Friday, May 14, 2010

Nota 1:menjadi Hamba Rabbani..



Kebelakangan ini hari-hari saya dipenuhi di maktabah. Sengaja memilih untuk berada dalam aura belajar. Mengambil semangat manusia-manusia tekun di sekeliling walaupun akan diperuntukkan juga masa untuk terlelap.^_^ Bila baca kitab bahasa arab lama-lama ni, bab yang tak faham tu memang menguji sungguh.

Saya teringat janji untuk berkongsi dengan kalian akan pengisian mUCA'10 kami yang lalu.^_^ minta maaf ya terlewat.. insyaAllah akan saya cuba penuhinya sebahagian buat kali ini. Tapi sebelum tu, biar saya maklumkan dulu bahawa nota catatan saya dalam bentuk peta minda, lalu saya menulis dalam bentuk point, boleh?

Slot 1: menjadi Hamba Rabbani.

Tajuk ini saya pilih kerana kefahaman menjadi hamba Rabbani adalah asas seorang manusia atau khususnya seorang muslim.

Manjadi hamba Rabbani adalah jawapan kepada persoalan dari mana kita datang dan untuk apa kita didatangkan dan ke mana kita akan pergi..

Selaku hamba, proses mengenal Allah menjadi satu URGENSI! agar menghasilkan hamba yang tidak lupa pada Allah.

Kita mesti sedar bahawa Allah tahu segala. Allah selaku alKhaliq, pencipta kita dan alam. asSaami', maha Mendengar setiap bicara hamba dan semestinya zat yang confirm mengenal dan mengetahui.

(Muhammad: 19)

(Ali Imran: 18)

Ma'rifatullah menimbulkan taubat; kedekatan; rindu; cinta; dll: dan semua itu perlu didominankan dalam kehidupan. Perlu sedar bahawa di hadapan Allah, kita adalah BERSEORANGAN..Dan dengan itu, kita perlu meningkatkan upaya untuk mendekatkan diri dengan Allah (alAn'am:12)

HIDAYAH ALLAH=>MAHAL

Punca tidak boleh menjadi hamba Rabbani:

  1. Kejahilan (albaqarah:118)
  2. Kesombongan (alfurqan:21-22)
  3. Kesesatan (alMukmin:36-37)
  4. Kezaliman terhadap kebenaran. Tahu tapi mengingkari (albaqarah:55); (annisa':153)

Jalan-jalan untuk menjadi hamba Rabbani:

  1. Annash alQur'an (alAnkabut:50-51); (alAnkabut:49); (Ali Imran:101)
  2. Alam semesta [Qauniyah] menjadi ultimate jawapn kembali kepada Allah (yusuf:105); (yassin:37-39); (arruum:22-23)
  3. Fitrah (alA'raf:172)
  4. Mukjizat (ali imran:101); (alQamar;1-2); (Hud:64)

Aiseh..kenapa Nampak sangat macam ana salin nota balik?

Pembebasan diri dalam menjadi hamba Rabbani:

  1. Membebaskan diri dari kesombongan (alA'raf:146)
  2. Membebaskan diri dari kedzaliman dan dusta (asShaff:7); (azZumar:3)
  3. Membebaskan diri dari tindakan merosakkan muka bumi, melanggar perjanjian dan memutuskan hubungan yang seharusnya disambungkan (alBaqarah:26-27)
  4. Membebaskan diri dari kelalaian (arRa'd:3); (arRa'ad:4); (ali Imran:190-191); (Muhammad:36)
  5. Membebaskan diri dari perbuatan dosa (alMuthaffifin:14); (alHijr:12-13)
  6. Membebaskan diri dari keraguan dalam menerima kebenaran saat melihatnya dengan amat jelas (anAn'am: 110)

Hasil menjadi hambba Rabbani:

  1. Kemerdekaan (alAn'am:82) kisah Riba'I bin Amir dengan Rustum. Islam mengeluarkan manusia dari sempitnya dunia kepada luasnya dunia dan akhirat.
  2. Ketenangan (arRa'd:28)
  3. Keberkahan (alA'raf:94)
  4. Kehidupan yang baik (anNahl:97)
  5. Syurga (yunus:25-26)
  6. Keredhaan Allah (alBayyinah:8)

