sampai kapan kita mahu terus bermimpi indah?
Terus tembakkan doa kita buat saudara-saudara kita yang menjadi wakil LifeLine4Gaza. Isreal terus mengancam namun kita punya Allah yang Maha dahsyat kuasaNya melebihi segala ancaman.
Lebar luaskan berita. Sebarkan agar semua muslim menjadi saudara yang prihatin. Cukuplah sudah mimpi enak yang panjang. Kita tidak selamanya bisa hidup dan PASTI akan menemui Tuhan yang sama dengan Tuhan mereka. Kita pasti akan dikumpulkan di padang Mahsyar yang sama.
Tegarkah kita untuk terus membuta?
Antara media-media yang menyediakan maklumat kemas-kini:
sahabat alAqsa
Gazafreedom
twitterLL4G
lifeline4Gaza
peta kedudukan kafilah
Ingat, mereka sudah cukup banyak berkorban untuk kita. Muslim di Gaza menjadi benteng akidah kita. Kita cuma perlu berdoa untuk kekuatan. Relawan-relawan di atas kapal membelah bahaya semata menyampaiakn amanah. Kita cuma perlu terus menyumbang.
Ada orang bertanya,"Kenapa kita perlu bersusah payah. Kan Allah dah janjikan kemenangan untuk Islam.."
Jawapan saya mudah. "Ya. Janji Allah itu pasti. Dan kita tahu bahawa Islam akan menguasai semula. Persoalan sebenarnya adalah untuk kita. KITA MAHU SYURGA ALLAH ATAU TIDAK?.. Jika tidak mahu, teruskan dengan diam anda. Tetapi jika anda mahu, perlu bersama kafilah ini kerana itu janji Allah untuk memberi kemenangan.
Kita ada atau tidak, Islam tetap akan menang. Cuma, SIAPAKAH YANG RUGI?"
"barangsiapa yang tidak pernah memkirkan urusan saudara muslim yang lain, maka dia bukan dari ummatku"
Semoga Allah tidak menolak kita tepi..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.