati. Kiranya tidak dapat membantu banyak. Diminta pulak kholahnya (makcik sebelah ibu) datang ke jami'ah semata untuk mengajar saya.
Memandangkan pembelajaran tidak dapat selesai dalam cuma 1 hari, mak cik Ibtisam (kholah Ibtisam) berusaha mencari waktu untuk saya bertandang ke rumah mereka di Baheerah, lajak beberapa km dari balad.
Dan akhirnya, hari ini dipersutujui. Maka kelas bermulalah dari pagi hingga jam 2 petang tadi. Hampir-hampir otak saya tepu dengan qawaid yang unik dan luas. Mak cik Ibtisam terpaksa mempercepatkan kelas memandangkan mata saya sudah hampir tertutup lantaran kepala berat dengan bahasa Arab. Hehe.. Kami asyik ketawa kerana tidak tahan menahan lucu.
Sebenarnya, saya kira qawaid 2 ini adalah subjek yang paling banyak tutor yang saya miliki. ^_^ Rata-rata pelajar arab yang saya kenal akan berusaha keras membantu dalam subjek ini kerana hanya saya satu-satunya pelajar tahun 1 yang berani mengambil madah ini. Pelajar arab sendiri mengambilnya pada tahun 3 dan 4.
Dan Alhamdulillah, semua itu adalah kenikmatan yang tidak mungkin saya lupakan.
Teringat Ala', senior tahun 3 yang duduk sebaris dengan saya di dalam kelas, selalu berusaha menerangkan setiap syarah doktor. Sanggup berlapar untuk pulang lewat menikmati ghidaa' (lunch) kerana mahu mengajar saya qawaid. Ala' yang penyabar melayan soalan saya yang macam-macam. Saya terfikir, kalau la abang saya mahir bertutur dalam bahasa arab, mahu saja saya mengambilnya menjadi kakak ipar..huhu ^_^ (tapi, tak padan..Ala' seorang yang cantik dan lemah lembut, abang saya? hohoho..)
Teringat Sofaa', senior tahun 4 yang duduk di sebelah saya setiap kali muhadharah. Tidak mahir bertutur dalam fushah tetapi membantu saya dengan memimjamkan nota qawaidnya. Buat pengetahuan kalian, kelas qawaid 2 saya sedikit unik kerana tidak mempunyai buku, apa yang kami ada cuma syarah doktor yang perlu disalin semuanya. Dan Sofaa' berjaya menyalin kesemuanya tanpa tertinggal sedikitpun. Ada sahaja dalam notanya ayat doktor Zainuddin, "saya memberi kamu contoh…"
Teringat Wa'ad, senior arab tahun 3 yang bersama saya dan Haba dalam kelas qawaid 1. Setiap kali selisih di lorong-lorong kuliah, pasti akan menyoal, "kaifa qawaid?". Lucu, dia sanggup memarahi sahabatnya kerana menerangkan pada saya qawaid dalam bentuk yang saya tidak dapat memahaminya. Sungguh-sungguh, dia meminta kawannya untuk ulang semula dari awal. Saya yang sudah faham bahagian awal itu, cuma diam.
Pelbagai kisah sebenarnya jika mahu dicoretkan di sini. Tetapi cukuplah semua itu tersimpan baik dalam memori dan membuatkan saya lebih mengerti bahawa setiap mukmin itu bersaudara.
Pernah berbual dengan sahabat tentang kenaikan tahun yang akan datang. "sem depan dah naik tahun 2 dah..".hu… "tak bestnya…" "a'a..sebab tahun yang paling diberi perhatian cuma tahun 1 dengan khirij (tahun 4) ja.." T_T
Tahun satu adalah tahun yang paling menggembirakan saya kira. Dira'I dan menjadi tumpuan selalu. Ayat pun berbunyi comel. "sanatil Ulaa..". Dan pasti akan dijawab, "anti sanfuurah!" yang bermaksud junior atau sebenarnya seperti baby, bak kata kakak-kakak senior.
Sedar tak sedar, sudah hampir setahun saya bergelar mahasisiwa (walaupun tak ada pun gelaran tu di sini..) Jordan. Teringat pesanan sheikh Ibrahim semasa berjumpa dengan murabbi-murabbi MATRI buat kali terakhir sebelum berangkat, "kamu perlu ada perancangan sepanjang duduk di sana seperti mahu fasih bertutur bahasa arab, mahu menulis bahasa arab dengan baik, mahu mendalami budaya arab dengan baik dll. Senaraikan sebelum tiba di sana, selepas 3 bulan, selepas setahun, lihat balik perancangan kamu, telah berjaya atau tidak dilaksanakan.."
(ayat yang lebih santai..ini macam guna skrip pulak.)
Dan itu membuatkan saya terfikir. Apakah saya sudah betul-betul menyelesaikan perancangan saya? Apakah perbelanjaan mak sebanyak +30 000 hanya untuk 10 bulan saya di bumi anbiya' ini telah terbayar? Apakah akan saya sia-siakan lagi puluhan ribu yang akan datang?
Berfikir. Dan teruskan mengkoreksi dirimu, Hasna'..
*maaf jika post ini samar-samar maksudnya. Saya pun tidak pasti mahu cerita apa. Sekadar mahu mengajak diri untuk muhasabah kembali sebelum lagi 7 hari saya akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia, menatap bonda yang setia mendoakan..
*masih terus mujahadah melawan dunia yang hampir menguasai jiwa. Ya Allah jangan biarkan aku terus jatuh..aku tidak mahu menjadi remaja biasa.
*tembakkan doa kita untuk mereka di sana. Semoga mereka tiba dengan sejahtera..bersama semangat untuk Gaza agar bisa terus dibangunkan dan dapat bangkit semula melawan yahudi durjana.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.