Thursday, May 6, 2010
Lifeline4Gaza..apakah jawapan kita?
Kita mengaku saudara mereka.
Kita mengaku mentauhidkan Illah yang sama dengan mereka.
Kita mengaku berhajatkan syurga yang sama dengan mereka.
Kita mengaku cintakan Islam seperti mereka.
Namun..apakah buktinya?
Mereka terhimpit dalam mengakkan yang hak. Apakah kita sama menghimpit mereka? Apakah kita sama bisu memandang?
Ingat, apakah jawapan kita ketika di muka pengadilan Allah nanti.
Jika diikut dari hukum fiqh yang sebenar. Tidak layak untuk tabung kita penuh dengan wang jika ada saudara yang terpenjara.
KITA WAJIB MEMBEBASKAN MESKI SEORANG CUMA YANG TERPENJARA.
KITA WAJIB MEMBEBASKAN MESKI SAKU KONTANG DENGAN DUNIA.
Namun, apakah kita sedar bahawa sudah +-1 juta saudara kita terpenjara di dlaam penjara terbesar dunia? Itu tidak termasuk bilangan yang meningkat ratusan ribu di penjara sebenar di bumi Palestin sana.
Lalu, apa tunggu lagi?
Sumbangkan 10jd anda ke tabung Lifeline4Gaza bagi wakil kawasan Irbid. Jika anda dari mantiqah lain, bukan bermakna anda terkecuali.
Sumbangkan kepada wakil-wakil Lifeline4Gaza di masa sahaja anda berada. Di Malaysia, UK, Indonesia, Russia, Mesir, Ireland, German atau di mana-mana atas bumi Allah ini.
Ingatlah, pengakhiran kita sama, dan mereka akan kita temui nanti di hari penghitungan. Apakah kita tidak malu untuk mersemuka dengan mereka yang diabaikan semasa di dunia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.