Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Maha suci Allah yang di tanganNya segala kerajaan langit dan bumi. Dialah penyusun setiap detik kehidupan makhluk yang dicipta.
Badan masih lenguh. Mata masih letih. Kitab-kitab masih tidak terusik 3 hari ini. Namun hati tenang. Jiwa jadi segar. Rindu mula berbunga. Cinta mula bersemi. Strategi mula diperinci. Tawakkal hadir semakin tinggi..insyaAllah..
Mahu tahu apa yang indah-indah telah berlaku sepanjang 2 hari ini?
Segala puji selayaknya cuma untuk Allah pemilik segala kesempurnaan. Alhamdulillah, Muhasabah Cinta atau singkatannya mUCA'10 berjaya disemarkkan buat julung-julung kalinya dan insyaAllah akan menjadi program tahunan kami di bumi Jordan ini.
Tidak ada lafaz untuk diucap dan kalimah untuk dicoret bagi menggambarkan betapa bersyukurnya atas penyusunan Allah yang maha cantik kerana mengizinkan kami peroleh kelapangan untuk bersama berkumpul dalam rangka untuk terus mencintaiNya.
Meski tidak semua yang dapat hadir kali ini namun apa yang paling membahagiakan dan mengharukan saya adalah, sahabat baik yang saya cinta kerana Allah bisa hadir dengan penuh susunan Sang Di Atas Sana.
Teringat perbualan kami di ym beberapa hari yang lalu,
"Aisyah nak join tak, program mUCA'10?"
"program apa tu?"
"program untuk pelajar MATRI (ayat femes yang digunakan sedangkan bukan semua pelajar MATRI pun), tapi hasna' hajat sangat Aisyah dapat join ^_^"
"Aisyah nak join .."
Sangat ringkas kan?.Siapakah yang bisa membuka hatinya jika bukan pemilik hati itu? Sedangkan kami cuma membina ukhuwah di alam maya dan beberapa kali bertemu di alam nyata. Namun, itulah bukti ukhuwah yang terbina atas dasar iman, Islam dan Ihsan. Bicara yang tertulis di kotak ym, lahir dari rasa kasih antara kami kerana Allah. Lahir atas dasar saling mahu menguatkan. Lahir atas dasar saling menyedarkan. Sungguh. Hasna' sangat 7x menyayangi Aisyah kerana Allah!
Kembali kepada perjalanan program yang cuma bertempat di rumah comel kak Haninah yang kami gelar sebagai 'mak'. ^_^
Mengapa kami memilih Muhasabah Cinta sebagai nama program tahunan ini? Hakikatnya, kak Timah dari Mu'tah yang mencadangkannya dan kami sebulat suara setuju.
Muhasabah Cinta. Biar ketika kita berkumpul ini untuk muhasabah kembali cinta kita dengan Sang pemilik Cinta. Dan biar kita berkumpul untuk muhasabah kembali cinta sesama kita. Kerana itu nama ini dipilih. InsyaAllah, semoga objektif terlaksana..
Sahibah-sahibah Irbid mula berkumpul di rumah kak ninah semenjak selepas maghrib 6hb Mei atas lanjutan program bersama abu amir yang telah berjalan 1 sehari sebelum itu.
Selesai program, saya bergegas ke program MMY iaitu wacana ilmiah bahagian akhawat yang pertama kali diadakan. Sengaja mahu bersama sedangkan saya tahu masih ada urusan berkenaan mUCA'10 yang belum selesai selain daripada diamanahkan untuk menyampaikan maklumat mengenai kutipan lifeline4Gaza bahagian akhawat Yarmouk. Sedikit terkilan dengan ketidak pekaan yang berlaku dalam kalangan ilmuwan yang seharusnya sedar akan permasalahan yang melanda saudara di sebelah cuma.
Pulang hampir jam 11 malam. Meneruskan perbincangan bersama kak Syu berkenaan aktiviti-aktiviti untuk mUCA'10 sehingga jam menghampiri 3 pagi. Esok paginya, sangat sedih kerana terlepas qiyam akibat tidur yang terlajak sehingga subuh.
Hari pertama 7hb Mei 2010
Pagi itu pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang program. Sempat ke kelas tafaqquh Ustaz Mahadi tetapi sudah hampir ke penghujung rancangan.
Kembali ke rumah kak ninah dan kami mula bersiap-siap mengemas tempat program dan menyediakan makanan tengah hari.
Ketika jam menghampiri pukul 12 tengah hari, kak timah dari Mu'tah maklumkan ketibaan mereka di Mujamma' Amman Jadiid. Bergegas bersama kak syu bagi menyambut 2 orang tetamu Irbid. Hati tidak berhenti melafazkan rasa syukur saat melihat Aisyah tersenyum memeluk.
Tiba di rumah kak ninah. Kak Hafizah, geng sakan kami sampai beberapa ketika selepas itu.
Memandangkan makanan tengah hari tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya, tentatif terpaksa dianjakkan dan aktiviti ice breaking tidak dapat dimainkan.
Allah uji dengan senior yang terkurung di dalam bilik air. Jenuh berusaha mengopak pintu sambil hati geli menahan ketawa. Walaupun memang dah ketawa pun.
Slot 1 dianjak 30 minit lewat memandangkan abu amir pun dihambat waktu makan tengah hari yang terpaksa dipanjangkan.
Perbincangan slot pertama adalah 'Menjadi Hamba Rabbani'. Tajuk yang seharusnya dihadam oleh setiap yang bergelar muslim. Kerana tidak ada matlamat lain dalam kehidupan seorang mukmi melainkan untuk menjadi hamba Rabbani yang dinilai Allah untuk diganjarkan syurga olehNya.