Sejarah hamba Rabbani:

  1. Uwais alQatni.

    Kalian kenal dengan Uwais? Tabi'in yang hidup di zaman Rasulullah. Tidak sempat bertemu dengan Rasulullah kerana menjaga ibu tua yang sangat. Tetapi cintanya pada Rasul menggunung tinggi sehingga sanggup mencabut gigi yang sama dengan gigi baginda yang tercabut semasa Uhud smeata untuk turut sama merasai sakitnya Rasullullah s.a.w..Umar curious nak tahu siapa Uwais kerana pakaian semasa kewafatan Rasulullah diminta baginda untuk diberikan kepada Uwais dan mereka diminta untuk memohon agar Uwais mendoakan mereka..Hebat bukan?

  2. Hati seorang mu'adzzin.

    Kisah yang diambil dari buku 'kesaksian seorang doctor tulisan Dr. Khalik Bin Abdul Aziz. Beliau sedang 'post-mortem' satu jenazah pemuda yang baru meninggal dunia. Ketika meletakkan stethoscope di dada jenazah tersebut, beliau mendengar azan sayup seperti datang dari jauh. Aneh. Ketika itu belum masuk waktu subuh. Selepas beberapa waktu, beliau mengambil keputusan untuk menziarahi keluarga pemuda tersebut. Ruparupa pemuda soleh itu adalah seorang mu'adzzin dan selalu hadir ke masjid 15 minit sebelum masuk waktu. Khatam alQuran setiap 3 hari. Dan beberapa ciri muslim yang soleh ada pada pemuda tersebut.

    Saya hampir-hampir menangis mendenagr cerita ini. Mengkoreksi diri. Apakah sama saya dengan pemuda tersebut? Hati selalu mengingati dan menyebut nama Allah semasa hidup sehingga sudah mejadi jasad..

  3. Ibu yang tawakkal.

    Dr. Khalik bercerita lagi. Kali ini mengenai seorang ibu yang menakjubkan hasil keyakinan kepada Allah yang sangat tinggi. Setiap hari, di wad kanak-kanak, ada seorang ibu yang setia bersama mushaf alQuran kecilnya duduk di tepi katil seorang kanak-kanak yang Cuma berusia 2 tahun. Anaknya mengalami sakit yang dahsyat. Berturut-turut. Maaf saya tidak ingat nama-nama penyakitnya tetapi macam jantung berlubang, pendarahan di otak dll. Tapi tahu apa yang dilafazkan oleh ibu itu setiap kali doctor memaklumkan perihal anaknya? Cukuplah Allah bagi..cukuplah Allah bagiku..Ya Allah jika sembuh itu yang terbaik, maka sembuhkanlah..Cukuplah Allah bagiku..

    MasyaAllah..Ibu muslimah mukminah yang redha dengan setiap ketentuan Rabbanya..Apakah ada manusia yang bisa tenang sebegitu jika dia tidak ada ikatan yang kuat dengan penciptanya?

Kesimpulannya, bilamana kita menjadi hamba Rabbani yang faham akan tujuan penciptaannya, kita akan selalu tenang dengan sepenuh pengharapan cuma kepada Allah..Kerana kita sedar bahawa kita datang sebagai hamba dan akan kembali sebagai hamba. Lalu apakah kehidupan yang sedang dilalui wajar dipisahkan dari menjadi seorang hamba?

Hehe..minta maaf. Saya kira ini sekadar perkongsian nota bukan perkongsian titipan abu amir..sengaja memberi assignment pada kalian untuk memahamkannya dan mencari huraian sendiri.. (tak patut betul)

insyaAllah, saya akan usahakan untuk berkongsi nota Urgensi Tarbiyah dan ke arah mengaplikasikan Tarbiyah di kemudian hari jika diizinkan Allah..

doakan saya teman..imtihan nihaie menghitung hari..

*saya memang lemah bab menulis ayat formal berbentuk tazkirah..senang berbentuk cerita..

*isu Palestin tidak pernah berhenti..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.