Tidak dapat berkongsi isi penyampaian abu amir buat kali ini. insyaAllah, saya akan berkongsi kemudian.
Slot 1 tamat selepas azan asar. Kak Hafizah terpaksa pulang atas urusan yang lebih penting. Namun Alhamdulillah..semoga beliau mendapat manfaat.
Slot 2 disambung dengan tajuk 'Urgensi Tarbiyah'.
Kerana apa tajuk ini dipilih? Kerana selepas kita sedar matlamat kita untuk menjadi hamba Rabbani, pasti kita perlukan proses ke arah itu. Dan tidak dapat tidak, kita mesti memrlukan proses yang tersusun derta berterusan bagi membentuk keimanan agar selalu tunduk cuma pada Allah.
Seperti mana kita tahu akan kehebatan seerah sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. yang sangat panajng untuk dituliskan, apakah semua itu berlaku dengan tiba-tiba?
Pasti tidak. Dan proses tarbiyah yang dijalankan Rasulullah ke atas mereka berlangsung selama 13 tahun iaitu sepanjang zaman dakwah di bumi Mekah, di rumah kecil Arqam Bin Abi alArqam.
insyaAllah, saya akan cuba berkongsi kemudian.
Selesai slot 2 ketika jam menghampiri 6.30 petang. Petang itu, kami beraktiviti masak bersama. Lauk terpaksa dirombak memandangkan tempoh yang diambil singkat lantaran dimakan oleh slot 2.
Selesai solat maghrib, kami sempat menjamah makan malam dan terlajak sehingga ketibaan abu amir. Masing-masing bertempiaran lari menyorok di bilik kak ninah. ^_^
Slot 3 diteruskan. Tajuk kali ini ialah 'ke arah mengaplikasikan Tarbiyah". Terpaksa saya jelaskan tajuk ini kepada akh Johari. Sedangkan sebenarnya perkataan yang perlu dipilih cuma 1 kalimah (dakwah) tetapi bagi mengelakkan rasa tajuk yang berat, saya mencipta ayat itu ^_^.
Ya. Apabila kita faham tentang hakikat menjadi hamba Rabbani, pasti kita akan memilih untuk berda dalam proses Tarbiyah yang akan membentuk. Namun persoalannnya, apakah kita cuma mahu dibentuk sepanjang usia? Apakah kita cuma mahu menjadi muslim yang baik sepanjang kehidupan?
Apabila kita memiliki iman yang hidup, pasti tidak dapat tidak secara fitrahnya, kita akan dipenuhi dengan rasa belas ihsan terhadap masyarakat yang masih rosak lantaran kejahilan mereka.
Kerana 'keprihatinan terhadap ummah bukti iman kita masih bernyawa.'
Lalu, bukan kah itu fitrah?
insyaAllah, jika diberi kesempatan waktu, saya hajat untuk berkongsi dengan kalian.
Slot 3 tamat ketika jam menghampiri pukul 11 malam.
Hari kedua 8hb Mei 2010
Ketika bangun untuk qiyam, air di tandas tidak keluar walupun setitik. Saya menggerakkan kak ninah dan mengejutkan yang lain. Dan kami mengambil keputusan untuk subuh di masjid jami'ah.
Awalnya, pintu bahagian akhawat terkunci dan terpaksa menunggu sehingga jema'ah selesai solat. Balik dari masjid, kami mengadakan kuliah subuh bersama makcik Fadilah (sahabat ibu-ibu kami).
Selesai kuliah jam 6.40 pagi dan bersiap untuk bersama masak sarapan. Kak syu terpaksa keluar awal kerana mengikuti SEARCH (seminar cendekiawan Islam anjuran anak Terengganu) dan kak Iffah mengikuti sama kerana bakal menghadapi imtihan thani yang belum habis keesokannya.
Slot 4 pagi itu ialah LDK. Beberapa soalan masalah praktikal yang berkisar tentang usia remaja yang mencabar yang masing-masing dari kami mengalaminya dibincangkan dalam kumpulan yang dibahagi kepada 2. Selesai perbincang selama hampir 1 jam, kami mengadakan sesi perbentangan dan akhirnya bersama mencari solusi bagi setiap permaslahan tersebut.
Terus bersambung kepada slot 4 iaitu perbincanag hala tuju DnT sahibah-sahibah Jordan. insyaAllah, semua perbincanagn dicatat dan semoga Allah memudahkan dan melapangkan serta diberi kekuatan untuk dilaksanakan.
Bagi mengelakkan kak Timah dan Aisyah dari Mu'tah pulang lewat, kalimah akhirah disambung sama. Alhamdulillah, sempat saya lakukan pemurniaan dalam itu. Kesimpulan yang dapat dibuat oleh semua, Alhamdulillah hampir 95% objektif mUCA'10 berjaya dicapai..
Sungguh. Tidak ada kekuatan cuma datang dari Allah. Tidak ada apa yang membahagiakan hati ini melainakan dapat melihat sahabat-sahabat yang disayangi dan dicintai semata kerana Allah menerima dan memahami apa yang sedang kita fahami.
Rsaa sebak ketika menutup majlis bagi mUCA'10. insyaAllah, semoga Allah memberi kelapangan untuk mUCA'11 di masa akan datang.
Selesai masak makan tengah hari dan menjamahnya bersama, kami berangkat pulang.
Semoga Allah menerima setiap amalan, detik, tenaga dan pengorbanan yang terpaksa kita bayar untuk menghadiri program ini.
Sayang kalian kerana Allah!